Asas Periodisasi

Periodization atau membentuk jadual senaman boleh didefinisikan sebagai program jangka masa panjang untuk memaksimakan potensi dalam pertandingan. Ia adalah program tersusun bukan main bedal sahaja datang ke gym buat latihan.

Matlamat program adalah memaksimakan potensi dan mengurangkan risiko kecederaan melalui protokol yang tepat untuk 1 jangka masa. Biasanya seorang atlet akan dapat merangka jadual latihannya berdasarkan tarikh pertandingan. Atlet yang baik akan memilih pertandingan dan bukan masuk semua pertandingan yang ada.

Jika kita tidak merancang, badan akan berdepan masalah seperti cepat letih dan berdepan dengan gejala terlebih latihan (over training).

Biasanya untuk atlet kita akan pecahkan kitaran kepada beberapa fasa. Fasa besar tahunan biasanya lebih daripada 4 tahun disebut quadrennial cycle. Jadi sebagai jurulatih, dia perlu merangka apa perancangan mungkin untuk tempoh 5 tahun. Kemudian mula merangka macrocycle iaitu fasa kurang daripada 1 tahun. Macrocycle atau Kitaran Makro dipecahkan kepada beberapa fasa. Setiap macrocycle dipecahkan lagi kepada struktur yang lebih kecil disebut microcycle. Dalam microcycle baru dimasukkan butiran senaman lengkap apa perlu dibuat pada hari itu, masa itu.

Kursus Kecergasan 2024Di Malaysia, asas periodization ada diajar dalam kursus Sport Science tahap 3. Dan semestinya lebih dalam dalam diploma atau degree Sains Sukan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: