Apa Jadi Bila Berhenti Gym? Apr02

Kongsi

Apa Jadi Bila Berhenti Gym?

Banyak soalan popular berkaitan dunia gym. Antaranya adalah pertanyaan mengenai kesan yang akan berlaku tatkala seseorang itu berhenti daripada berlatih di gym. Ramai yang berkata badan bertambah lemah, otot-otot menjadi lemak, dan mudah untuk jatuh sakit.

Aiman Radzi - Apa Jadi Bila Berhenti Gym

Walaupun badan anda tidak akan menjadi gemuk dalam satu malam daripada berhenti bermain gym, ia adalah pengetahuan umum bahawa berhenti daripada berlatih akan menurunkan tahap kecergasan. Tahap penurunan adalah berpandukan banyak faktor sebenarnya; tahap kecergasan sebelum berhenti, pengalaman latihan, umur, dan lain-lain.

Kursus Kecergasan 2017

Kecergasan Kardiovaskular

Apabila anda berhenti daripada latihan ketahanan aerobik (seperti berjogging), tahap kecergasan aerobik turut akan menurun. Bagi atlit ketahanan, berhenti daripada berlatih selama tiga minggu mendatangkan kesan yang sangat drastik. Tahap kecergasan mereka merundum dengan pantas. Berbeza dengan individu biasa (bukan atlit), tahap kecergasan anda boleh bertahan selama 12 minggu.

Kekuatan Otot

Tahap kekuatan otot menurun tatkala anda berhenti daripada latihan kekuatan. Maksudnya, apabila anda berhenti daripada melakukan latihan berintensiti tinggi, kekuatan anda turut berkurangan. Ini termasuk penukaran program latihan kekuatan kepada latihan-latihan lain yang tidak menggunakan konsep intensiti tinggi.

Meskipun begitu, atlit kekuatan bertaraf professional boleh menahan tahap kekuatan untuk jangka masa lama. Bagi yang baru memulakan latihan, mereka lebih mudah untuk hilang tahap kekuatan dan saiz otot kerana badan mereka masih belum adapt dengan situasi latihan.

Jangan Risau!

Walaupun anda berhenti daripada berlatih, anda msaih berpeluang untuk menimba kembali apa yang anda sudah hilang akibat penghentian ini. Malah, mendapatkannya semula lebih mudah daripada awal-awal anda mula dahulu.

Ini adalah kesan daripada sel satelit yang merupakan stem cell untuk otot anda. Sel-sel ini “berehat” apabila anda berhenti daripada latihan tetapi kembali aktif saat anda mula berlatih semula. Jadi, anda akan mendapat semula apa yang anda hilang dengan lebih cepat. Jika dahulu anda berlatih untuk 5 tahun bagi mendapatkan keadaan badan yang mantap, kemudian anda berehat untuk setengah tahun atas sebab-sebab tertentu, berkemungkin anda boleh dapatkan kembali keadaan badan dahulu dalam beberapa bulan sahaja!

Rujukan:

  1. Gargulinski R., 23 April 2015, What Happens If http://www.livestrong.com/article/436441-what-happens-if-you-stop-going-to-the-gym/
  2. Shoenfeld B., 10 March 2017, 4 Things You Never Learned About Muscle Growth, Bodybuilding.com, https://www.bodybuilding.com/content/4-things-you-never-learned-about-muscle-growth.html
Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook Twitter YouTube