2 Tabiat Kurus Kegemaran Wanita

Kalau anda nak kurus, sebenarnya mudah sahaja. Pastikan pemakanan anda terjaga dan senaman anda lakukan adalah teratur serta bermatlamat. Pada hakikatnya, tiada rahsia atau ubat-ubat ajaib untuk kurus dan membakar lemak!

Tetapi, ramai individu (terutamanya wanita) mencari jalan yang lebih aneh. Mungkin kelihatan lebih mudah dilakukan. Memanglah tabiat manusia, hendak berpaling pada yang mudah sahaja. Hasil mahu, usahanya kurang. Apakah dua tabiat yang saya maksudkan?

Kursus Kecergasan 2024

Sikit-sikit Jogging!

Jogging bukan cara terbaik untuk kurus. Malah, jogging bukan pilihan yang tepat untuk menjadi (atau kekal) cantik, menawan, ayu, anggun, tertarik, menarik, kau memang da bomb! Anda lebih bagus berlatih menggunakan beban seperti latihan-latihan di gym.

Jika anda ingin memiliki badan yang curvy, jogging dan kerap menyertai acara larian sana sini bukanlah jawapannya. Tengok peserta-peserta larian jarak jauh, kebanyakan mereka (yang biasanya menang) tidaklah mempunyai badan yang anda akan kata curvy. Samada mereka terlalu kurus, atau ada juga yang berbadan gempal. Mengapa ini terjadi walhal mereka kerap berlari?

Berjogging dan larian jarak jauh adalah sejenis aktiviti aerobik dan ia tidak melatih jenis otot yang kita mahu (jenis sentak-pantas) yang bersaiz besar. Otot tersebut hanya dilatih melalui latihan intensiti tinggi. Boleh dikatakan, apa-apa sahaja adalah lebih baik daripada berjogging. Skipping, berenang, berbasikal, Crossfit, latihan strongman, latihan powerlifting, malah latihan bina badan adalah jauh lebih baik untuk membina badan yang mantap serta kesihatan yang optimum.

Benar, berjogging membakar lebih banyak kalori semasa anda berlari, tetapi jika diambil kira jumlah kalori yang anda bakar SELEPAS anda habis berlatih, aktiviti berintensiti tinggi seperti latihan di gym membakar jauh lebih banyak kalori daripada berjogging!

Jangan takut dengan bebanan. Dumbbell, barbell, kettlebell, semuanya bukan dicipta untuk kaum adam sahaja.

Aiman Radzi - 2 Tabiat Kurus Kegemaran Wanita

Sikit-sikit Detox!

Sudah jadi trend sekarang untuk meminum air-air detox “semula jadi” dalam proses mengurangkan berat badan. Apa, badan anda tidak boleh melalukan proses detox secara sendiri? Apa guna organ hati dan buah pinggang anda kalau begitu?

Teori teknik detox ini adalah, dengan mengambil bahan-bahan tertentu (terutamanya minuman-minuman yang dicampurkan bersama bahan-bahan semula jadi), supaya kita dapat singkirkan toksik-toksik dalam badan. Tetapi teori ini telah lama disangkal. Walaupun kejadian toksik itu adalah benar dan boleh berlaku (melalui pengambilan ubat, alkohol, atau pendedahan kepada bahan-bahan berbahaya), pembikinan bahan detox semula jadi ini adalah gimik semata-mata.

Gimik ini tidak terhenti pada minuman-minuman detox sahaja. Malah, tampalan-tampalan badan, rendaman anggota samada kaki atau tangan, dan sapuan-sapuan produk licik, turut menular dalam industri kecergasan dan kesihatan. Peneraju menggunakan alasan “kolon kotor” untuk melariskan jualan produk detox mereka. Siapakah mangsa utama? Selalunya, mereka yang ingin kurus terutama sekali dari kalangan wanita.

Memang ada yang sudah berjaya menurunkan berat badan melalui cara-cara ini. Tetapi, boleh dikatakan penurunan berat mereka bukanlah lemak semata-mata. Berkemungkinan besar, mereka hanya hilang berat air. Lebih teruk lagi, mereka telah membakar sel otot mereka menjadikan mereka lebih “lemah” meskipun kelihatan lebih kurus. Mungkin nama lebih tepat untuk mereka adalah “kurus berlemak”.

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: