Arena Bina Badan

Ada yang bertanya, apakah akan ada perubahan dalam bina badan di Malaysia?

Bagi saya, mutu bina badan di Malaysia akan kekal berada di tahap yang sama. Setiausaha Persekutuan Bina Badan Malaysia, Komander Bersara Kamaruzaman sendiri telah menolak perubahan yang ingin dilakukan pada dunia bina badan, iaitu pertandingan bercorak baru dengan hadiah lumayan, mr Don Classic yang pada mulanya dirancang diadakan pada 29 April 2012 di Genting Convention Centre, Genting Highland. Kenapa Komander menolak? Kerana dia terjerut buah pinggang apabila melihat nama Zaki Khan sebagai penaja sehingga terpaksa buat dialisis seumur hidup. Komander juga berniat untuk mempertahan mr Pasar Malamnya dengan berbangga, gabenor pun datang menghirup aroma babi panggang di situ.

Sekadar gambar hiburan

Kursus Kecergasan 2024Apabila bercerita pasal komander, tetiba saya teringat sebuah kisah yang diceritakan pada saya. Saya tak pasti samada orang sama atau tidak. Kisah penyelewengan duit dalam persatuan OKU. Kononnya bukti masih disimpan. Dengar cerita, mereka yang terlibat dalam kes itu terus tukar kereta ketika itu. Adakah komander terlibat? Sekadar persoalan disebabkan nama yang naik seolah-olah sama.

Berbalik kepada persoalan, kenapa sebenarnya mr Don Classic ditangguhkan? Segalanya berpunya daripada Vincent Ho atau menggunakan nama Mohd Halim H. Dia merancang mengenakan saya setelah sekian lama. Sejak daripada awal perancangan, dia terlibat. Bukan sekadar pemerhati tetapi penasihat. Segala bukti menunjukkan penglibatannya daripada awal ada disimpan. Daripada tahun lepas lagi, dah minta dia berbincang dengan Komander tetapi sehingga minit terakhir ditangguhkan. Apabila berlaku pertemuan dengan Komander yang didesak oleh pihak DK Group, Vincent mengatakan dia tak tahu menahu pasal mr Don Classic dan tidak terlibat langsung walaupun bukti jelas menunjukkan dia terlibat daripada awal. Nampak sangat talam dua mukanya. Dia cuba mengenakan saya dan pihak DK Group dengan tidak memberitahu apa yang sepatutnya diberitahunya kepada Komander daripada tahun lepas. Adakah Komander meluluskan permohonan Persatuan Bina Badan Pahang (Baru) menjadi gabungan?

Mungkin ramai tidak mengenali Vincent Ho seperti yang kami semua kenal. Dia menggunakan nama Islam semata-mata kerana agenda politiknya. Kononnya dia sudah 20 tahun memeluk Islam, tetapi cuba minta tengok kad pengenalannya, sampai sekarang tidak ditukarnya. Dia menggunakan nama Islam sejak akhir-akhir ini jelas menunjukkan untuk mengambil hati ahli Parlimen yang didekatinya dan juga sebagai proxynya. Namanya sebelum ini ada dalam Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur, kemudian dia menggunakan nama Mohd Halim H di dalam Persatuan Bina Badan Pahang (Baru). Dia cuba berkuasa dalam 2 persatuan bina badan. Apabila disedari Komander, dia menukar nama di Pahang kepada orang lain tetapi masih jelas, dia dalang di Pahang. Apa yang saya jelas tentang dia, setiap kali diajak untuk solat, dia sentiasa menolak. Kemudian, saya pernah duduk borak dengan seorang kawan yang lebih mengenalinya dan diberitahu, Vincent masih ke gereja ketika dalam Islam. Apa tujuannya?

Baru-baru ini, dia ditendang keluar daripada Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur tetapi dia memberitahu semua bahawa dia meletak jawatan. Sepanjang saya kenal dia, dia selalu memburukkan presidennya, Subramaniam. Kata itu, ini mengenai Subra. Saya tidak begitu mengenali Subra dan secara kebetulan ada seorang yang berurusannya dengannya di bank. Cerita daripada Subra ternyata berlainan daripada apa yang diceritakan Vincent. Vincent tidak pernah beritahu apa yang disepatutnya diberitahu. Segala jemputan menghadiri majlis, Vincent sendiri pergi untuk menaikkan namanya dan dalam masa sama, dia memburukkan Subra di belakang. Beginikah etika seorang setiausaha? Panjang jika hendak bercerita mengenai Vincent Ho. Bagaimana dia mencuri kumpulan yang saya tubuhkan demi kepentingan dia dan sebagainya. Kononnya pertandingan bina badan remaja yang dianjurkan semalam di Bukit Kiara sangat teruk sehingga terdapat komen mengatakan, pertandingan terteruk dalam sejarah bina badan Malaysia, dengan hanya 4 peserta dan terlalu kurang penonton. Hati-hatilah jika berurusan dengannya.

Saya tidak berminat campur lagi dunia bina badan dan mungkin mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah Malek Noor, tidak mempromosikan lagi sukan bina badan. Sukan bina badan mempamerkan aurat. Cukuplah sekadar terlibat dengan senaman dan penjagaan badan untuk tujuan kesihatan dan bukan diperagakan.

Nota: Minggu ini saya menduduki peperiksaan, jadi kemungkinan tidak ada kemaskini blog sehingga selesai kertas terakhir. Doakan yang terbaik untuk saya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

64 thoughts on “Arena Bina Badan

  1. sian bina badan kat malaysia ni…

  2. Saya telah lama mengikuti laman ZK ni, dan ini adalah pertama-tama kali saya menulis diruangan komen.Saya mendoakan semoga dato dapat menduduki peperiksaan dengan cemerlangnya…..serta dapat meneruskan memberi ilmu2 yang baru mengenai senaman serta penjagaan kesihatan kepada kita semua……

  3. muge ZK berjaya dlm peperiksaan nti..bukan jer berjaya di dunia..malah akn berjaya juge di akhirat..inshaALLAH…aaminn..

  4. wah..
    bila manusia khianat diberi amanah, dia menggunakan amanah yg diberi utk kepentingan diri sendiri.
    kalau dalam hati tak ada kebesaran tuhan-takut pada tuhan. apa pun berani langgar.

    oh, sekadar peringatan utk diri sendiri. 🙂

  5. sy sendiri berada di bukit kiara smlm, mmang pertandingan binabadan yg paling teruk dgn mula2 ada 7 org peserta yg ada, last2 skali bila naik ke stage tinggl 4org shj, yg 3 lgi balik..hehe,
    sy ada nmpak smlm vincent ho ni smlm, zainal arif pun ada dtg dri johor smlm untuk beri sokongan trhadap sukan ni..tpi sgt sedih melihat hanya 4org pserta shj, da 4org xyah lar susah2 nk kaler badan kan..stage pun pasang siap pnyer,xda lighting ape suma..peserta suma xda saingan,suma trus ke final then blh terus habis,tu yg sy dpt dngar vincent tu ckp..mmangla,da 4org jer..kesian bdk2 tu..

  6. Ini dah menjadi lumrah manusia…..ada yg baik, ada yg buruk…yang penting ialah ZK dapat meneruskan memberi pengetahuan untuk kebaikan kita semua………..

  7. There was stupid fucking politic S.F.P any where in Malaysia. This kind of S.F.P will never end as long as manusia yang berjawatan tertinggi a.k.a top management sentiasa membuat keputusan untuk kepentingan diri sendiri, dan kalau boleh please make something that can make outsiders proud of Malaysia Bodybuilding Association, dan kalau boleh kurangkan pertubuhan2 yang tidak berdaftar under persatuan bina badan yang rasmi, maybe u guys can make only 1 pertubuhan setiap negeri,dan semuanya hendaklah di daftarkan di bawah satu badan induk,sebab manusia di Malaysia tak mengira bangsa suka hidup berpuak-puak,terlalu kuno untuk masa sekarang jikalau untuk berpuak2…
    Dan kalau boleh ahli jawatan kuasa jangan lah sibuk2 nak mengambil bahagian,nanti sendiri yang anjur,sendiri yang menang..renung2 kan,dan selamat beramah…

  8. semoga dipermudahkan Allah segala urusan tuan. amin.

  9. setelah sekian lama, baru semlm berpeluang utk menyaksikan pertandingan bina badan tempatan, sebab tak pernah pergi mana2 pertandingan tak dapatlah nak buat perbandingan yg paling teruk atau tak. Yang pastinya semlm hanya ada 4 peserta, stage pun ala kadar mcm nak tak naklah, nak salin baju pun depan tu juga…impression pada kali pertama memang teruklah, tak sangka mcm tu,,menyesal jugak pergi

  10. tebo sayfol says:

    semoga berjaya dato… amin..

  11. Alhamdulillah.. InsyaAllah dipermudahkan segalanya… Perbezaan antara ratu cantik dan bina badan hanyalah jantina. Di sini satu diharamkan dan lagi satu dibiarkan. Dunia da xlame.

  12. mus kedah says:

    cayalah zk!!! hahaha

  13. Janganlah kerana langau seekor habis kandang hendak kita bakar. Saya pasti pengunduran dato akan memburukkan lagi sukan bina badan. Apa kata berjuang sehingga ke titisan peluh terakhir. Jangan mengalah walaupun kalah.

          1. jika isu aurat, tidak bolehkah bagi ahli bina badan islam hanya tonjolkan hasil pada bhgn atas badan dan menutup aurat dari bawah pusat hingga ke lutut??

          2. bergantung pada penganjur. perkataan bina badan dah sinonim dgn pakai 1 piece.

  14. salam dato,
    jangan la merajuk mcm nie…klu dato mengalah sape nak berjuang lagi..sape nak tampar lalat yang duk merosakan sukan bina badan kt nie..dato jdlah mcm TSAM..berjuang selagi hayat dikandung badan..kami semua sentiasa menyokong…

  15. Terima kasih atas wish n doa korang. last paper hari khamis ni. paper yg susah plak tu. 😀

  16. muhd ahmad says:

    selamat berjaya Dato ZK….

  17. apapun dato mmg the best, yg penting exam, smoga dpt result gempakk dato…!

  18. Abg Kidd Rock says:

    semoga berjaya dlm apa yg di usahakan…..

  19. arigho sachi says:

    sokong dato!!! huhuhuhu

  20. vincent hooooooo liccccccccc

  21. dato…sy ceburkn dri dlm dunia gym…mcm ne nak start ye…bpe yuran yg di kenakn di gym dato…

  22. Good luck dato dalam exam dan juga ape2 yg dato lakukan selepas ini. Mungkin lpas nie, dato boleh pula cuba naikkan arena powerlifting pula di malaysia. Saya berharap dato pertimbangkan idea ini, dan insyaAllah, dipermudahkan segala urusan oleh Allah jika dato tergerak hati nak naikkan powerlifting di malaysia. Apa-apa pun, saya tetap sokong dato..

    1. powerlifting xtau lg. sy lebih berminat pada strongman buat masa ni.

  23. tahniah,..sbb nk brubah n pk kn aurt.. :)..this is not sarcstic,just sokong perubahan dato’..tp jgn plak smpai stop dr jg bdn..kekeke!!boroi plak nnti jd nyeee..:p..hihi!

  24. abang z berat saya 63kg, saya nak mulakan membina badan saya.berapakah kalori , protein yang perlu saya ambil untuk mencapai tahap badan cam ‘Rivishing Rick Rude’

    1. jika train regular, aim 1g protein utk 1lbs berat bdn. makna sekitar 140g sehari dgn berat 63kg

  25. dato sy berumur 32.tinggi 163cm dn berat 62kg..apakah permulaan yg ptt sy mulakan untuk mendapat badan yg ideal dn urutan pemakanan yang betul?dan pemakanan sampingan yang btul?

  26. dato,ada org cakp,nk besar kan badan,exercise kaki adalah peranan penting..btl ke?

  27. assalamualaikum dato.
    sy bru brjinak2 dgn dunia gym..dr brjinak2..skunx dah bkerja di gym. sy ingin tnya pndapat dato, sy bru sbulan dalami dunia gym, kmudian bos sy mahu sy jd wakil gym dgn membina badan dan masuk prtandingan. sy smemangnya brminat utk mememiliki tubuh badan yg menarik. tp sy xnak mewakili gym utk ke pentas.spt yg dketahui smemgnya klo dah mndedahkan aurat adalah haram disisi agama. Sy nak tahu serba sedikit peluang kerjaya dari aliran gym ni.mungkin dato dpt berikan serba sdikit petua utk sy brjaya dlm bidang ni.terima kasih.

    1. peluang kerjaya antaranya, trainer, therapist, nutritionist dll. kalau isu aurat, mmg tak boleh kata apa. itulah bina badan.

  28. Lebai, adakah anda tiada nama sendiri?
    nak mengaku diri lebai, imam masjid? konon
    adakah anda malu dgn nama sendiri?
    mak bapa dah elok2 bg nama, adakah anda malu dgn mak bapa anda?
    anda hina mak bapa anda sendiri?

  29. ye aku lebai, alim, ada agama…sukahati lah nak guna nama lebai ke…siak ke..ko peduli apa?

    1. mie besibaru says:

      assalamualaikum,

      x baik bg lebai, tulis cmni..ni dh kira nyakitkan hati org, bg lebai sepatutnya bagi nasihat yg baik..sbb bg lebai lebih pengetahuan ilmu dr kami..maaf klu tulisan saya ni x sesuai!

  30. Amir Firdaus says:

    Assalamualaikum ZK, boleh kah saya tahu tentang :
    -sejak bilakah sukan bina badan di malaysia diperkenalkan
    -persatuan apakah yang bertanggungjawab dalam sukan ini
    -siapakah presiden persatuan itu
    -adakah sazali menjadi tulang belakang sukan ini
    saya mengharapkan jawapan ASAP.
    terima kasih dan selamat maju jaya .

    1. wslm.
      saya tak berapa ingat lagi sejarahnya.
      – Persekutuan Bina Badan Malaysia atau Malaysia Bodybuilding Federation
      – Presiden Dato Wira Gan Boon Leong
      – tulang belakang? apa maksudnya

Leave a Reply to muhd ahmad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: