5 Senaman Lower Abs

Bahagian perut di bawah atau lebih dikenali sebagai lower abs boleh dikatakan bahagian paling sukar dibentuk. Ia merupakan 1 otot iaitu rectus abdominis daripada atas ke bawah yang bentuk 6 ketul di perut.

Saya senaraikan 5 senaman untuk sasarkan bahagian bawah perut;

1. Flat Bench Leg Raises

Sama seperti leg raise di atas lantai cuma jarak pergerakannya lebih baik dan jauh. Baring di atas flat bench dan turun serendah boleh.

2. Hanging Leg Raises

Gantung diri anda dan mulakan leg raise selepas tamat senaman utama. Jangan gunakan momentum untuk gerakkan kaki.

3. Scissors

Ia sasarkan otot perut dan hip flexor. Baring di atas lantai dengan kaki dibengkokkan. Angkat kaki sekitar 6 inci daripada permukaan. Angkat kaki sebelah lagi 45 darjah sementara kaki satu lagi direndahkan 2-3 inci daripada permukaan.

Kursus Kecergasan 2024

4. Mountain Climbers

Biasanya dimasukkan dalam senaman HIIT. Ia akan sasarkan otot bawah perut. Pastikan perut kontrak dalam pergerakan.

5. Reverse Crunches

Ia terbalik berbanding conventional crunches. Ia nampak mudah tapi membunuh juga.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: