8 Senaman Mudah Untuk Kekal Sihat

Aiman Radzi - 8 Senaman Mudah Untuk Kekal Sihat

Kepentingan menjalani gaya hidup sihat memang tidak boleh disangkal lagi. Setiap daripada kita mengetahui hakikat ini tetapi tidak semua yang mengamalkannya. Biasanya mereka memberikan alasan tiada masa ataupun terlalu sibuk. Ada juga yang memang rajin workout, tetapi disebabkan terlalu sibuk bekerja, kadang-kadang bersenam pun tak sempat. Oleh itu, artikel ini akan membawakan anda 8 senaman mudah yang boleh diselitkan ke dalam aktiviti seharian anda. Wujudkah senaman macam tu? Mari kita lihat.

Kursus Kecergasan 2024

Butt Squeeze

Cara Butt Squeeze

Anda boleh melakukannya di mana-mana sahaja. Di dalam lif, semasa berbaris di kaunter, semasa membasuh pinggan pun boleh! Tiada siapa yang akan perasan dan ianya sangat efektif.

Leg Lift

Cara Leg Lift

Ketika di pejabat, anda boleh melakukan leg lift tanpa perlu berganjak dari kerusi. Caranya ialah dengan menegakkan badan dan angkat kaki sehingga lurus. Kekalkan posisi ini dalam kiraan 12 dan relaks. Kemudian, ulangi gerakan ini sebanyak mana yang anda suka.

Standing Calf Raise

Cara Standing Calf Raise

Untuk senaman ini, anda perlu berdiri tegak dan menjengketkan kaki sehingga tumit tidak mencecah lantai. Kemudian lawan gerakan ini dengan mencecahkan tumit saja di lantai. Dengan itu, keseluruhan otot kaki anda mendapat manfaatnya.

Tummy Tuck & Basic Crunch

Cara Crunch

Semasa menonton televisyen, anda boleh lakukan tummy tuck dengan mengeraskan otot abdomen anda selama yang boleh. Semasa iklan komersial pula, anda bolehlah melakukan crunch mengikut kiraan anda sendiri.

Wall Sit

Cara Wall Sit

Semasa menjawab panggilan telefon, cuba lakukan senaman yang ringkas ini. Anda hanya perlu bersandar ke dinding dan bengkokkan kaki sehingga lebih kurang 90 darjah. Kekalkan posisi ini selama yang boleh. Mudah sahaja.

Shoulder Shrugs & Neck Stretch

Cara Regangan Sternocleidomastoid

Apabila duduk atau berdiri terlalu lama, ketegangan otot akan mula dirasai terutamanya di bahagian leher dan bahu. Oleh itu, melakukan regangan adalah cara yang terbaik untuk melegakan ketegangan otot. Shoulder shrugs dan neck stretch adalah regangan yang paling mudah untuk melegakan ketegangan tersebut. Untuk melakukan shoulder shrugs, anda hanya perlu duduk tegak, angkatkan bahu ke telinga dan ulangi gerakan ini selama 10 kali. Untuk neck stretch pula, lentokkan kepala ke bahu kanan dan tahan posisi tersebut selama 15-30 saat. Kemudian ulangi gerakan ini di sebelah kiri pula.

Jadi, bagaimana? Mudah kan? Kesemua senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan sesuai untuk semua golongan usia. Lakukan senaman ini mengikut kesesuaian aktiviti dan kreativiti anda. Anda boleh melakukannya ketika di pejabat, semasa membersihkan rumah, menonton televisyen, menjawab telefon, semasa shopping pun boleh. Terpulang kepada anda bagaimana untuk mencari peluang dan menyelitkan aktiviti senaman ini di dalam kehidupan seharian anda. Selepas ini, tiada alasan lagi untuk tidak bersenam!

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: