5 Jenis Kacang Untuk Kecergasan

Aiman Radzi - 5 Jenis Kacang Untuk Kecergasan

Kacang adalah makanan yang dikira sebagai superfood kerana kandungan lemak sihatnya yang tinggi. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan sumber protein yang baik. Dahulu, orang takut makan kacang kerana takut menjadi gemuk, tetapi dengan kajian sekarang, ternyata kacang banyak memberikan manfaat kepada kita.

Lemak penting untuk keseimbangan rembesan hormon, kesihatan menyeluruh, malah untuk membakar lemak. Ada banyak jenis lemak, tetapi secara mudahnya kita kenal lemak sebagai lemak tepu dan yang tidak tepu. Anda kena ambil kedua-dua sebenarnya.

Kekacang adalah sumber lemak tidak tepu yang sangat bagus! Ambil segenggam setiap hari sebagai snek sihat anda, dan anda akan menyenangkan lagi proses membina badan yang lebih baik.

Kursus Kecergasan 2024

Kacang Almond

Kacang Almond kaya dengan protein dan serat yang penting untuk penghadaman. Ia juga kaya dengan vitamin E dan magnesium yang bagus untuk mempertingkatkan kesihatan jantung. Ada kajian juga menyatakan yang pengambilan kacang Almond setiap hari boleh bantu merampingkan lagi pinggang anda dan membakar lebih banyak lemak daripada biasa!

Kandungan Nutrisi:

  1. 164kcal
  2. 6g protein
  3. 6g karbohidrat
  4. 14g lemak
  5. 3g serat

Kacang Walnut

Kacang Walnut pula membekalkan anda dengan sejenis omega-3 yang hanya terdapat dalam tumbuhan (dipanggil asid alpha-linolenic, ALA). Seperti kacang Almond, kacang Walnut turut diakui dapat membantu untuk meningkatkan prestasi dan kesihatan jantung. Ia juga melancarkan produksi nitrous oxide yang akan melancarkan pula peredaran darah anda.

Kandungan Nutrisi:

  1. 185kcal
  2. 4g protein
  3. 4g karbohidrat
  4. 19g lemak
  5. 2g serat

Kacang Tanah

Kacang tanah adalah sejenis kacang yang paling mudah didapati dan mungkin sekali menjadi kegemaran ramai rakyat di Malaysia, tak kira umur dan jantina. Kacang tanah boleh menyokong rembesan hormon testosteron yang penting untuk proses bina badan. Kandungan proteinnya yang tinggi seiring dengan karbohidrat rendah menjadikan kacang tanah pilihan mudah bagi orang ramai.

Kandungan Nutrisi:

  1. 161kcal
  2. 7g protein
  3. 14g lemak
  4. 5g karbohidrat
  5. 2g serat

Kacang Brazil

Kacang Brazil mempunyai kandungan lemak yang sangat tinggi berbanding kekacang lain. Ia juga tinggi dengan selenium (90mg untuk sebiji kacang). Selenium adalah sejenis mineral yang membantu fungsi thyroid, sekali gus mengawal keseimbangan metabolisme badan. Memakan dua biji kacang Brazil sahaja boleh menemukan dengan keperluan selenium anda untuk sehari!

Kandungan Nutrisi:

  1. 184kcal
  2. 4g protein
  3. 19g lemak
  4. 3g karbohidrat
  5. 2g serat

Kacang Gajus

Antara kacang yang paling sedap adalah kacang gajus. Kacang ini mempunyai kandungan kalori yang lebih rendah kerana kurangnya sumber lemak, tetapi mempunyai kandungan protein yang agak tinggi. Bagusnya kacang gajus adalah ia sangat sesuai dimasukkan dalam apa-apa jenis oat mahupun minuman shake, menjadikannya lebih mudah untuk digunakan.

Kandungan Nutrisi:

  1. 157kcal
  2. 5g protein
  3. 12g lemak
  4. 9g karbohidrat
  5. 1g serat
Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

2 thoughts on “5 Jenis Kacang Untuk Kecergasan

  1. Muhd Yusri says:

    Assalamualaikum nak tnye.. mcm contoh kacang gajus 157kcal berapa bnyak kacang tu ek?? n termasuk kacang2 yg lain 🙂

    1. Ini semua kira secara kasar segenggam sahaja. Sebab kekacang memang elok dimakan sebagai snek dikira dalam segenggam.

Leave a Reply to Muhd Yusri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: