2 Senaman Untuk Genggaman Lebih Kuat

Aiman Radzi - 2 Senaman Untuk Genggaman Lebih Kuat

Bukan semua orang dilahirkan dengan bentuk tangan terbaik untuk sukan-sukan kekuatan. Yang mempunyai tangan besar akan lebih mudah untuk menggenggam, menjadikan kekuatan genggaman mereka sememangnya kuat secara semula jadi. Bagaimana pula dengan orang-orang yang bertangan kecil (seperti saya)? Patutkah kita menyerah kalah sahaja? Tidak sama sekali, kerana kita masih boleh berusaha untuk menguatkan kelemahan kita.

Biasanya, orang melatih kekuatan genggaman mereka dengan melakukan tiga senaman; deadlift, farmers walk, dan wrist curls. Sebenarnya, dengan melakukan deadlift sahaja, boleh menguatkan genggaman anda. Tetapi, kalau tiada variasi, otot anda akan menjadi bosan dan mudah untuk bertemu dengan plateau. Apa yang anda boleh buat, adalah tambahkan senaman-senaman aksesori yang mudah dilakukan tetapi tidak memakan masa.

Kursus Kecergasan 2024

One-Arm Barbell Row

Barbell row adalah senaman yang akan mencabar genggaman anda dengan hebat. Ia akan membina otot belakang, biseps, dan juga otot forearm. Tak percaya? Cuba lakukan barbell row yang berat-berat tanpa strap untuk beberapa minggu. Pasti anda akan nampak perubahan ketara! Jadi, macam mana anda nak susahkan (atau fokuskan) senaman ini supaya ia lebih mencabar kepada kekuatan genggaman? Lakukannya secara satu tangan sahaja!

One-Arm Barbell Row

Orang ramai menggunakan dumbbell untuk melakukan one-arm row, tapi bukan semua gym ada dumbbell yang berat-berat. Apabila anda sudah kuat, dumbbell 40-50kg pun bukannya cukup untuk anda. Jadi, gunakan barbell sebelah tangan untuk tingkatkan intensiti. Tambahan pula, cara sebegini akan meningkatkan kekuatan otot latissimus dorsi serta kestabilan yang akan dibawa kepada deadlift.

One-Arm Barbell Curl

Menggunakan konsep yang sama dengan one-arm barbell row, anda akan lakukan barbell curl menggunakan sebelah tangan sahaja. Pernah cuba? Kalau tidak, anda kena cuba! Tak perlu letakkan sebarang beban pun, anda sudah boleh rasa kesusahan teramat sangat untuk curl barbell tersebut dengan sebelah tangan.

One-Arm Barbell Curl

Pertamanya, ia adalah senaman aksesori yang sangat bagus untuk membesarkan biseps, jadi ia amat sesuai bagi mereka yang mengejarkan saiz tangan yang lebih besar. Kedua, anda perlu genggam sekuat yang boleh untuk menstabilkan barbell daripada jatuh sepanjang curl. Senaman ini akan membantu anda untuk membina kekuatan genggaman dengan berkesan.

Dua senaman mudah untuk dimasukkan ke dalam sesi latihan anda. Yang seronoknya, ia tidak memakan masa dan hanya perlukan sebatang barbell sahaja. Berkemungkinan besar, anda tidak perlukan sebarang bebanan langsung kerana ia sememangnya sudah mencabar melakukan begitu sahaja. Lakukan senaman-senaman aksesori ini pada akhir-akhir sesi latihan anda.

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: