7 Tip Atasi Ketagih Gula Jan15

Kongsi

7 Tip Atasi Ketagih Gula

Jangan ingat ketagih dadah dah cukup teruk. Ketagih gula pun satu masalah besar pada masa kini. Sama seperti mengambil dadah yang menghayalkan, lama kelamaan otak kita memerlukan lebih gula untuk rasa terangsang.

Rasanya ramai tahu, pengambilan gula yang baik tida sihat untuk kita. Gula di kaitkan dengan sakit seperti obesiti, diabetis, cardiovascular dan sebagainya.

Antara kaedah nak kenal ketagih gula, adalah ada mesti memerlukan sesuatu untuk tenaga. Sebagai contoh, nak bersenam, kena minum air isotonik. Bila kurang kemasukan gula, rasa lemah sahaja badan.

Kebanyakan yang ketagih gula sebenarnya tidak sedar, berapa banyak gula sebenarnya yang mereka ambil. Gula tidak semestinya daripada air manis. Boleh jadi daripada biskut dan sebagainya. Terlalu banyak gula tersorok dalam makanan di zaman ini. Mereka cuba berhenti daripada mengambil gula, tapi sukar.

Pengambilan gula berlebihan ini akan membentuk masalah epidemik obesiti, akan membentuk masalah di kalangan kanak-kanak samada daripada sudut psikologi atau perangai, dan kebanyakan kes perlu dirawat dengan ubat. Anda tidak akan gemuk dalam masa semalaman. Ia akan ambil masa sedikit demi sedikit.

Apabila kita mengambil gula, bahagian di otak yang dipanggil nucleus accumbens akan diaktifkan. Ia akan melepaskan dopamine yang menyebabkan kita rasa sangat gembira dengan cepat.

Ketagih gula bukan setakat ketagih secara emosi. Jika tidak boleh berhenti pengambilan gula, bukan bererti anda tidak cukup kuat secara mental, tapi badan dah menerima dan bergantung pada gula untuk tenaga segera. Bila berhenti secara mengejut, akan ada kesan penolakan.

Saya sertakan 7 tip untuk mengatasi masalah ketagih gula;

1. Buang semua gula dan makanan proses daripada rumah anda. Ada sesetengah akan rasa kesan penolakan seperti hypoglycemia, menggigil dan berpeluh. Cuba biarkan sekejap. Kalau boleh proses pertama ini dimulakan di rumah dengan seorang teman jika anda perlukan bantuan.

2. Makan sarapan yang seimbang. Sarapan sangat penting. Ketika itu anda akan meminta dimasukkan gula.Kursus Kecergasan 2018

3. Minum air yang banyak. Kekurangan air juga akan merendahkan kadar metabolism anda dan menyebabkan anda cenderung simpan lemak.

4. Sediakan snek yang boleh dibawa ke mana-mana. Pastikan snek itu bebas daripada gula dan makanan proses. Kalau susah sangat, bawa lobak ke mana-mana.

5. Bergerak. Lakukan senaman. Guna gula yang ada sebagai sumber tenaga.

6. Turunkan tahap tekanan anda. Setiap orang ada tekanan. Ianya bergantung pada bagaimana anda hadapi tekanan tersebut. Jika perlu, dapatkan bantuan kaunselor.

7. Pastikan tidur anda mencukupi dan berkualiti. Ketagihan dapat dikurangkan jika badan anda cukup rehat.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube