Diet Paleo: Suatu Perbincangan...

Bila berbincang mengenai diet, perkara yang selalu disebut ialah “tak makan nasi” dan “eat clean”. Oleh itu, mungkin elok untuk saya kongsikan sedikit pengetahuan mengenai diet paling clean yang saya tahu iaitu diet Paleo dan masalahnya dari segi praktikal. Asas diet Paleo Genetik manusia tidak mengalami perubahan yang ketara sejak zaman dahulu kala iaitu zaman Paleolitik. Maka, untuk kesihatan yang optimum, mungkin elok juga kita ambil sumber makanan yang hanya wujud sebelum zaman manusia mula bercucuk tanam dan menternak. Oleh itu, mungkin kita perlu elakkan dari mengambil susu, kentang, gula, dan juga pelbagai makanan yang diproses. Secara ringkasnya makan seperti orang zaman dahulu kala. Terdapat pelbagai variasi diet Paleo. Ada yang tak membenarkan makan kekacang, ada juga yang membenarkan mengambil ubi keledek, nasi, susu, coklat gelap dan sedikit supplemen. Kemungkinan sebenarnya ramai mengamalkan sebahagian prinsip dari diet Paleo apabila ingin mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Cuma perlu elakkan makanan yang diproses, makan banyak daging dan sayuran. Mungkin sedikit buah-buahan. Kebaikan Kalau semua orang mengamalkan walaupun sebahagian konsep dari diet Paleo, MUNGKIN kurang sedikit masalah kesihatan. Diet Paleo MUNGKIN boleh elakkan masalah seperti diabetes type-II, kerana digalakkan makan sayur, daging, telur, mungkin sedikit buah dan susu penuh krim. Diet Paleo menekankan supaya mengelakkan makanan rapu yang memerangkap kita dalam kitaran diet yang tak berkesudahan. Diet Paleo juga menentang ketakutan lemak dan kolesterol yang melampau. Lemak dalam diet boleh membantu untuk kawal hormon supaya emosi lebih stabil, bantu bina otot, dan pelbagai lagi faedah apabila badan berfungsi dengan lebih baik. Seorang yang obes kemungkinan boleh mendapat faedah jika mengamalkan salah satu variasi dari diet Paleo, sambil kawal pengambilan kalori. Saya sendiri pun ada pinjam sedikit konsep dari diet Paleo. Namun, yang saya inginkan sebenarnya lebih dari sekadar nak ‘kurangkan lemak dalam badan’. Keburukan Diet Paleo...