5 Minit Sahaja Untuk Badan Lebih Sihat Dec08

Kongsi

5 Minit Sahaja Untuk Badan Lebih Sihat

Legs Up The Wall’ atau Viparita Karani adalah postur yoga yang merehatkan tubuh dan menenangkan minda. Ia juga sangat mudah untuk dilakukan dan sesuai untuk semua peringkat usia. Bahkan postur ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja termasuklah katil anda!

Kursus Kecergasan 2017

Bagaimanakah cara untuk melakukan pose ini?

Cara Legs Up The Wall

  1. Pilih tempat yang sesuai dan selesa.
  2. Dalam posisi berbaring, dekatkan punggung ke dinding dan angkat kedua belah kaki sehingga tubuh anda berada dalam posisi L.
  3. Kemudian, fokus sepenuhnya kepada pernafasan anda dengan menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya secara perlahan-lahan.
  4. Kekalkan posisi ini selama lima minit atau lebih untuk kesan yang optimum.
  5. Anda boleh meletakkan bantal di bawah kepala, punggung atau bahagian belakang mengikut keselesaan.

Tips tambahan:

Back Supported Legs Up The Wall

  • Sekiranya anda mempunyai sakit belakang, sebaiknya letakkan yoga block, bantal atau gulungan selimut/tuala di bahagian belakang badan. Untuk mengelakkan ketegangan leher pula, letakkan gulungan tuala di belakang leher.
  • Anda boleh melakukan regangan pada otot dalaman paha dan juga groin dengan postur ini. Caranya ialah dengan menggerakkan kaki ke tepi sehingga berbentuk V dan kekalkan posisi tersebut menurut tahap keselesaan anda.

Apakah pula manfaatnya kepada kesihatan?

  • Melegakan stress dan menenangkan minda.
  • Melancarkan peredaran darah ke organ-organ abdomen seperti hati, hempedu, perut dan sebagainya.
  • Menguatkan sistem saraf
  • Meregangkan otot hamstring, dan belakang badan.
  • Mengurangkan simptom menopause, artritis, sakit kepala dan insomnia.
  • Melegakan keletihan kaki
  • Mengurangkan sakit belakang
  • Meningkatkan tahap metabolisma

Walaupun postur ini sangat santai, anda tetap perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor sebelum melakukannya sekiranya anda pesakit darah tinggi dan glaukoma. Begitu juga dengan wanita mengandung atau yang sedang dalam tempoh haid. Postur ini sesuai dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tak kiralah di waktu pagi, masa rehat di tempat kerja mahupun sebelum tidur. Apa yang penting ialah, anda memilih tempat yang sesuai, melakukan teknik yang betul dan menggunakan support untuk mengelakkan ketegangan pada otot-otot tertentu. Selamat mencuba!

Entri: Tini Lorna Lim

Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook Twitter YouTube