Anda Kena Buat Power Clean Jun08

Kongsi

Anda Kena Buat Power Clean

Aiman Radzi - Anda Kena Buat Power Clean

Menjadi lebih kuat boleh bawa dua maksud, samada menggerakkan beban dengan pantas, ataupun mengangkat berat yang sangat tinggi. Ada yang boleh angkat beban yang sangat berat, tapi tak boleh gerakkanya dengan cepat. Inilah yang dimaksudkan dengan penjanaan kuasa, di mana anda boleh kuncupkan otot sekuat mungkin dalam masa paling singkat untuk menggerakkan beban dengan pantas.

Ramai yang hanya mampu untuk squat, bench press, dan deadlift berat-berat tapi tiada kemampuan untuk menghabiskan gerakannya cepat-cepat bersama teknik yang cantik. Apabila anda jarang sekali berlatih komponen penjanaan kuasa, anda kehilangan satu peluang besar untuk membina lebih banyak otot dan memecahkan plateau akan datang.

Kursus Kecergasan 2017

Apakah Power Clean?

Clean adalah sejenis pergerakan yang dilatih dalam sukan angkatan olimpik. Siapa yang belum pernah mencuba, saya ingin bagi tahu siap-siap, apa sahaja yang berkaitan dengan angkatan olimpik, ia akan melibatkan teknik yang sangat teliti! Bukan mudah untuk mahir teknik dengan belajar melalui video di YouTube sahaja, tapi anda masih boleh cuba-cuba daripada ringan dahulu.

Antara pergerakan angkatan olimpik adalah clean, di mana anda mengangkat barbell supaya ia “melompat” naik ke paras bahu, dan kemudian dijatuhkan semula. Pergerakan “melompat” inilah yang akan melatih badan anda supaya menjana kuasa tertinggi!

Perlaksanaannya boleh dilakukan daripada tanah ataupun daripada paras separuh (sekitar paras lutut). Kalau disebut clean sahaja, ia adalah pergerakan penuh daripada tanah, lompat, dan front squat beban naik ke atas. Untuk versi power clean, anda mula dari paras separuh dan lompat supaya barbell terus ke paras bahu, tiada front squat dalam versi tersebut.

Cara Power Clean

Kelebihan Power Clean

Kalau anda masih ragu-ragu dengan kebaikan power clean, saya rasa sebabnya anda belum cuba betul-betul untuk masukkan senaman ini dalam rutin latihan anda. Apabila anda sudah konsisten buat, saya yakin anda akan jatuh cinta dengan power clean!

Tak perlu buat banyak rep pun, cukup 1-3 rep untuk beberapa set. Mungkin mula-mula guna yang ringan dahulu untuk beberapa minggu bagi mendapatkan rentak pergerakan tersebut. Apabila dah kuat dan pandai “melompat”, tambah beban sikit-sikit.

Pergerakan ini bukan sekadar untuk penggemar sukan angkatan olimpik ataupun Crossfit, malah ia sangat berkesan bagi penggemar bina badan, powerlifting, strongman, dan segala jenis sukan! Ia adalah antara pembina kuasa terbaik. Pendek kata, kalau anda nak jadi Superman, Goku, ataupun Hulk, tak rugi anda latih power clean sekarang!

Sasaran utama pergerakan power clean adalah penajaan kuasa pada pinggul dan kaki, tetapi apabila anda sudah mula buat, anda akan rasa sakit pada bahu, bisep, otot perut, belakang, kaki, punggung, dan otot betis. Satu badan berkerja untuk mengangkat barbell tersebut.

Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook Twitter YouTube