3 Kali atau 6 Kali Jul30

Kongsi

3 Kali atau 6 Kali

3 menu sehari atau 6 menu sehari? Dewasa ini semakin ramai mempromosikan makan kerap untuk tujuan menurunkan berat atau menaikkannya. Jadi kebiasaan 3 menu, kini terpaksa membawa bekal atau snek sesuatu di antara menu. Apakah sebab disebaliknya?

Bila ditanya, dikatakan bertujuan untuk menaikkan kadar metabolisme. Bagi pengetahuan anda, sebenarnya tiada 1 kajian pun membuktikan makan kerap meningkatkan kadar pembakaran. Ia diperkenalkan oleh pengeluar makanan tambahan disebabkan mereka tahu, majoriti daripada kita tidak akan mampu mengambil 6 menu sehari. Jadi untuk memudahkan kerja, kita akan beli makanan tambahan untuk digoncang dan minum diantara menu.Kursus Kecergasan 2018

Ideologi makan kerap boleh digunakan untuk mereka yang ada diabetes bagi mengelakkan kenaikan gula segera, akan tetapi jika anda tiada diabetes, ianya tak membantu pun.

Boleh saja jika anda nak makan kerap, tapi di penghujungnya tetap jumlah kemasukan kalori yang penting. Bila dalam proses menurunkan berat, ada kemungkinan perut akan mengecil, jadi sukar untuk makan dalam suatu kuantiti yang banyak untuk mencukupkan keperluan kalori melainkan makan makanan padat kalori.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube