3 Sikap Untuk Kekal Shredded Jul19

Kongsi

3 Sikap Untuk Kekal Shredded

Aiman Radzi - 3 Sikap Untuk Kekal Shredded

Anda boleh naikkan badan dengan fasa bulking sampai naik berkilo-kilo. Definition otot semuanya menghilang, apatah lagi six-pack berharga anda. Kemudian, tiba masa pula untuk fasa cutting, dan otot-otot anda mula terbentuk semula. Anda hilang berkilo-kilo kali ini, dan kelihatan kecil sedikit. Tapi, tidak mengapa kerana anda nampak lebih ripped, bukan?

Ramai mudah untuk kelihatan ripped (berotot tetapi kecil ataupun kurus), tetapi bukan semua orang boleh kekal shredded (badan berotot mantap dan rendah peratusan lemak badan). Ada pula yang cutting sekejap untuk pertandingan dan mula melompat balik semula berat badan selepas habis game.

Jadi, macam mana anda nak kekal shredded sepanjang tahun? Anda kena ada tiga sikap ini dalam diri anda bagi mengekalkan kondisi badan terbaik.

Kursus Kecergasan 2017

Suka Try ‘N’ Error

Orang yang nak dapatkan kondisi badan terbaik dan kekal kondisi tersebut perlu menghadapi pelbagai jenis kesilapan dahulu untuk mengenali apakah yang terbaik untuk badannya sendiri. Mereka belajar daripada kesilapan mereka sendiri dan kesilapan orang lain. Lalu, mereka gunakan ilmu tersebut untuk mencari jalan terbaik buat diri mereka.

Badan setiap orang adalah lain-lain, tetapi konsep untuk turun naik berat badan dan kekalkan otot adalah sama. Kiraan kalori tetap dibuat, pembahagian porsi nutrisi tetap dilakukan. Cuma, berapa banyak perlu makan, senaman jenis macam mana sesuai, berapa lama kena bersenam, apa boleh makan dan apa tidak boleh, semuanya perlu dieksperimentasi dahulu.

Jangan Tinggalkan Sarapan Pagi

Mereka yang sentiasa mengambil sarapan pagi akan mempunyai tenaga yang lebih daripada mereka yang tidak makan pagi. Bayangkan begini, kalau hendak sarapan pagi, sudah pasti anda kena bangun awal. Kemudian, apabila bertenaga, anda juga akan melakukan lebih aktiviti (hatta berjalan sekali pun).

Orang yang tidak makan sarapan pagi biasanya sebab mereka tidur hingga lewat tengahari. Nah, produktiviti harian juga mungkin berkurangan. Aktiviti fizikal pun sama berkurangan, menjadikan pembakaran kalori juga rendah. Kalau mereka lebih rajin untuk bergerak, sudah pasti mereka dapat membakar lemak dengan lebih berkesan. Satu lagi, tidak memakan sarapan pagi boleh buat orang rasa letih dan malas, menyebabkan masalah yang sama iaitu kurang bergerak.

Jangan Manjakan Diri Dengan Cheat Day

Orang yang betul-betul tekad untuk kekal shredded tidak patut ada cheat day. Sebaliknya, cheat meal lebih digalakkan untuk mengekalkan tahap emosi dan motivasi diri. Cheat day adalah penetapan satu hari di mana anda boleh makan apa sahaja yang anda mahukan. Kalau cheat meal, mungkin anda setting sekali sehari, setiap tiga hari, atau seminggu sekali untuk memakan satu jenis makanan sahaja yang betul-betul anda mahu (makanan yang luar daripada diet rutin anda).

Tapi, kalau anda masih susah untuk tinggalkan makanan yang menggemukkan anda, anda belum bersedia untuk jadi shredded. Saya tak kata anda tak boleh makan langsung makanan kegemaran anda. Maksud saya, kalau anda kena (wajib) ada seminggu sekali makan makanan tersebut, ini mungkin boleh datangkan masalah

Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook Twitter YouTube