Tingkap Anabolik Jan06

Tingkap Anabolik

Kebiasaannya peminat bina badan yang baru mula akan bertanya soalan yang sama, iaitu : masa bila yang sesuai untuk minum protein? Disini kena faham supplement protein samada dalam bentuk mass, whey, casein dan seumpamanya membekalkan nutrisi kepada badan kita dalam 2 bentuk utama iaitu karbohidrat dan protein. Tetapi dengan minum protein semata-mata tanpa latihan, tentu takkan membangunkan otot. Latihan bebanan angkat berat dan jumlah volume yang bersesuaian wajib sebagai stimulus/stress kepada otot dalam proses adaptasi dan pembinaan semula tisu otot. Hasil dari latihan bebanan ini akan memberikan satu julat masa kepada badan, yang dipanggil sebagai Tingkap Anabolik. Mudah kata, ketika berada dalam tingkap anabolik badan mengalami peningkatan MPS (muscle protein synthesis) dan proses pembinaan otot dipecutkan. Julat masa tingkap anabolik ini tak sama, sebab ia berbeza dari individu ke individu lain berdasarkan pengalaman latihan. Kepada individu yang baru ataupun newbie, tingkap anabolik mereka lebih lama bertahan sehingga 72 jam selepas latihan. Bagi yang sudah agak berpengalaman, tingkap anabolik agak singkat iaitu sekitar 8-16 jam sahaja. Anda boleh ambil kelebihan tingkap anabolik ini dengan berehat untuk pemulihan otot dan membekalkan nutrisi yang berpadanan keperluannya (kalori surplus/tinggi protein/lebihkan air dsbgnya). Disinilah peranan penggunaan supplement untuk membantu badan recover, sekiranya diet harian tidak mencukupi/sukar capai target untuk pemulihan otot. Ada pun mereka yang menggunakan protein sebelum workout pun tiada masalah, asalkan badan diberikan nutrisi yang secukupnya, latihan dan tempoh rehat yang optimum, pasti akan menyokong diet harian dan proses bina...