Asid Amino

Asid amino adalah molekul yang mengandungi kumpulan amino, asid karboksilik dan rantaian sampingan yang berbeza mengikut setiap jenis asid amino. Elemen penting dalam asid amino adalah karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen.

Kursus Kecergasan 2024Dalam bahasa mudah, protein adalah nama besar yang mana merupakan salah satu makronutrien. Protein terdiri daripada rangkaian-rangkaian asid amino. Protein whey juga terdiri daripada rangkaian asid amino. Whey membawa maksud protein itu daripada sumber whey. Pendek kata, asid amino adalah protein, protein adalah asid amino. Asid amino bertindak sebagai blok binaan protein.

Ada banyak jenis asid amino. 20 telah dimasukkan dalam nutrisi standard manusia. Ada sesetengah rujukan mengatakan 22 dengan mencampurkan selenocysteine dan pyrrolysine disebabkan mekanisme sintetiknya yang unik. Mereka bersama membentuk rantai polimer pendek yang dipanggil peptida atau lebih panjang dipanggil polipeptida.

Selain daripada 22 jenis ini, terdapat banyak asid amino lagi yang dipanggil bukan proteinogenik. Mereka sama ada tidak dijumpai dalam protein, seperti carnitine, atau tidak dikeluarkan secara langsung dan berasingan oleh jentera selular seperti hydroxyproline dan selenomethionine. Beberapa lagi asid amino yang tidak tersenarai dan tidak dijumpai dalam protein termasuk lanthionine, 2-aminoisobutyric, dehydroalainine, neurotransmitter gamma-aminobutyric dan lain-lain. Terdapat pelbagai lagi asid amino termasuk hormon tumbesaran yang juga merupakan asid amino. Huruf di hadapan nama sesuatu asid amino merujuk kepada susunan strukturnya dan nombor merujuk kepada ikatan ke berapa yang disambung ke rangkaian lain.

Asid amino perlu (essential) membawa maksud, badan tidak dapat sintesiskannya daripada sumber lain dan memerlukannya daripada sumber luar, manakala tidak perlu (nonessential) bukan benar-benar bermaksud tidak perlu tetapi ianya boleh disintesiskan daripada sumber lain. Cysteine, taurine, tyrosine dan arginine adalah semiessential pada kanak-kanak disebabkan laluan untuk sintesis asid amino ini tidak terbentuk sepenuhnya lagi.

Jika lihat pada produk makanan tambahan, ada pelbagai jenis. BCAA (Branched-chain amino acid) adalah 3 jenis asid amino perlu iaitu valine, leucine dan isoleucine. Ketiga-tiga ini sangat penting pada otot dan merupakan elemen kedua perlu selepas latihan. Pertama, glukosa. Ideologi produk makanan tambahan ini adalah, struktur molekul yang berbeza dalam asid amino menyebabkan penyerapan BCAA menjadi perlahan. Jadi produk BCAA membantu mengasingkannya. Manakala produk berlabel ‘amino’ adalah campuran pelbagai jenis asid amino dan dilebihkan asid amino yang berfungsi untuk pemulihan seperti glutamine. Manakala arginine digunakan sebagai pencetus dalam produk nitric oxide. Produk-produk lain seperti protein whey, terdapat pelbagai campuran asid amino.

Nota: Rujuk sekali entri Protein

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

110 thoughts on “Asid Amino

  1. dato, sekarang ni mcm2 ada d pasarn suplment asid amino ni.. ada yg cecair, adayg tablet ada yg pakai kunyah.. dn seperti dato ckp asid amino ni penting selepas latiahan dn pelu d ambik dgn kadar segera.. jd soalan sye jike yg berbentuk tablet bile waktu yg kite nk amibk adakah selesai 80% latiahn terus ambik atau selsaia sepenuh nye .. ( secara logik nye tablet mungkin payah d cerna dngn cepat berbanding cecair yg tahap keserapan lbh tinggi dn cepat)

    1. serta merta selepas latihan, carb, lepas tu baru protein. ideologinya begitu, cecair lebih cepat diserap. tetapi yg masih tergantung, adakah penyerapan yg sgt segera itu perlu atau sekadar iklan untuk menjual produk. amino liquid jauh lebih mahal daripada tablet kebiasaan. jgn pening2, cuma perlu tahu, protein penting selepas latihan. x kira protein apa. daripada sumber natural pun boleh. 🙂

      1. SUHAIDI BIN ARIFIN says:

        Tuan sya nak tanya.anak sya seorang pelari jarak jauh. Sya ada beli asid amino dlm bentuk serbuk. Tapi sukatan yg diberi sya tidak faham. Bagaimana sebenarnya utk bancuh dan sukatannya tu bersamaan dengan berapa ml air diperlukan jika pengambilan serbuk asid amino tu sebanyak 2 sudu= 5gram.

  2. muscular-gurl says:

    info yg menarik

  3. selamat maulud nabi Dato at first..
    Terima kasih untuk satu lagi post yg simple tp padat dgn info.Saya ada satu soalan kat sini. Kalau lihat kat market, mmg mcm2 dah produk bcaa, amino, glutamine and creatine dijual sekarang. So, adakh pengambilan produk2 ni semua bergantung kepada kemampuan kewangan individu itu sendiri. Ataupun adakah ia nya mmg PERLU diambil. Itu sahaja datoq. Terima kasih kerna sudi luang masa. -)

    1. kesemua itu makanan tambahan. kalau xtau nak buat apa duit tu, bleh je beli. :D. lebihkan pada makanan natural. kalau setiap hari train, n badan lambat recover, bleh amik glutamine. atau paling jimat, amino. jawapannya, ikut kemampuan

      1. Saya ada sakit sendi bahu ketika workout tp supplement apa yg dapat membantu pemulihan sakit ni.

  4. saya masih kurang jelas dengan fungsi amino acid, glutamine dan creatine… boleh tak dato’ jelaskan fungsi bahan2 ni dgn bahasa yang mudah… adakah BCAA sama fungsi dgn amino acid…?? terima kasih…

  5. salam dato..

    nk mntk tlg dato calculate/guide sket utk sy.. sory sgt dato kalo ape yg sy tulis ni cukup pjg bg dato.sy memerlukan panduan pakar utk kepastian..

    tinggi sy sekitar 163cm & berat sy dlm 62kg.skg target sy utk bwt saiz dlm 75-80kg then cutting dlm 65-70kg.agak2 bro sy nmpk pendek x kalo mcm 2 targetnye.haha.utk gain dr 62kg ke 80kg agak mustahil utk load sumenye dgn natural food.mmg blh muntah.so plan sy nk amik mass gainer + creatine mono (mmg cnfrm nmpk kembang & pendek sy nnti).. haha.let say sy amik Ultimate Nutrition Muscle Juice Revolution.. serving saiz die 4 scoops (265g/1020cals/56g protein).direction use die suh amik 3 servings sehari means sehari jd 12 scoops (795g/3060cals/168g protein).. soalan sy..

    1.dgn keadaan sy (tggi & berat),berapa kalori yg bro suggest sy perlu amik dlm setiap meals/sehari..
    2.tentang natural food + mass gainer dlm bulk plan sy.perlu ke sy amik smpi 3 servings/12 scoops sehari sedangkan tu blom load dgn natural food lg? apa pandangan bro.agak2 berapa natural food yg perlu & berapa mass gainer yg perlu dlm diet sy (6-7 meals sehari) utk capai target sy yg kt ats 2.bro estimate lebh2 kurang pun xpe.
    3.ni nk tnye sket bab pemakanan bro.x kesah la dlm bulk @ cutting diet plan.time b’fast,yg mana kite perlu.. load dgn carbs yg byk cth mcm nasi/roti @ just b’fast dgn simple carbs..??

    thnx & sory again bro..

    1. alamak bro.. lg 1 t’lupe.. so conclusion dr tjuk asid amino ni,yg mne 1 ‘the winner’ antara BCAA, Glutamine & Asid Amino.. ade plak sesetengah produk yg sy perasaan kadang2 campur mcm 2 in 1 cthnye mcm Universal Nutrition BCAA Stack.. kalo x silap sy bnde ni bcaa + glutamine.so cmne plak tu bro

      1. xde winner, sbb ketiga2 asid amino gak
        bcaa benda pertama diperlukan, kemudian glutamine. jd ada company2 nak buat duit lebih, buat 1 lg supplement stack. 🙂

    2. dgn berat 62, tukar ke lb dpt sekitar 140. amik 140g protein, 140g carb 70g lemak baik sehari.
      load masa2 lain sama sahaja, kecuali breakfast dan lebih training, high carb, high protein
      perlu x ke sampai 3 serving bergantung pada kiraan keperluan, cuba kira dulu makan natural berapa. jika lebih skit daripada anggaran tu xpe, 10-20%, tp jgn terlalu lebih kalau xnak perut pun naik.

      1. so,dlm sehari bro suggest/estimate berapa kalori yg sy perlu amik untuk gain dr 62kg ke 80kg

        1. utk peringkat awal, amik mcm sy kata
          140 g protein, 140 g carb, 70 g lemak
          140 x 4 + 140 x 4 + 70 x 9
          kalau high metabolisme, add 15% daripada total, then setiap minggu measure penambahan berat. kira balik jika ada penambahan berat

  6. salam bro,dengan tinggi saya 178 berat 90 perlu ke sy ambil ape jenis2 susu protein?sy nk lean muscle

  7. AbanGadang says:

    assalammualaikum dato.
    soalan saya,
    saya nak buat size.lepas workout mana saya patut amik dulu, weight gainer ke amino? ke cukup dengan weight gainer yang dah ada weight gainer?
    pengambilan supplement dua2 ni terus lepas workout ke atau kena tunggu 30-45minit dulu?terima kasih dato 🙂

    1. AbanGadang says:

      assalammualaikum dato.
      soalan saya,
      saya nak buat size.lepas workout mana saya patut amik dulu, weight gainer ke amino? ke cukup dengan weight gainer yang dah ada amino?
      pengambilan supplement dua2 ni terus lepas workout ke atau kena tunggu 30-45minit dulu?terima kasih dato
      (pembetulan,salah taip) hehehe 😀

      1. waalaikumsalam. boleh amik dua2. xde masalah. nak amik gainer sebelum selepas pun boleh. amino sebelum selepas pun boleh/ gainer x perlu tunggu pun boleh. berlainan dgn whey. gainer ada carb.

        1. AbanGadang says:

          owh, kalau saya amik weight gainer dulu buat masa ni pun boleh kan?

          1. boleh. kalau nak lg jimat. campurkan gainer ngan whey. gainer sahaja cepat habis dan akan menggunakan dlm jumlah yg byk

  8. Assalamualaikum Dato’
    Sblm workout sy biase nye mengambil superpump.
    Slps workout je sy trs amek creatine cell mass + myofusion+
    Superamino 4800 sebyk 4 biji.boleh dato’ tlg betulkn jika ade
    Sebarang kesilapan.terima kasih…

    1. boleh. creatine tu during pun boleh atau selepas workout. myofusion 30 minit selepas pun ok.

      1. Tq fyi dato’…
        Mcm mane pula dgn amino.mase pengambilannye
        Slps workout @pun nk tgu 30 minit juga.
        Terima kasih..

        1. amino x kisah bila. tp kalau dah amik yg lain2, cuma amik selepas minum protein pun xpe

          1. Ok.thanx

  9. serious mass tu kategori weight gainer ke?

      1. okey .boleh tak saya campurkan dgn susu pekat dicampur serious mass untuk kenaikan berat badan

  10. sabaruddin says:

    Salam, saya nak tanya. beta alanine tu apa? and halal ke? sebab saya ambik no explode 2.0 ada beta alanine. tapi bila tengok allergen warning tak ada disebut babi atau yg tidak halal. dan adakah amino acid juga adalah halal?

    1. saya x brani komen pasal halal haam ni. yg paling jelas, kat botol xde cop halal.

  11. Salam bro..sy baru dalam bina badan ni..sy nk tanye pasal pengambilan susu super mass..sy minom selpas makan..tp kerap buang air besar..mcm mane nak bertambah berat badan kalau dah kerap buang air besar..sy badan terlalu kurus berat 53kg..da hilang mood pon ade..da 2 bln sy amal kn..5 ari berturut tiap2 mggu sy ke gym..

    1. cirit ke? jika cirit, bdn mungkin lactose intolerance. cuba cari protein kurang atau tanpa lactose.

      1. xde la cirit..mcm biase kdg ade gak cirit..tp mmg kerap la smenjak pakai super mass..mane lg ok..serious mass atau super mass?

        1. kemungkinan x sesuai guna gainer. cuba campurkan psylium hust dulu. boleh dpt kat farmasi. lepas training jgn, masa2 lain je

  12. Salam,
    boleh share dgn saya, apakah sumber asid amino Leucine yang terbaik ?
    anak saya diagnosed vitiligo. she is 6 yrs old. Read that vitiligo is due to lack of asid amino. Need your advise abt this.
    Appreciate your feedback. TQ.

  13. Assalamualaikum…

    Dato’..sy nk tumpang bertanya…sy tinggi 166cm..berat 78kg…da main gym selama 3tahun…muscle bole di katakan da ok…just ade lemak2 sedikit..so tindakan sy sekarang nie..baru je start beberapa hari lepas..sy ambil Universal Carnitine (sejam bfore gym) and Hemo Rage Black (setengah jam bfore gym)….sy bercadang untuk mengambil acid amina kunyah kerana kawan2 kata baik untuk muscle recovery…betul ke?n sesuai ke kalau sy mengambil ketiga2 produk yg sy sebutkan tadi iaitu Universal Carnitine,Hemo Rage Black dan mane2 Acid Amino…utk sy mendapat lean muscle?sy ke gym setiap hari kecuali ahad dan jikat tidak sihat..Masa senaman 2jam hardcore…jika main set Chest berat maksimum 140lbs…12reps..Harap dapat memberi pandangan…thanks…

    1. lupe nak bgtau, selama 3tahun bermain gym…sy tidak pernah mengambil sebarang produk supplement..

    2. boleh. amik selepas amik carb, dlm 30minit hingga 2 jam lepas training.

      1. amik yang mane tue?maksud nye acid amino tue amik 30 minit selepas workout ye?

        1. ya, amik acid amino. x kira brand apa. 30minit hingga 2 jam selepas workout

  14. Salam sejatera,
    Saya n selalu tidak beberapa faham dengan keggunaan protei,amino acid,bcaa,amino acid.. saya masih tidak seberapa jelas dengan keggunaan nya boleh kah saya ni minta tunjuk ajak daripada dato,

  15. asid amino amat penting utk pertumbuhan sel2 dalam badan..setiap manusia memerlukan asid amino sama ada melalui supliment yg di ambil atau lain2 jenis permakanan..dan kebergantungan keperluan asid pada sesorg individu adalah kekebalan tubuh badan.ada yang mudah diserang sakit itu memerlikan kadar asid amino yg lebih berbanding mereka yang lain..dan memerlukan kadar penyerapan yang lebih cepat untuk tindak balas segera.tapi untuk yang sihat cuma perlu ambil untuk tambahan asid amino dalam badan tanpa perlu penyerapan segera.

  16. Salam Dato’…
    saya baru dalam perancangan menambah berat badan …berat badan saya 62kg tinggi 182cm , umur saya 37tahun …ianya tak sesuai utk saya ..dah macam tiang lampu..:) ..2-3 bulan yang lepas saya ada amalkan super mass gainer tapi berat tidak menunjukkan peningkatan sebab saya selalu buang air besar yang kerap selepas minum susu super mass gainer nie sama seperti masalah berry di atas…. boleh kah sy dapat tips sikit tentang susu seper mass protein nie? dan ap maksud dato dengan “cuba campurkan psylium hust dulu”.macam mana nak dapatkan product tu ? saya tak gi gym cuma latih dengan dumpbell jer di rumah …( maaf karangan panjang sgt dan saya masih zero dengan dunia GYM nie )

    1. psylium hust boleh didapati di farmasi. jika masih tak berkesan, sy syorkan tukar ke protein tanpa lactosa. protein tu x sesuai dgn bdn.

  17. salam dato’.. bleh tlg trgkn ap itu fgsi kreatin,bcaa,asid amino,?

  18. Ahmad Seleman says:

    Salam Dato,
    Nak tanya, training saya meliputi 40min pertama weight training, 30min kardio. Glukose patut ambil selepas weight traing atau kardio?

  19. mrconfuse says:

    askum dato, boleh terangka penggunaan glutamine powder dan bcaa powder? bila waktu terbaik untuk ambil? adakah boleh dicampur dengan serious mass saya atau bancuh dgn air biasa?

    2. saya bercadang untuk ambil bcaa atau glutamine. dato rasa yang mana lebih penting? saya dalam prosess membesarkan badan. training 5 hari semingu

    terimakasih dato!

    1. selepas workout amik carb dulu, diukuti dgn bcaa dan glutamine selepas 30 minit. boleh juga nak campur kalau x rajin nak asingkan.

  20. Kamarul ariffin says:

    Salam, kenapa leps sy ambil multivitamin air kencing sy jdi warna kuning?
    Ade side effect ke kalo ambik multivitamin nie?

  21. zaharul hisyam says:

    dato, saya dalm proses sizing. dato yang mana satu kombinasi yang baik? saya bercadang nk beli creatine, bcaa dan glutamine. so saya nak tanya mana satu kombinasi yang baik?

    mass protein + creatine + bcaa

    atau

    mass protein + creatine + glutamine

    atau

    mass protein + creatine + bcaa + glutamine

    1. kalau ada duit, amik semua skali. tp pada sy x perlu membazir, elok lebihkan kuantiti mass protein. kalau ikut serving yg betul, 1 kotak boleh tahan utk seminggu. kalau ada extra budject baru tambah creatine.

      1. zaharul hisyam says:

        kalau dalam process sizing kita perlu lebihkan sumber protein kan dato? so saya confuse saya patut consume mass atau whey protein? sbb setahu saya whey tinggi protein

        1. kalau ada budject campur dua2. kalau xde. amik whey, tp kena pastikan sumber carb mencukupi.

  22. acid amino dan whey..yg mna lebih elok…..??

    1. dua2 amino. kalau ada budject whey sahaja pun dah ok. amino tambahan kalau taktahu nak letak mana duit lebih. 🙂

  23. salam dato…nk tnya urutan yg betul untuk pengambilan supplement..
    1.sebelum workout?
    2.semasa workout?
    3selepas workout?
    terima kasih dato…:D

  24. Ahmad Seleman says:

    salam dato… saya ambil BCAA + acid amino. Adakah ambil salah satu dah cukup? boleh dato bagi pandangan sikit

  25. Salam dato.Saya ambik whey..creatine dan multivitamin.Diet pun hari2 mantain.Upper body dgn kaki dh ok.Cuma ada sedikit lemak pd bahagian bawah perut.Saya nk buat ripped semaksima mungkin.Supp apa yg dato syorkan.Tq

  26. Assalam dato..tumpang tanye..jika saya ambil whey protein dengan asid amino..perluke saya ambil kedua-duanya selepas workout?? Mane 1 yang perlu diambil dahulu?? Terima kasih dato..

  27. Salam, sy cuma nk tau apa kesannya kalau campur asid amino dgn vit c dlm produk kecantikan. Tq

    1. wslm. takde isu yang diketahui setakat ni. even dlm sesetengah pemakanan kita pun, ada protein dan vit c

      1. Mohd Azlin Bin Abdullah says:

        Salam dato,
        saya skrg ambil produk nama mesotropin sebelum workout.soalan saya,boleh kah saya ambil amino acid iaitu auper amino selepas workout?harap dato dapat membantu.terima kasih.

        1. lepas workout, jgn amik amino serta merta. masuk carb dahulu. baru amino.

          1. carb tu apa?karbohidrat ke?

  28. Salam dato,
    Saya nak tanya kalau saya ada acid amino, glutamine, creatine dan mass gainer… Macam mana cara penggunaan… Boleh tak semua bahan di campur dalam mass gainer atau minum ikut turutan… Di asingkan boleh dato terang dengan lebih jelas…

    1. creatine kalau mono, + fructose. amino, glutamine lepas workout. mass gainer lepas workout + masa2 lain yg sesuai.

  29. Salam dato,
    nak tanya perlu ke consume carb kalau kita dah minum whey protein untuk post workout?

    1. wslm. selepas workout, paling penting 1st carb. lepas tu baru protein.

  30. Aslm dato..nak tanya. Apa supplemnt yg perlu diambil during work out..

    1. byk yg intra workout sekarang. creatine, amino drink, bcaa drink.

  31. Assalam dato…bolehkah BCAA diambil apabila badan terasa sakit utk hari berikutnya tanpa ada apa2 aktiviti…hanya utk recovery muscle shj, plzzz dato badan sakit sgt nih

  32. aesthetic says:

    salam dato tumpang tnye bulan puasa mcm mne pgmbilan sumplement
    boleh dato terang kn sy just amik amino dgn mass jee

  33. ribin maidi says:

    salam dato
    ini urutan penggunaan supplemet

    sblm:whey+creatin
    30minit
    semasa:bcaa
    30minit
    selepas:whey+creatin

    boleh ke

  34. salam dato.
    kalau utk tingkatkan kekuatan otot dan percepatkan proses recovery otot. boleh ke ambik whey protein, asid amino dan kreatin skali gus? boleh dato bagi detail bila waktu yg terbaik utk ambil?
    terima kasih

    1. boleh. masih paling tinggi protein synthesis 30 minit hingga 2 jam lepas latihan.

  35. I ada ambil aminofitin. Ok tak produk ni untuk bina otot?

  36. Saudee lassim says:

    Saya jarang work out palingnpun bersukan basikal n bola nak try ambik suplment amino fitin pandangan dato

  37. Assalamualaikum. Tuan, sy baru je beli AMINOFITIN Tetapi cara makan tidak begitu jelas. Soalan sy, AMINOFITIN ni waktu ambil selepas makan pagi atau sebelum makan? Dan satu sudu teh tu, sudu yg kecil tu ke? Penuhkan satu sudu tu? Terima kasih tuan.

    1. wslm. saya pun x pasti supplement tu. tak pernah pakai. kat label xde tulis? tak tanya penjual?

  38. Assalamualaikum. Dato, sy amik AMINOFITIN tapi tidak workout. Apa pandangan dato?

  39. RizalZaini says:

    Boss nk tanya sikit…saya guna mas depot + glutamine setiap hari masa workout…cara penggunaan saya seperti berikut…
    PAGI..breakfast + mass depot + glutamine + training
    TENGAHARI…lepas training + Lunch + mass depot + glutamine
    MALAM…Dinner + mass depot + glutamine..
    Skrg saya nk tanya cara penggunaan saya betul ke atau salah…kalau salah sila tunjuk ajarkan saya sifu???

  40. Abdullah Bin Mohamad says:

    Slm dato,hot viral amino 9, coment pls,pgmbilan smp bila.

  41. Ameenatul Rohayu Yusuf says:

    May i have ingredient with organic and sunnah rasulullah saw medicine

Leave a Reply to AbanGadang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: