Bahaya Makanan Tambahan

Adakah selamat menggunakan produk makanan tambahan? Rasanya ramai yang tanya saya soalan ini.

Kursus Kecergasan 2024Apa anda perlu tahu? Secara amnya, apabila sesuatu produk dikeluarkan oleh syarikat pembekal, mereka tidak pernah membuat ujian ke atas manusia sepenuhnya. Jadi pembeli merupakan ujian sebenar ke atas manusia. Proses ujian ke atas manusia mengambil masa yang agak lama, mungkin bertahun-tahun, berpuluh tahun. Jika mereka menunggu keputusan ujian, maka tak berduit lah mereka. Jadi paling mudah disebarkan ke pembeli dan jika ada masalah, produk akan ditarik kembali. Sebagai pengguna, andalah tikus makmal. Walau bagaimana pun, ia dikeluarkan mengikut garis panduan yang ditetap FDA, itu pun jika ikut.

Berdasarkan laporan daripada persatuan pengguna, kawalan dan pemeriksaan kualiti yang dijalankan tidak mencukupi. Terdapat makanan tambahan yang tercemar dengan logam berat, racun perosak atau ubat-ubatan preskripsi telah dijual kepada pengguna dicurigai. Terdapat juga syarikat pembekal yang lulus ujian pada peringkat awal tetapi mengubah formulanya kemudian kerana kuatir pengguna mendapat hasil tidak memuaskan jika membelinya dengan garis panduan FDA. Tiada syarikat khusus yang dilaporkan. Tetapi kebanyakan daripada China. China telah berkali-kali ditangkap mengeksport produk tercemar. FDA belum memeriksa kesemua kilang di sana. Terdapat beribu kilang di sana.

Kajian demi kajian dijalankan dengan hampir 1100 kandungan bahan dalam makanan tambahan yang dikaitkan dengan kes-kes klinikal. Hasilnya beberapa bahan diharamkan termasuk ephedra, sibutramine dan lain-lain. Selain itu, yang belum diharamkan tetapi dikategorikan dalam kategori merbahaya termasuk yang mengandungi aconite, bitter orange, chaparral, collodial silver, coltsfoot, comfrey, country mallow, germanium, greater celandine, kava, lobelia dan yohimbe. Kebanyakan pembakar lemak yang terdapat dalam pasaran mengandungi yohimbe atau dengan nama lain yohimbine yang mana terang-terang tidak dapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

FDA masih membenarkan pemasaran produk ini dengan syarat diletakkan label merbahaya. Kes klinikal tidak cukup kuat lagi untuk mengharamkan produk-produk ini. Antara kes yang menyebabkan produk diarahkan ditarik kembali termasuk kes Hydroxycut. Terdapat 23 laporan kerosakan hati yang teruk menjurus ke kematian. Terdapat beberapa syarikat pengeluar. Boleh rujuk di pautan di bawah.

http://www.webmd.com/diet/news/20090501/hydroxycut-recall-due-to-liver-injuries

Daripada 54,000 produk makanan tambahan yang terpadat dalam pangkalan data, hanya terdapat kira-kira satu pertiga yang disokong bukti saintifik. Manakala sebahagian yang lain hanya memaparkan kajian sendiri dan bukan pihak ketiga. Majoriti makanan tambahan bina badan tiada kajian pihak ketiga. Walaupun terdapat kajian-kajian yang diletakkan, ianya dibawah pembiayaan mereka sendiri cuma menggunakan nama berlainan.

Ia adalah melanggar undang-undang sekiranya sesebuah syarikat mendakwa produknya boleh mengubat penyakit, merawat atau menyembuhkan kecuali beberapa syarat seperti kekurangan nutrien. Kebiasaan yang mendakwa merapu-rapu di Malaysia adalah syarikat MLM. 1 pil boleh merawat berjuta penyakit termasuk kanser dan sebagainya. Ia sama sekali melanggar undang-undang dan doktor yang mendakwa benda sama juga boleh dikenakan hukuman. Kes yang boleh dilihat seperti pergantungan jawatan Dr Rozmey.

Bagaimana dengan produk merunsur tepung seperti protein? Kebanyakan kes klinikal yang dilaporkan menjurus ke arah mereka dengan masalah penghadaman. Ada yang disebabkan toleransi lactose. Ada yang disebabkan kecederaan di perut atau usus dan penggunaan produk tenusu memburukkan lagi keadaan. Tiada kes kritikal yang dilaporkan melibatkan atlet atau mereka yang sihat kecuali kes dos berlebihan yang melibatkan kerosakan buah pinggang. Adakah terdapat steroid dalam makanan tambahan? Terdapat beberapa kes yang dilaporkan, seperti terdapat produk whey yang mengandungi clenbuterol dan buat masa ini sudah ditarik balik.

Kes melibatkan Herbalife

http://www.webmd.com/diet/news/20020610/herbalife-diet-linked-to-brain-ailment
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22059112

Kes melibatkan Hydroxycut

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22074635
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21507821
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20845283

Kes kerosakan hati

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21457433
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21173910

Kes melibatkan creatine

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21411845

Kes melibatkan nitric oxide

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20885188

Kes kegagalan buah pinggang

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17046619

Kes melibatkan chromium picolinate

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16877033

Laporan Consumer

http://www.consumerreports.org/health/natural-health/dietary-supplements/supplement-help/index.htm

Nota: Akan bersambung…

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

130 thoughts on “Bahaya Makanan Tambahan

  1. ayooyooo..banyak takut kesannya.always keep natural walaupun lambat.

  2. rase ragu2 pulak nak minum protien..Dato’ adakah supp yang terjual skrg ni selamat?

    1. buat masa skrang, utk protein, kes dilaporkan menjurus kepada mereka yg sememangnya ada masalah di perut atau usus sahaja. utk yg sihat, fit, xde masalah

  3. uhh….kena kurangkan pengunaan pre-workout supplement n whey protein, takut terlampau banyak akan meracun badan ke?

  4. apakah contoh lain sumber protein dari natural food selain putih telur…?? TQ…

  5. Nice info dato, nak tanya sikit, macam mana dgn hydroxycut yg dijual di GNC sekarang? kandungan bahan masih sama dgn beberapa tahun lepas atau sudah diubah, sbb GNC ni kira besar jugak, tak semua supplement boleh dijual di sana, mungkin ramai yang nak tau, minta info sedikit dpd dato.

  6. nak tanya dato ni…adakah ini bermaksud dah xboleh pakai protein n creatine lg??? kalau boleh adakah selamat dan kalau xboleh apa sumber lain yg boleh d guna pakai slain pemakanan….

    1. boleh. bukan kata x boleh. pakai dlm keadaan terkawal dan mengikut keperluan.

  7. klu mass gainer cm na plak…sya ada ari tu sakit bhgian perut belah abdomen kanan..cek2 doc kata nk kna gastrik..sblum jmpa doc tue mmg dok tpkiq sakit perut tu sbb protein byk sgat kot..sbb dlu ada simton batu krang..tkot gak psal supplement ni

    1. mungkin sbb pemakanan yg dah dibiasakan. gastrik bukan sahaja kena sebab x makan, tp sbb cara makanan yg dilatih. bila termiss, boleh kena. batu karang ada possibility sbb air kurang. protein panas, dehydrate tanpa sedar.

  8. salam dato, saya dah ambil protein powder 2 kali, brand yg lain2, yg pertama mmg bagus, ada peningkatan, yg 2nd, asik cirit je… powder nye pon nak abes dah, tapi x de perubahan pon… effect cirit tu bahaya x dato..?

  9. macm mane dngan polythrmex…selamat x dato?

    1. x jumpa direct case yg dilaporkan bawah polythermex.
      cuba mungkin kes overdose

  10. dato,camner ngan fatburner?
    sy da penah ambik polythermex,lipo 6 black,oxylite pro..
    ad kes2 x sume tu?

    1. xde direct result. oxylite dah timbul isu halal haram.
      kes2 lain utk mereka yg tidak sepatutnya amik

      1. thanks dato..dato,boleh x dato buat satu entry menu diet low carb yg btul,contoh mknn nk kna ambek pagi,tghri,malam..

          1. tq datuk..
            satu lagi nak tanya,masa kita tgh diet,
            mcmna nak elak muscle fatigue slps workout..
            mungkin ad supplement yang baek?

          2. cukupkan keperluan carb n protein selepas training

  11. salam dato,
    nk tny,sy bru nk menjinakkn diri dlm bina badan nie,
    jd sy nk tau sesuai ke klu sy nak amik protien(jenis ape???),jadual gunaknnye??,
    sbb sy tkut ade kesan sampingan,
    berat 60kg,tinggi 160,
    ape diet yg sesuai tuk sye seharian…

  12. assalamualaikum…
    sy nk tnye, sy ade dgr org ckp bile kite brenti mkn supplement, bdn @ otot jd lembik menggelebeh..btol ke?

    1. wasalam, bukan disebabkan supplement, kebanyakan bila stop supplement, stop training. stop training=muscle tidak diperlukan, akan drop kembali

      1. lg satu, dlu sy gemuk dgn berat sy 78 kg, kemudian sy bersenam menggunakan treadmill di gym, jg pemakanan dan membuat sedikit latihan beban dengan mengangkat barbell dan dumbell dr bln 7 thn lepas sampai sekarang, cuma 10 kg je yg turun. adakah whey protien dpt membantu mengurangkan lg berat sy dan apakah jenis protien tersebut?

        1. whey protein membantu bentuk otot. which is dlm masa sama bila otot meningkat, metabolisme meningkat, burn fat jd lebih mudah

          1. dato suggest sy protein yg mane? whey protein concentrate @ isolate?

  13. dato’…cmne plak ngan polythermex hardcore?

    1. Tahir Berahima says:

      kan dah ckp kat atas..baca suma komen..ehehe..

      1. heheheh…x pasan lak…sori bro tahir

  14. assalamualaikum dato’, sy ade ambil fat burner (polythermex hardcore) untuk membuang lemak badan, tp dalam mase same sy ade ambil whey protein jgk..soalannye, bleh x kedua2 brg tu diambil serentak mase wat work out kt gym?

    1. boleh, tp fat burner diambil dgn perut kosong, protein selepas training

  15. kalo vco tu ok tak? virgin cocnut oil punya sot gel~~

  16. eh salah type… virgin coconut oil dlm btk softgel.. rasa mcm mau try~~ katanya diperbuat 100% dr minyak kelapa muda,tp nak tanya org yg lebih berpengetahuan .. dulu hehe

  17. slm Dato,,
    Sedikit pertanyaan.mcm mana dengan pengambilan whey protein dari herbalife ya.adakah ianya selamat utk diambil? saya memerlukan info

    Terima Kasih Dato`

      1. kalau baca2 drpd link2 tu n some other research, report2 yg kata herbalife x bagus tu mcm x valid.. sbb report2 tu pun just guna ‘case report’ which kalau ikut dlm public health adalah report yg sgt lemah sbb dia x merangkumi majoriti org yg amik product tu.. sy x amik pun herbalife n x sokong n x bangkang.. just baca2 sbb tgk ramai jgk yg amik product ni.. product ni diluluskan oleh KKM ke?

        1. mmg kes, sebab kat atas tu pun tulis kes.

          ‘Kes’ melibatkan Herbalife

  18. salam…maybe dah ade yg bertanye…sy nk ambik VCO..untuk jangka masa lama ok x?harap dato dapat membantu

  19. Salam,nk tnya,bolehkah steroid jenis anabol di ambil bersama fat burner(lipo 6 ultra),sya mengambil fat burner,dan kawan saya mengambil keduanya sekali,apakah ini akan memudaratkan dia?thanx.

    1. 1 metabolic blocker, 1 metabolic booster, apa guna dia amik dua2?

      1. Kata kwan sya,tujuan dia ambil sekali dua serentak adalah untuk menambah size dan jga membakar lemak,adakah itu betul?

        1. umpama positive + negatif, 1 metabolic blocker, 1 metabolic booster. jd x effective

  20. assalamualaikum, dato sya nk tnya adakah API FAT BURNER ADVANCE yg mnggantikan polytermax btul2 slamat sbb mmng x pnah jmpa pn kes sya rsa nk try gna tp tkut gak…

    1. wslm. tak perasan lg kes yg melibatkan api, xtau kalau terlepas pandang ke

  21. Dato, sy nak tanya, sy ade whey protein dn super mass gainer, boleh tak ambik serentak slepas workout? N hari yg x g gym, brp kali perlu ambik ke2 2 produk tersebut? Berat saya 65kg, sy sasarkn nk gain size, n build muscle skali..

    1. boleh. lebih elok begitu.
      kalau makan natural cantik. amik 3 kali campuran whey n gainer pun dah ok. pagi, lepas training. n sebelum tido.

  22. Ikut sukatan scoop tu ke dato? 1 scoop whey n 1 scoop gainer? cz sales person tu ckap, whey ambik 1 scoop pgi n ptg, pass workout bru ambik 2 stgh or 3 scoop.

    1. boleh. apa2 pun kena ikut keperluan bdn. x semestinya ikut sukatan. sukatan tu terlalu general. x amik kira berat bdn. semua org disamakan.

  23. Berat sy 69 dato, tgi dlm 168cm..

    1. kalau train 4-6 kali seminggu. aim 140g protein, 140g carb sehari. daripada makan natural dan supplement.

  24. o.. sy try dato, b4 berat sy 65, now dh 69. target kire if dh smpai 75, orait gak…. tp bdan msih cam biasa.. train 4-6 kali tu x pasti dpt buat cz kdng2 keja pgi smpai mlm.. now pun train selang shari or selang 2 hari smggu, time keja smpai ptg je..

  25. Polythermex Hardcore product nie dapat kelulusan KKM x?

    1. secara jujur, sy x pasti. tp ia dijual di rak gnc. semua produk yg dipamerkan di rak gnc perlu dpt kelepasan.

  26. Saya nk tanye… Chromium picolinate ni ad negative side effect ke? Please advice… Sbb sy tgh amk fat burner yg ada kandungan chromium picolinate… Tq

    1. semua ada pro n con. mmg ada isu melibatkan chromium picolinate, tp keluar ban notis.

      1. saya kurang faham dengan ‘ban notis’ yang dimaksudkan. maksudnye chromium picolinate selamat atau tidak? Saya baru bercdg untuk mengambil API Fat Burner untuk membuang lemak di perut dlm mtlmt nak shape body utk 6pack. Tetapi ade sumber mengatakan whey protein juge bleh bantu reduce fat and at the same time good for muscle recovery after workout. Jadi, nmpk mcm whey protein lgi multifunction kerana saye sudh lme tak workout n akan sakit otot la mcm biase sbeb dh lme x workout. Lagi satu de sumber mengatakan chromium picolinate boleh effect DNA, tu yang paling saya risau. So masih tertanya-tanye produk mane yang sesuai untuk saya. Berat saya 67KG dan tinggi 168cm BMI=23…Harap admin blog dan sape2 boleh membantu.Terima Kasih.

        1. sorry, ayat x habis. blum ada ban notis. buat masa ni masih selamat. whey bantu bina otot. bila otot tinggi, metabolisme tinggi. ia bukan bantu secara direct tp indirect

  27. …nak taye pendapat psl produk acai berry…jenama ABC diharamkan tp ade satu jenama sy penah try makan 2 bijik..sakit kepala loya muntah2..bila sy google kesan yg sy alami same cam produk ABC tu….pd pendapat dato..produk acai berry ni selamat x tuk dimakan…

    1. buat masa ni tiada pengharaman atau isu dgn acai berry. acai berry dikatakan antara anti-oksidan yg baik. cuma mungkin bahan tambahan lain yg terdapat dlm produk tu. alergik dgn bahan itu.

  28. adakah brand horley mempunyai kesan yg lebih baik dri brand protein lain??coz sy punya berat badan 45kg n tinggi 170cm..bmi underweight…

    1. x juga. pemilihan brand mungkin berbeza mengikut individu. kena try n error gak.

      1. ade dgr testimoni dr org internet yg produk nutralife protein effect dye lbih berkesan drpd amik supplement laen..dalam masa 4 bulan leh naik 10-15kg..btol ke??

        1. kebanyakan produk pun lebih kurang tu.
          base dgn seseorang di sini, dia menggunakan masstech daripada muscletech, bdn dia naik 10lbs dlm masa sebulan, tp dia pakai 6 botol sebulan.

  29. saya amik herbalife.. baru seminggu amik… pastu badan saya naik bintik-bintik dan mata saya bengkak.. bile cek doktor…kat kelopak mata saya ader bintik2.. so saya berhenti guna produk tu.. memang saya ader sejarah alergik seafood dgn gastrik… so bile berhenti macam ni jadi buntu macam ne nak kuruskan badan.. berat saya 65 kg dgn tinggi 151cm… sy jarang nak g gym… sebb tak tau nak mulakan macam ner…


    need advise..

    1. cik d perlu pergi gym yang ade instructor berpengalaman…saya pun baru start, dan mereka sgt membantu customer yg baru ttg teknik yg betul walopun sye bukn member coz saye try walk in dulu…yg penting jgn segan bertanya mereka2 kat gym tu kalo pi ke gym…

  30. salam..abc acaiberry @ soft gel abc plus(dietry supplement)x ada kkm kt botol?tp masih hangat di pasaran on line…adakah ia selamat?jika x ada kkm knp produk tu ada dlm pasaran?tlg bls mesej sy dgn segera krn sy tlh mencuba 1 btol..

    1. rasa mcm pernah terbaca isu ni, nanti sy cuba carikan kalau ada.

  31. saya pn nk kepastian mengenai produk acai berry abc plus yg botol kaler hitam+purple..pls dptkn info mengenai produk ni,byk dijual di online..nk th selamat ke x digunakan..

  32. sorry bertanya, boleh x ambil creatine + whey + API fat burner?

    1. boleh. api sebelum workout
      creatine selepas atau semasa
      whey 30minit-2jam selepas workout

  33. saya pun nak tau berkaitan acai berry abc plus ni… selamat atau tak untuk dimakan..

  34. saya nk tnya pemakaian virgin coconut oil softgel elok ke utk mase panjang?….sbb skarang ni sy dah guna 3 botol?..sbb tkt gk klu ade effect…tq

    1. membantu dlm beberapa condition. setakat ni, sy x jumpa lg research yg kata pasal long term. kalau overdose dan masuk kes lain.

  35. RAHMAT RAUP ABD GHANI says:

    Salam en Zaki Khan,
    setelah membaca link berkenaan dengan herbalife
    saya dapati ianya bukan masalah produk, tetapi masalah pengguna yang tidak dapat dikenal pasti
    harap dapat kemukakan fakta yang betul-betul melibatkan produk Herbalife

  36. Nak tya psl prodk yg tgh hot skrg Alfa Lipid sd11.yg berasaskn protin selamat x dmkn sbgi mknan tmbahan?Da cuba 2tin berat x kurg klu bca tstimoni ramai yg kurus dlm smggu 2-5kg.

    1. Buat masa ni saya tak jumpa lagi isu tentang kesan sampingan sd2. cuma, kenapa perlu spend duit yg byk utk produk begitu? ramai kurus disebabkan kalori intakenya kurang disebabkan aturan pengambilannya. Kenapa tak buat defisit kalori yang biasa sahaja. Still boleh kurang.

  37. slm..sy nk tny..lau mkn produk vit c shaklee or kapsul hormon perfect lady..ade side effect x?sy nie ske mkn byk produk..huhu..

    1. takde apa2 komen lagi. takde apa2 isu dgn shaklee buat masa ni.

  38. logan styler says:

    API fat burner ada side effect x??

  39. salam dato nak tanya macam mn dgn muscle tech?

  40. Salam dato

    Penggunaan api fat burner ada kesan sampingan yg negatif & adakah produk ni dapat kelulusan KKM.

    Sekian

  41. dato,saya nk tnya…adakah protein,bleh merbahaya kan badan…maksud sya jika tidak melakukan senaman ia boleh menimbulkan masalah buah pinggang..betul ke dato..

  42. Salam dato,

    Kalau pakai fat burner macam polythermex, adakah ia akan burn otot sedikit sebanyak?

    1. possible disebabkan overtrain + kalori intake rendah berikutan fat burner mengawal selera makan.

  43. Salam dato saya orang baru yang minat bina badan dan perlu nasihat pakar seperti dato,tq.

  44. salam dato’, sy nak tnya sblm nie sy pernah amek LIPO 6 UC, dlm lipo tu ada sibutramine ke???? klu amek lipo 6 tu mmg nk kena workout ke???tq

  45. salam dato saya nak tanya cara turun berat badan dengan cepat… api fat burner agak2 boleh membantu tak???? berat sy sekarang 90 tinggi 171… dah bermacam cara saya buat termasuk ke gym tapi susah nak turun… sekarang terasa nak give up dah…

  46. salam dato. kalau sy ambk api fat burner sblm cardio training blh x dato? sgt efektif x?

  47. Mohon maklumbalas dgn produk fat burner extreme..ada kesan sampingan x?mohon keterangan lanjut dr pihak tuan.tq

    1. no komen tapi rasanya paling selamat di malaysia kut. kandungannya agak rendah.

  48. saya nk tanye predator ultimate herbal ni ok tak?

  49. Salam dato…produk mesotropin selamat digunakan tak?

  50. dato,sy da terbeli hydroxycut SX-7(botol warna merah).sebelum ini sy telah menggunakan HYDROXYCUT HARDCORE ELITE dan hbs selama lbih kurang sebulan.x nmpk la pla kesannya pd sy(kesan negatif),x tau la sbb mgkn ikut dos.apb da terbaca blog ni pasal keluaran hydroxycut,rasa takut & risau pla sbb dah ada kes kt luar negara.apa yg sy dah fhm,14 keluaran hydroxycut telah ditarik balik & kes2 org2 lanjut usia yg menggunakn produk ni.emmm rasanya tahun 2009-2011 ler cerita tu kn…jd soalan sy:-

    1.adakah menjadi isu/berbahaya sekiranya sy msh menggunakn HIDROXYCUT SX-7(menggunakan extrak kopi hijau)

    2.perlu ke sy tukar fat burner ke jenama lain disebabkn keluaran hydroxycut telah ada kes2 lampau

    3.kes2 kerosakan hati/kematian/kesan negatif lain adakah disebabkan overdose?atau pun faktor usia yg dah tua?atau mmg org tersebut mmg dah ada penyakit tp msh nk guna hydroxycut?atau mmg produk hydroxycut ini mmg benar2 bahaya?

    rasa syg pl sbb da terbeli produk ni,mahal pl,da la 140 biji,bru je telan x sampai 10 biji

    thanks..

    1. boleh kata semua produk di pasaran di peringkat ujian manusia. kalau bernasib baik, mungkin x rasa kesan sampingan. kalau ada masalah kidney, hati, mungkin nampak kesan sampingan.

  51. Salam dato. Nk tanya mesotropin elok ke ? Sy nk buang lemak dan tambah otot

  52. Tumpang tanya dato kalau ada batu karang dalam hempedu dan sedikit di batu bole ambil fatburner lipo 6?sbb sy trlalu gemuk dan perlu menurunkan berat badan

    1. saya x galakkan guna fat burner capsul kalau ada masalah batu karang.

  53. assalam..saya nak tnya.. ada ke kesan sampingan penggunaan serious mass untk masalh underweight?

      1. bagaimana kalau ade sejarah masalah limpa bengkak dan appendix ? boleh ambik ka. but probably da settle la limpa n appendix da buat operation.

        1. Zaki Khan says:

          dlm kebanyakan kes ok, tapi better check dgn doctor kondisi semasa.

  54. Hi, boleh tak pakai supplement Whey daripda brand Optimum Nutrition, Muscletech, dymatize?
    Adakah ianya selamat dikonsumi?
    Bahan ingredient tiada babi tapi halal atau haram?
    Thank you

    1. Dan satuv lagi, tentang m-sotropin anabolic booster? Ada bad effect?

  55. bagaimana kalau ade sejarah masalah splenomegaly dan appendix ? boleh ambik ka. but probably da settle la da buat operation.

  56. Dato.. anabolic volumizer dlm mass gainer tu steroid?

  57. Adakah anabolic volumizer dlm mass gainer tu steroid?

Leave a Reply to salmiza binti abdul hamid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: