Pergi Gimnasium Untuk Buat ‘Badan Raya’, Tapi Betulkah Latihan Anda?...

REP & SET Latihan Bebanan. Ramai daripada anda pasti impikan badan raya dan ada dalam kalangan anda pasti rajin ke pusat kecergasan ataupun gimnasium untuk teruskan latihan di bulan Ramadhan ini kerana dalam pemerhatian admin selepas terawih gim sentiasa penuh dan ada juga muka-muka baru .Jadi dalam memasang azam badan raya anda itu , Bagaimana pula dengan corak latihan anda? Adakah anda masih keliru mengenai set, ulangan, tempo dan berat bebanan yang digunakan? Admin akan kongsikan sepintas lalu mengenai terma tersebut. Set latihan Anda pasti biasa mendengar set piramid , super set, giant set dan lain-lain. Itu adalah antara set latihan yang sering diguna pakai dalam latihan bebanan , untuk mengetahui lebih lanjut mengenai set tersebut boleh rujuk entri http://strengthsifoo.com/terma-latihan-bebanan/ . Bagi yang sudah biasa dengan corak latihan asas tersebut boleh la mencuba latihan German Volume Training(GVT) (10 ulangan, 10 set) mahupun FST-7 untuk meningkatkan prestasi anda. Ulangan latihan Untuk menjadi lagi besar berotot, Slim, Fit atau apa jua target anda, ulangan latihan sangatlah penting. Power: Sekiranya anda melakukan angkatan beban sebanyak 1-5 ulangan /rep itu adalah lebih fokus kepada power dan biasanya latihan ini diguna pakai oleh atlit powerlifter/angkat berat dan strongman/orang kuat tetapi tiada masalah untuk digunakai dalam latihan anda. 1-5 itulah maksimum angkatan anda sekiranya anda boleh mencapai lebih dari 5 itu sudah memasuki ulangan lain. Berat bebanan adalah subjektif sekiranya anda hanya mampu untuk dumbbell bench press 20 kg sebanyak 5 kali sahaja, jadi itulah latihan power anda disulami rehat antara set iaitu 2-5 minit sahaja dan tempo angkatan yang perlahan. Strength/Kekuatan: Latihan strength ini angkatan bebannya kurang daripada power iaitu 6-8 ulangan sahaja. Tempo angkatan lebih kurang dengan power iaitu dengan tempo perlahan manakala rehat antara set hanya 2-3 minit sahaja. Hypertrophy: Anda mungkin sering dengar terma hypertrophy ini. Hypertrophy...