Adakah Anda Cukup Fit Untuk Berlari?

Mereka yang suka berlatih angkat berat mungkin sekali tidak suka untuk berlari. Begitu juga dengan yang suka berlari, mungkin tak suka langsung jejak kaki ke dalam gym. Bagi penggemar bina badan, mesti ramai pernah dengar yang anda tidak patut berlari kerana otot mudah “jatuh”. Adakah ini benar?

Bagilah apa sahaja alasan anda untuk tidak mahu berlari lama dan berjarak jauh, saya sendiri pun tidak suka untuk berlari, malah saya tidak ingat bila kali terakhir saya berlari. Tetapi, kebaikan dan kepentingan berlari tidak dapat dinafikan sangat banyak untuk membakar lemak dan juga kesihatan serta ketahanan badan.

Kursus Kecergasan 2024

Larian Lama Adalah Satu Skil

Jangan jadi terlalu fanatik dengan latihan angkat berat. Siapa yang fanatik, saya dapat jamin yang mereka juga tidak berlari dan mungkin sekali ketahanan mereka bertahap rendah (seperti saya). Kalau mereka buat latihan ketahanan pun, ia adalah latihan HIIT dan variasi-variasinya seperti Tabata dan lain-lain. Betul, ia tetap melatih ketahanan tetapi tidak sama dengan larian jarak jauh.

Berlari dengan baik adalah satu skil yang perlu dilatih dan dimahirkan. Bukan semua orang boleh berlari dengan mudah. Dan, bukan semua orang patut mulakan dengan berlari. Kalau anda nak tahu, larian berintensiti sederhana (seperti berjogging) bukanlah kerja mudah sebenarnya, sebab kuasa yang beralih semasa berlari daripada tanah kepada sendi adalah sangat tinggi. Mereka yang fanatik larian pula lebih mudah untuk kena sakit sendi (terutamanya lutut dan pinggul).

Anda Perlu Fit Untuk Berlari

Sama seperti bersukan, anda perlu menjadi cergas untuk mula berlari, bukannya berlari untuk menjadi cergas. Sukan pula (seperti bermain futsal), anda juga perlu jadi cergas dahulu sebelum mula bersukan, bukannya anda bermain sukan tiap minggu untuk menjadi cergas. Ini adalah konsep yang selalu disalahtafsirkan oleh rakyat jelata.

Disebabkan anda perlu menjadi fit terlebih dahulu, ramai lebih sesuai memulakan senaman yang ringkas tetapi padat dengan intensiti (semestinya HIIT menjadi pilihan). Latihan kardio berintensiti tinggi banyak mendatangkan kebaikan kepada jantung, dengan risiko kerosakan yang rendah pada sendi. Tetapi, ramai gunakan alasan ini pula untuk tinggalkan larian berjarak jauh dan lama.

Buang Kepercayaan Bro-Science

Bro-science adalah fahaman-fahaman yang dipercayai oleh orang-orang biasa yang bermain gym. Kadang-kadang, ia disebarkan oleh mereka yang menggelarkan diri mereka (secara tidak bertauliah) jurulatih peribadi, malah otai-otai juga boleh sebarkan bro-science.

Antara bro-science yang terunggul dalam dunia bina badan, adalah mereka yang hendak membina badan tidak patut melakukan kardio lama-lama kerana takut badan mereka akan jatuh. Saya tidak faham, badan mereka hendak jatuh ke mana?

Ubah persepsi anda dan mulakan berlatih untuk meningkatkan ketahanan badan. Banyak kebaikan yang anda boleh dapat daripada latihan kardio berintensiti sederhana. Kuncinya, adalah melakukan dengan teknik dan programming latihan yang betul. Cuba amalkan larian 40-60 minit minimum sekali seminggu. Tingkatkan perlahan-lahan. Yang penting sekali, mula sekarang!

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: