Badan Berbau

“Eee, badan berbau!”

Siapa sini yang mempunyai bau badan yang kuat? Bau badan, atau dikenali sebagai bromhidrosis, osmidrosis dan ozochrotia adalah bau yang tidak menyenangkan dimana bakteria yang tinggal di kulit memecahkan peluh kepada asid. Ada yang kata ia disebabkan bau bakteria yang membiak di badan tapi sebenarnya disebabkan tindakan bakteria mempecahkan protein kepada asid-asid yang menghasilkan bau.

Chapter-454-Badan-berbau

Terdapat banyak faktor yang menghasilkan bau yang kurang menyenangkan termasuk pemakanan rempah, makan pedas, makanan tinggi protein termasuk makanan tambahan protein dan juga mereka dengan masalah kesihatan seperti diabetes. Kalau kita tengok di Malaysia, majoriti kaum India memiliki bau badan yang kuat. Ini disebabkan faktor pemakanan makanan berempah seperti kari yang diamalkan sejak kecil.

Mereka dengan masalah hiperhidrosis berpeluh atau terlebih juga cenderung memiliki badan yang berbau. Walau bagaimana pun, ia bergantung pada jumlah garam di dalam peluh. Jika terlalu tinggi, sukar untuk bakteria memecahkannya.

Peluh secara amnya tidak berbau, tetapi apabila bakteria memecahkan kepada asid, ia menghasilkan bau. Bau badan biasanya hadir di tapak kaki, groin, ketiak, bahagian sulit dan bahagian-bahagian lain mengikut individu. Bau badan boleh jadi menarik jika seseorang menjaga kesihatannya secara am.

Asid yang Hadir.

Asid PropionikPropionibacteria memecahkan asid amino kepada asid propionik.

Asid IsovalerikStaphylococcus epidermidis bertindak menghasilkan bau.

Kursus Kecergasan 2024Bagaimana mengurankan bau badan?

1. Mandi setiap hari dengan menggunakan sabun mandi yang sesuai. Guna sabun mandi anti bakteria.

2. Jangan guna deodorant melainkan jika anda ada masalah peluh berlebihan. Ia akan menyebabkan masalah bau badan menjadi lebih serius.

3. Tukar pakaian termasuk pakaian dalam, stokin dan sebagainya setiap hari.

4. Simpan pakaian di tempat yang ada pengudaraan yang baik. Ia membantu membunuh bakteria yang mungkin hidup di dalamnya.

5. Ubah pemakanan anda. Kurangkan makan makanan yang menghasilkan bau seperti rempah, bawang. Kurangkan jika makanan segera, bergoreng dan yang tinggi bahan perasa tambahan.

6. Berhenti merokok jika anda merokok.

7. Guna hydrogen peroxide. Campurkan dengan air mengikut sukatanya dan cuci di tempat yang selalu berbau.

8. Menggunakan botulinum toxin. Ia membantu mengurangkan peluh di kawasan sasaran. Setiap rawatan boleh tahan dari 2 hingga 8 bulan. Boleh dapatkan rawatan dengan doktor.

9. Mandi air panas. Ia membantu bunuh bakteria yang hadir di kulit.

10. Bakteria boleh hidup di kulit-kulit mati. Jika kaki anda selalu berbau, cuba buang kulit mati di kaki.

Bila nak jumpa doktor?

Bau badan mungkin disebabkan masalah perubatan. Anda perlu jumpa doktor apabila:

• Berpeluh pada waktu malam
• Berpeluh lebih banyak daripada biasa tambah sebab yang logik
• Peluh sejuk
• Peluh mengganggu aktiviti harian
• Badan bau berbeza. Ia mungkin disebabkan diabetes, masalah hati atau buah pingggang

Chapter-454-Hilangkan-bau-badan

 Rujukan

http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/reduce-body-odor

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: