Awak Perlukan Detox Untuk Kurus…

Aiman Radzi - Awak Perlukan Detox Untuk Kurus

Cuba awak minum air campuran ini.

Air detox bagus kalau awak nak turunkan berat badan.

Ringan rasa badan lepas amalkan air detox

Ayat-ayat yang popular kita dengar dalam dunia kecergasan, terutama antara orang yang baru mula bersenam. Kenapa mesti mereka beralih dahulu kepada air detox, ataupun produk-produk detox yang lain sedangkan perkara asas dalam senaman dan penurunan berat badan belum lagi mereka mahir?

Kursus Kecergasan 2024

Anda Tak Perlukan Produk Detox

Tidak kira yang dimakan, yang diminum, yang ditampal, sebenarnya anda tidak memerlukan produk-produk ini untuk detoksifikasikan badan anda. Boleh dikatakan, hampir kesemua produk detox ini adalah sejenis gimik bisnes semata-mata.

Melainkan anda bersarapan dengan bahan-bahan berbahaya seperti ubatan-ubatan khayal, opiods, syabu, ketamine, dan mengamalkan konsumsi alkohol yang tinggi, mungkin anda perlukan detox yang artificial.

Mungkin juga kalau anda selalu bermandi-manda dalam kolam yang merupakan tempat bahan buangan sisa toksik daripada kilang-kilang (bahan-bahan seperti arsenik, merkuri, karbon, timah, kromium, dan bahan-bahan radioaktif lain), detox adalah salah satu cara untuk memulihkan kondisi badan. Tetapi bukan dengan makan, minum, tampal. Tetapi, melalui cara medikal.

Kenapa Detox Dikecam?

Memandangkan pada tahun 2009, ada beberapa syarikat besar yang membekalkan produk detox sendiri tidak dapat menamakan jenis-jenis toksin yang boleh disingkirkan oleh produk mereka, ini menunjukkan yang industri kesihatan dan kecergasan ini dipenuhi dengan mereka yang ingin mengambil kesempatan untuk membuat duit sahaja.

Anda ada sistem detox semula jadi dalam badan anda. Mereka bernama:

  1. Hati
  2. Buah pinggang
  3. Paru-paru
  4. Dan organ-organ lain

Organ-organ tersebut melakukan kerja yang bagus bagi menjaga badan anda daripada toksin-toksin serta bahan buangan sistem metabolisme badan anda. Yang menyebabkan mereka rosak adalah daripada pemakanan anda, daripada penggunaan supplement dan ubatan tidak terkawal, dan macam-macam lagi. Organ anda boleh menjadi lebih lemah dengan mengikut diet-diet ekstrim dan menyebabkan proses detox semula jadi anda terganggu.

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

4 thoughts on “Awak Perlukan Detox Untuk Kurus…

  1. Dr…. kalo saye terlajak makan malam bolehkah saye atasinya dengan puasa esok hari?assalamualaikum sebelum itu

    1. prof ache says:

      Anda digalakkan berpuasa selama sebulan bagi menebus kesilapan mkn berlebihan

    2. Sedikit sebanyak ia boleh bantu. Sehari tak merosakkan diet, tapi yang berterusan terlajak itu berbahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: