Apa itu Whey Protein?

Apa itu protein whey? Ramai yang tertanya-tanya soalan ini? Adakah ia tumbuhan? adakah ia telur? adakah ia daripada sumber haiwan? Ia sebenarnya adalah produk sampingan daripada pembuatan keju. Protein whey biasa dipasarkan sebagai makanan tambahan dengan pelbagai tuntutan kesihatan. Terdapat pelbagai kajian menunjukkan kebaikan protein whey termasuk anti keradangan, anti kanser dan sebagainya.

Protein whey juga dikaitkan dengan beberapa masalah alergi. Kebanyakan disebabkan alergi kasein dan juga alergi laktosa. Susu lembu mengandungi 20 peratus protein whey dan 80 peratus kasein manakala susu manusia 60 peratus protein whey dan 40 peratus kasein.

Secara amnya ada beberapa kebaikan protein whey seperti:

• Membantu dalam menurunkan berat badan
• Membantu meningkatkan peratusan otot
• Membantu dalam rawatan kanser
• Meningkatkan paras glutathione. Glutathione adalah antioksida
• Membantu mengurangkan kesan HIV
• Membantu mengurangkan triglicerida
• Membantu mengurangkan kolesterol disamping meningkatkan HDL
• Membantu meningkatkan kekuatan dalam sukan
• Membantu mengurangkan masa pemulihan

Terdapat 20 jenis amino dalam protein. Badan kita menggunakan setiap satu jenis amino untuk kegunaan spesifik. Protein whey kaya dengan Branched Chain Amino Acid atau BCAA dimana terdapat 3 daripada 9 amino perlu untuk membaiki otot yang rosak. Dalam senaman, badan akan pecahkan sekitar 1 hingga 5 peratus amino sebagai tenaga. Secara spesifiknya, badan menggunakan BCAA. Walaupun peratusannya rendah, tapi badan masih bakar otot untuk mendapatkan BCAA.

Adakah terdapat risiko pengambilan protein whey? Secara amnya, isu yang dikaitkan berkenaan dengan penghadaman seperti masalah gas, perut kembung, sakit kepala, kejang dan keletihan. Kebanyakan masalah juga dikenali berpunca daripada kandungan laktosa di dalamnya. Laktosa banyak ditemui dalam whey protein concentrate.Kursus Kecergasan 2024

Ketakutan besar yang sentiasa digambarkan adalah berlebihan protein yang menyebabkan tekanan pada buah pinggang. Kajian menunjukkan, bahawa mereka yang sihat tidak berdepan masalah ini. Mereka yang berdepan masalah buah pinggang berdepan masalah ini. Mereka yang sihat tidak perlu risau. Lagipun, berapa definisi banyak yang dimaksudkan? Adakah kita di Malaysia juga berdepan masalah banyak? Majoriti daripada kita berdepan masalah kekurangan protein daripada berlebihan protein.

Ada 3 jenis protein whey secara am. Perbezaan ketaranya adalah daripada lemak, kandungan laktosa dan kepelbagaian immunoglobulin.

1. Whey Protein Concentrate – Kebiasaannya rendah protein jika dibandingkan dengan 100 gram kandungan. Karbohidratnya daripada bentuk laktosa. Tidak sesuai untuk mereka yang ada masalah dengan laktosa.

2. Whey Protein Isolate – Isolate bermaksud pengasingan. Protein jenis ini telah diasingkan lemak dan laktosanya. Rendah bioaktif berbanding concentrate. Kebiasanya tinggi protein jika dibandingkan kandungannya. Biasanya kurang rasa susu.

3. Whey Protein Hydrolyzed – Protein yang diprotein untuk memudahkan penghadaman. Proteinnya biasa sangat tinggi dan harganya pun lebih tinggi. Kebiasaanya rasa teruk berbanding kedua-dua protein yang lain.

Bila nak pakai protein whey?

Ada dua waktu yang memerlukan penyerapan segera iaitu 30 hingga 90 minit selepas senaman dan selepas bangun tidur. Masa-masa lain terpulang pada pelan pemakanan anda.

Chapter-459-Apa-itu-whey protein

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

201 thoughts on “Apa itu Whey Protein?

  1. untuk org yg gemuk.. sesuai ke amik whey???

      1. Ada saran produk produk whey yg halal bang?

        1. antara yg ada halal termasuk horley. Manufacturer ON, glanbia pun ada halal. ada quite a few juga ada halal.

          1. Whey jenama GNC dengarnya xhalal. Betulke?

          2. Zaim Faris says:

            Saya berat 46 kalau saya ambil whey boleh naik berat badan x

          3. Zaki Khan says:

            boleh jika kalori lebih drpd keperluan.

        2. Saya sarankan Vital Whey Isolate yg 24g protein per serving, 0g gula dan hanya calories 111 calorie satu serving. Is adalah satu2 protein jakim halal.

        3. Ambillah TitanWhey, dijamin Halal.

      2. Boss, berat saya 100 tinggi 169 kalau saya amik protein whey, bagus x? Dan sehari brapa kali dan waktu utk diminum? ?

        1. boleh. tak boleh bagi direct answer berapa kali. kena kira keperluan badan.

      3. Assalammualaikum tuan… Saya nk tnye 1 soalan , berat saya dlm 55kg dn tinggi 162cm sesuai x saya ambik whey protein untk build muscle n nk lebih ripped ?

      4. Nak tanya , Saya berat dlm 90 tinggi dslam 174 , klau saya nk buat cutting perlu guna ape ea , Tapi dada saya jatuh sedikit , mohon penceraham

      5. Klau nk trunkn berat ok ke

    1. salam bos..sy mnum on whey protein..lepas 2 bulan mmg ade nmpk perubahan tp timbul jerawat pulak dkt bdn..adakah product tu xsesuai dgn sy atau bagaimana utk nk hadapi mslh ni…tq bosku

  2. Mohd Zaki Bin Ramli says:

    slm..bleh dato terangkn tntng kebaikan n keburukan creatin..serta cara2 pnggunaannya..

    1. creatine kalau overdose effect pada kidnet.
      paling senang ambil ketika workout atau selepas. kalau pure creatine campurkan dgn air buah.

  3. terima kasih Dato.. nice info..
    nak tanya, sebelum ni saya guna mass gainer.. dlu berat 49kg, tinggi 168cm. sekarang dah 72kg, tp Fat 23%, boleh x sy guna whey skrg? sebab nak buang lemak tanpa turunkan muscle.. whey apa yg bgus utk keadaan sy, antara 3 jenis whey d atas.?

    1. sy tak galakkan guna gainer dgn fat lebih daripada 20%. cenderung utk naik fat sebenarnya. guna fat. yg concentrate biasa pun dah ok.

      1. ok Trimas Dato’.. 🙂

  4. slm.Tuan,
    berat sya 123 kg.tinggi 170cm. perlu ka saya ambil protein ni.atau ambil fat burner dulu. terima kasih

  5. Salam nk tnye berat 65 tinggI 169. Pergi gym 3 Hari dalam seminggu apa supplement yg patut saya amik,perlu ke sya buat size..

    1. wslm. kalau ada budject, amik whey + gainer. pastukan cukup intake utk pembesaran.

  6. mohd ashaari says:

    Salam nk tnye berat 65 tinggI 169. Pergi gym 3 Hari dalam seminggu apa supplement yg patut saya amik,perlu ke sya buat size..

  7. mohd ashaari says:

    Mana yang perlu amik whey ke mass

  8. Dato macam mana pulak dengan bio protein isolate drink blend by cosway..ok x? saya student,so kalo amik cosway ni mcm murah jugak la…

    1. murah, tp 1 scoop ada 9g protein sahaja. 1 tin ada berapa serving?

  9. dato, boleh x klu sy cmpur whey+granola/swaktu dgn nya… atau lg elok dgn whey..

  10. Salam Dato’ nak tanya skit..berat saya sekarang 75kg, tggi 163cm..sy masih tak sure samada nak cutting dlu atau sizing lagi dgn berat saya skarang ni…sblm ni saya byk guna whey protein, skarang cuba plak minum Ripped keluaran Horleys..ok ke x? ke nak kena ambik whey protein je dlu bagi tambah besar lps tu baru ambik y ripped ni..TQ Dato’

    1. ok tu ok, cuma mahal sikit ripped whey.
      kalau fat percentage rendah daripada 18%, buat sizing dulu xpe.

  11. Salam bro , macam mana cara saya nak amek mass+whey , maksud saya berapa kali saya perlu minum mass dlm seminggu dan brape kali saya perlu minum whey dlm masa yg sama?

  12. Hi Dato, my weight is 57kg, height 161cm, previously i took mass gainer i lose 1 kg. I did tried many type of mass, always having stomachache problem. Should i stop taking mass and should i take whey protein?

  13. Hi dato..minta pendapat sikit apa yg perlu sy buat..sy berat 83kg tinggi 176kg..apa patu sy ambil utk besarkan otot dlm masa yg sama nk hilangkan lemak terutamat belly fat..percentage fat sy 25%..patut ke sy amik mass protein dan fat burner sekali?

    1. kalau lebih 18%, saya galakkan pakai whey protein. kalau dah bawah 18%. nak pakai mass pun xde masalah.

  14. Dato.. nk tanya mostly whey protein ni halal ke?

    1. Kenapa dato tak jawab soalan tentang HALAL tu….tak pentingkah?

    2. mostly takde sijil halal disebabkan beberapa isu. samada betul tak halal. sijil halal mahal. tak kisah tentang muslim market disebabkan market sedia ada dah sgt besar.

  15. Assalamualaikum Dato berat sy 50kg n sy ade masalah kekurangan berat bdn, adakah pengambilan whey protein dpt menambah berat bdn sy?

  16. As salam. bagaimana panduan yg betul utk menambah berat badan? info: age36, weight61kg, height170. skrg sy guna produk DYMATIZE super mass gainer. 1. adakah produk ini halal? 2. bila waktu yg sesuai utk ambil protein ini? 3. perlukah sy ambil mass atau whey? 4. fungsi sebenar mass dan whey? TQ

  17. Dato napa Dah jga mkn n masuk gym six pax x jadi2 lagi ? Dari Apa masalah lagi ? Proten Ada juga minum ?

  18. bole kah fatburner dan whey protein diambil dlm pasa yg serentak… berat 77kg, tggi 168

  19. saya berumur 44thn, berat saya 95kg dan tinggi saya 171

    mohon cadangan whey yang sesuai utk saya

  20. Saya nak tau pasal casein kebaikkan casein berbanding protein lain tq

    1. casein delay protein absorbtion. jadi lebih lama sebelum dihadam.

  21. nak tanya..kalau saya ambik 2scoop whey ON pagi dan 2scoop untuk selepas w/o boleh tak.?? sebab yg disaran 1scoop sahaja.

    1. depend pada keperluan individu. general guide line je kat botol tu.

  22. Salam. Whey ni paling sesuai diambil sebelum atau selepas workout ?
    Dan, kalau saya ambil whey saja dan tidak ambil gainer boleh ke?

    1. depend. dua2 boleh. cuma selepas, amik carb dulu. 30minit kemudian baru whey.

  23. Hi,tolong jelaskan dato sekarang da x boleh angkat beban atau workout. Bila angkat dumbell atau push up sakit kepala akan datang. Sebelum ni tak pernah jadi. Help please……
    Satu lg dato, adakah pengambilan isolate whey+lean musclebuilder boleh meyebabkan sakit kepala(migrain).
    *info
    Berat 60kg
    Tggi 160cm
    34 tahun.

    1. ada apa2 masalah lain? darah tinggi? tekanan? bila start jadi begini?

  24. Askm tuan, saya umur 40 thn, tinggi 164 cm dan berat 70kg. Baru ke gym…cuma nak tahu mana yg sesuai dgn saya whey protein atau mass gainer untuk bina otot. Sekian terima kasih.

      1. Salam dato, saye dalam proses diet. Alhamdulillah hasil nye. Buts tinggal lemak di bahagian prut je. Boleh ke saye ambil whey untuk besar kan otot and buang lemak tepu ni.

  25. Salam..kncing manis darah tinggi ble ambil whey protin ke..

  26. Assalam. Saya ingin bertanya. Dulu berat saya 45kg…sekarang berat saya 64kg tinggi 167. Saya ambik protein mass gainer. Adakah saya ckup utk jd seorg yg bdn aesthetic utk berat seperti sekarang or saya kne bsrkn lg bdn saya sampai ke 70kg? N lpstu bru ambik whey utk cutting? Minta pendpt…

  27. shafiqkak4 says:

    salam. saya tinggi 175 berat 70 perlu amik mass or whey.

  28. assalam…dato…macamana cara utk turun badan..perut buncit…peha dan pungung besar…..tolong bagi cadangan apa yang perlu diambil..tq

  29. Assalam dato . Berat saya 40 kg tinggi 165cm. Saya makan banyak yang naik cuma tinggi. Tapi badan tetap kurus kurang berisi. Patutkah saya ambil whey isolate+lean musclebuilder ? Trima kasih

      1. Assalam boss… Whey kegunaan untuk mengecilkan size atau membesarkan saiz badan…

  30. salam dato
    Boleh x sy ambil whey protein sahaja ganti makanan harian sy..
    Sy ambil titan whey..
    Sy sekarang work out mmg payah nk turun..
    2 tahun lepas sy gemokk 82kg dgn tinggi 160cm..
    Sy ambil hydroxycut dan work out.. turun sampai 54kg..
    Tahun lepas sy berhenti work out dan berat naik jd 60kg..

    Sekarang sy amil smula fat burner isolate selepas setahun lebih berhenti ambil fat burner.. tp berat tetap x turun x naik walaupun dah cut off nasi work out dan ambil fat burner..berat mantain 57kg

    Boleh x kalau sy ambil fat burner lepas tu sy hanya nk mkn whey sahaja ganti setiap kali lapar dan meal..

    Contoh.. bgun pg amik fat burner.. g badminton atau gym selama 1 jam lebih dan hit cardio 20 min… blik makan whey.. tgh hari mkn whey.. mlm mkn whey.. kalau lapar antara waktu lunch dgn dinner mkn gajus atau kurma… minum kopi o sahaja.. adakah whey tu akan menggemokkan sy?

    Dan selepas sy dpt berat yg sy mahukan dlm 50kg sy berhenti ambil whey adakah effect whey itu menggemokkan?

  31. kalau ambik titan whey ok tak ? untuk lose weight boleh ka ambik tu ? then kalau berenti ada effect tak ??

  32. Salam. Berat badan saya terlalu kurus 51kg. Age41 . Saya ada ambil concrete mass. Sudah hampir 2minggu mengikut dicadangkan. Tapi saya masih belum capai target. Ada idea lain untuk membantu saya.

  33. Sy ambil titan whey utk target pengurangan berat bdn dan.work out boleh ke?

  34. antara whey depot dgn whey on, mana lagi bagus?

  35. Orang yang ada sakit darah tinggi blh ke minum whey protein Dato.

  36. En zaki khan ade jual protein whey ke ?

  37. Salam… Saya nak tanya. Mcm mana pulak kalau org tu sakit? Boleh minum whey? Risau ada ganggu ubat yg makan tu. Contoh, sakit epilepsi?

  38. Salam, Kalau saya berat 95kg tinggi 175cm, skrg ni saya amalkan amino energy dan pergi ke gym 3 hari seminggu.
    Objektif saya skrg saya nk kurangkan berat badan dan target berat badan around 75kg – 80kg disamping membuang belly fat yg sedia ada serta mengcantikkan lagi badan.
    Saya rasa saya perlu cutting dan adakah dngan mngamalkan whey protein saya dapat ke target badan yg saya nak??

    1. ia boleh bantu, tapi bukan jaminan. kena check overall diet betul ke x.

  39. Sofia amirah says:

    Apa kelebihan whey berbanding herbalife nutrition

    1. whey focus kepada protein. herbalife ada masukkan protein vitamin dan sebagainya. whey up to 25g protein per service, kalau x silap, herbalife 9g per serving which is very low compare to price.

  40. Mohd syahril bahari says:

    Aslkm tuan… sy baru mula ke gym… berat 175 tgi 175… kalau sy guna whey perlu lagi ke sy ambik fat burner…

  41. Salam tuan. Sy hanya workout dirumah. 2kali 1 hari. Dan waktu workout sy pagi dan malam. Adakah sy perlu minum protien whey sebelum dan selepas workout utk waktu pagi sahaja? Bagaimana utk mlm? Adakah sy perlu ubah jadual workot sy? Bagaimana pengambilan whey ketika bulan puasa. Ambil ketika sahur atau berbuka? Terima kasih

    1. depend pada keperluan badan. ketika puasa, boleh amik berbuka, sahur, tgh malam.

  42. Syamil shah says:

    Boss . Kalau mcm sye ni nk besar kan bdn kena ambil protein weigh gainer @ mass up ? Senang citer baru nak start lah .. Terima kasih

  43. Dato..sy nk kurus dan naikkn muscle..apa perlu sy ambil..whey or mass?tq

  44. bole ke whey protein di campur dengan susu segar?

  45. utami kif nur ganto says:

    Hi Bang kalau skrg berat saya sudah 52 KG DGN TINGGI 150 CM,kalau nak cepat dlm pembentukan otot agar nampak shape bole k i ambik whey protin ne.Saye x bape tahu sgt psal benda ne ,sye x nk gemok.

    1. kalau ada budget, elok pakai mass gainer. ada possibility metabolisme tinggi. naikkan kalori 10-30%

  46. 100whey isolate blh mnmbah stamina tak

  47. salam dato.. Tumpang tanya.. Berat saya 67kg ..tinggi 184cm ..saya ambil 100% whey protien with extra amino acids badan saya makin kurus lah.. Muscle tak naik pun.. Knp ye?

  48. Salam dato, berat saya 65kg tinggi 170cm.

    Saya perlu ambil whey ke mass?

    Dengan berat dan tinggi saya, Adakah saya perlu tambah berat badan, atau turunkan berat ke maintain.

    1. kalau ada budget, elok pakai mass. kalau xde, pakai whey tapi increase intake carb drpd sumber solid.

  49. Zulkarnain says:

    Assalam Dato, Sy ada masalah Perut Buncit .. badan agak berisi .. Berat70kg, Tinggi170 mcm tu ..sy amik ‘Whey Protein’ untuk Buang lemak2 dlm badan..kt Perut,
    Sesuai tak Whey Protein untuk saya dan Masa Bila pengambilan tersebut.. selepas Workout atau sebelum??.. Thanks Dato

    1. wslm. xde specific masa pengambilan. cuma digalakkan 30minit hingga 2 jam selepas training. masa2 lain terpulang sekira intake x mencukupi, nutrisi

  50. Muhammad farhaan. says:

    Assalamualaikum bang,saya baru nk start main gym, berat sy sekarang 83kg, tinggi 170cm. Target sy nk berat 70 fit! Abg boleh sedia kan aturan makan, cara latihan yg plg berkesan dan juga supplements yg patut sy ambil spanjang sy ingin capai keingingan sy tu tak? Ape beza whey protein dgn mass gainer tu?

  51. Aqif Zafran says:

    Asslkm dato.Saya berat 57 kg dan tinggi saya 172 cm.Saya ada masalah dlm menaikkan berat badan.Apa jenis supplement yg saya perlu ambil utk naikkan berat badan? Adakah Mass gainer atau whey?

  52. Salam ..Saya nak tanye bagus tak protein whey ni utk diet atkins

  53. mohd firdaus says:

    whey protein ni sesuai tak untuk org kurus? mana yg terbaik utk tmbh berat bdn.. whey protein atau susu protein biasa?

  54. Fendi Ahmad says:

    Salam dato
    Whey protein minum sebelum workout ke atau selepas workout

  55. Hi bleh tnya if stop consume whey protein ..bleh menaikan berat bdan tak?

  56. Assalam dato, sy berat 110kg tinggi 172cm supplement ape ptut sy ambil..skrang sy sdg ambil fat burner ripped freak

  57. salam dato berat sy 49kg tinggi 163cm. sy nk tambah berat badan apa sy perlu ambek whey ?

  58. salam dato. berat sye 51 kg n tinggi 172 cm. kategori protein mne yg sesuai untuk saya?

  59. Dato, tlg komen ttg pro n con pengambilan produk meal replacement brand isagenix versus herbalife. Tk.

  60. Hiii saya amy Saya berat 57 tggi 156 tp Peratus lemak sa masih tggi ssh nk turun..34%..Saya woukout setiap ari tp sama… Apa perlu sa bt…

  61. Assalam Dato, sy masih belajar dan sy atlet di sekolah dan beberapa kali wakil sekolah dlm olahraga, boleh ke sy ambil whey protein concentrate utk bina otot

  62. Adha Hameed says:

    Assalamualaikum,
    saya nak buat cutting model, boleh ke saya ambil whey protein untuk built lean muscle atau perlu ambil mass protein? Badan saya dah ada shape, cuma tak cukup ripped

  63. Hasif Salleh says:

    Salam dato , saya berat 62kg tinggi 169cm , skrg saya amek mass , tapi berat naik., perut pon naik , ade solution tak utk kempiskan perut tnpa ganggu knaikan berat bdan ?

  64. Hasif Salleh says:

    Btw saya amek superior14 mass gainer , 2 scop sehari , awal pagi n after workout , ke patut tukar ke whey ?

  65. Assalam tuan,
    Berat sy 83KG..tinggi 165cm..female. Boleh ke kalau nak amek protein cth sculpt horleys as supplement. Sy swim 2-3 kali seminggu dlm 1-2 jam per session. Selalu swim mlm. hari xswim ada buat light buat strenghtning either kat rumah atau gym. kalau amek protein time bila nak amek? tqvm.

    1. boleh. cuba agak mahal kalau compare harga. tp antara protein yg berkualtiti

  66. Assalam tuan apa perbezaan kegunaan pre-workout, amino, creatine dan whey??adakah ia bole ambil skali dlm satu hari?

    1. wslm. boleh. kalau byk duit. preworkout stimulant sebelum workout. creatine semasa dan selepas training. amino whey 30 minit lepas training.

  67. Sya gunakan whey protein tpi brat bdan sya 51kg je ..tiada masalahkah untuk mmbina otot?

  68. salam tn.
    otot paha kiri saya masih kecil berbanding sebelah kanan selepas pembedahan ACL. dah buat fisio dan gym. fisioterapi cadangkan ambil makanan tambahan. boleh suggest apa yg sesuai saya ambil dan halal? terima kasih..

    1. boleh je ambil whey protein utk cukupkan intake harian. paling penting kira berapa byk keperluan.

  69. Salam tumpang tanya.klau mcm sy ni berat 55kg.. klau sy lebih kan protein.kurng kn permakanan boleh x?

  70. Sya pernah menghidap kanser darah dan kini telah sembuh…ada risiko x…kalau sya ambil susu protein?

  71. Salam.. apa beza protein brand on hydro whey dgn gold standard whey?

  72. salahuddin says:

    salam, skrg berat saya 75,tggi 166..sya dah 2 mggu makan grenade fat burner, saya nak tnya boleh tak saya ambil fat burner + whey protein isolates?? sya nak turunkan berat sambil naikkan muscle..do you have any suggestion or anything.. please help me

    1. boleh. ia makanan tambahan. bergantung pada budget. cuma makesure xde darah tinggi etc

  73. Brand Mass gainer apa yang terbaik n sesuai untuk saya yang kurus.. Macam mana nak kira kalori badan kita cukup ke tak? TQ ?

    1. cuba powermania. agak mantap. contact no ni 0173999125 utk order

  74. Berat sy 63 dan tinggi 165..bmi masih seimbang tp masalah sy perut buncit..jd mcm skinny fat…yg mana patut sy ambik whey atau fat burner atau kdua dua skali?

  75. Saya nak tanya. Umur saya 23. Berat 55kg dan tinggi 165cm. Okay tak kalau saya ambil whey? Dgr banyak komen tuan reply whey plus mass. Kalau nak campurkan tu tak pe ke? Campurkan dlm air tu ke? Atau asing2?

  76. berat sy 65 dan tinggi 170cm…..nak tambah berat dan otot apa saranan datok utk sy nampak sempurna……

    concrete mass tu utk apa sebenarnya

    boleh ke ambilnya tanpa work out

    1. tambah kalori. boleh guna mass. tapi kalau x workout naik mungkin kat perut

  77. sy nak tnye berat sy 74 tinggi sy 169…sy nak kuruskan badan ape ptt sy ambik whey atau fat burner?mne yg sesuai untuk sy?

  78. Saya nak tanya.. whey protein ni menggemukkan atau menguruskan

  79. Hai. Berat badan 110kg. Tinggi 149. Pergi gym 3kali dlm seminggu. Boleh saya ambil titan whey dan glutamine?

  80. Wan mohd mazni says:

    Berat badan saya 85kg..saya baru start main gym..sekarang protien apa yang saya perlukan..whey atau mass gainer?

  81. Adakah amplified gold 100% whey protein advance sesuai untuk orng darah tnggi

    1. whey should be ok. yg jadi masalah supplement seperti fat burner etc

  82. Saya perempuan (overweight) merancang nak kurangkan berat badan, so protein mna yg sesuai ye?

    1. boleh guna powermania hydrowhey. hubungi 0173999125 jika berminat dptkannya.

  83. Farhan hamzi says:

    Salam…saya nk tanya …kalau saya ambik whey….if one day saya dh berhenti bersenam…badan akan naik x?

    1. wslm. biasanya naik sebab dah biasa lebih kalori. tetiba berhenti bersenam, kalori tak kurangkan.

  84. salam… sy nak tanya.. klau tggi sy 178cm , berat sy 59kg… seseuai tak amek whey protein.. sebab just nk bina otot.

  85. Assalam sifu, saya lelaki berat 88kg.tinggi 169. Nak kurus fit muscle.tp x nak la muscle ketul2 beso..trim yg skrg..exercise rutin hanya running. Apa patut saya amik?

  86. Assalam sifu. Saya lelaki 39thn berat 84kg tinggi 169cm. Exercise rutin cuma running. Nak kurus fit muscle.x nak la muscle ketul2 beso.pe patut saya amik? Klu bole rekmen brand skali. Price doesnt matter.

  87. Assalam sifu. Saya lelaki 39tahun berat 88kg tinggi 168. Tp pinggang seluar size 35.. Exercise rutin just running. Nk kurus fit muscle.tak nak la muscle ketul2 beso. Pe patut saya amik? Klu bole rekmen siap brand skali. Price doesnt matter.

  88. kalau utk gain muscle (woman) mne yg disyorkan

    1. Zaki Khan says:

      tak kisah whey yg mana, janji ikut keperluan. USN ada keluar produk whey khas utk perempuan. boleh check dkt shopee.

  89. luis chong says:

    Hai.. apa yg sesuai utk turunkan berat badan/kurus? bagi yg beginner la..

    1. Zaki Khan says:

      kalau kurus lebih afdal amik gainer.

  90. Hai . Tinggi saya 150cm , berat saya 55 . Kalau saya nak turunkan berat badan n shape kan badan , sesuai ambil whey tak ? Tapi saya cuma buat light exercise .

  91. Assalamualaikum sy perempuan umur 27 tahun sy nak tinggikan badan Dan tambah otot tinggi dlm 157 berat 45 yg mana sesuai perlu sy ambil supplement ya tuan

    1. wslm. whey protein pun boleh. mana2 brand ok. cukupkan intake kalori.

  92. Assalamualaikum,
    Tuan,berat badan saya 82kg dan tinggi lebih kurang 5’3″…
    Mana yang patut saya ambil mass gainer ataupun whey protein?

    1. wslm. bergantung pada sasaran. nak besar lagi gainer, nak kecil whey. tu general guideline yg asas.

Leave a Reply to Syafiq Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: