Kongsi
Asal Usul Treadmill
Treadmill juga dikenali sebagai tempat senaman hamster, adalah mesin berlari setempat. Ia pada peringkat awalnya dicipta untuk melakukan kerja. Ia berasal daripada perkataan treadwheel untuk melakukan kerja di kilang (mill). Ia digunakan untuk mengisar bijirin. Kemudian ia digunakan sebagai salah satu alat hukuman di penjara dengan mengerahkan pesalah melakukan kerja dengan menggunakan treadwheel ini.
Kini, ianya digunakan sebagai mesin senaman mungkin berikutan semakin kurang kerja yang dilakukan oleh manusia. Kerja-kerja di kilang dilakukan oleh mesin. Sebelum ini, mesin ini perlu digerakkan untuk menghasilkan kuasa. Kini, ia perlukan kuasa untuk bergerak. Treadmill pertama kegunaan rumah dicipta oleh William Staub, seorang jurutera mekanikal. Staub mencipta treadmill selepas membaca buku Aerobics yang ditulis oleh Dr. Kenneth H. Cooper pada tahun 1968. Dr Cooper mengatakan bahasa seseorang yang berlari 8 minit, 4 hingga 5 kali seminggu akan memiliki keadaan fizikal yang baik.
Staub perasan bahawa ketika itu, tiada yang mampu memiliki mesin treadmill berikutan harganya yang tinggi. Mesin pertamanya dipanggil PaceMaster 600. Di penghujung tahun 60an, beliau menyiapkan prototype pertamanyha dan menghantar kepada Dr Cooper. Ianya mula dihasilkan untuk jualan selepas itu.
Rujukan
https://en.wikipedia.org/wiki/Treadmill