Bahaya Senaman Apr17

Kongsi

Bahaya Senaman

Bahaya senaman? Biasa kita cerita kebaikan senaman. Hari ini kita cerita bahaya senaman. Benda baik tak semestinya selamat. Ia boleh jadi bahaya dan membawa maut.

Bersenam setiap hari, atau beberapa hari dalam sehari tidak semestinya baik. Ia boleh beri kesan terbalik. Bersenam ‘terlalu’ banyak boleh beri kesan negatif pada jantung, arteri, otak, otot dan sebagainya. Kesan buruk bergantung pada banyak faktor seperti jantina, usia, tahap kesihatan, pilihan senaman dan sebagainya.

Secaranya seorang dewasa perlu bersenam sekitar 5 jam seminggu. Tiada dihadkan berapa limit disebabkan banyak faktor terlibat tadi termasuk daya tahan badan seseorang. Jangan bandingkan diri anda dengan seorang yang dah bersenam bertahun-tahun, dah memiliki memori yang kuat terhadap sesuatu perubahan aktiviti badan.

Senaman dapat mengurangkan risiko seseorang pada penyakit merbahaya seperti diabetis, hipertensi dan sebagainya. Akan tetapi mereka yang melakukan latihan kardio panjang seperti latihan ultra-marathon berdepan risiko rentak jantung tidak teratur atau heart rhythm disorder dan risiko pembesaran artieri.

Risiko sakit jantung berkurang apabila senaman dilakukan secara sederhana, akan tetapi apabila berlebihan risiko tersebut bertambah. Menurut kajian, perempuan lebih berisiko daripada lelaki disebabkan masalah putus haid, osteoporosis, masalah makan dan sebagainya. Manakala bagi lelaki meningkatkan risiko masalah libibo disebabkan keletihan dan rendah hormon testosteron.

Manakala penggunaan sesuatu otot atau sendi secara berlebihan menambah risiko kecederaan seperti tendinitis, stress fracture, dan sistem imunisasi menjadi rendah.

Kursus Kecergasan 2020

Kesan lebih ekstrim dipanggil rhabdomyolysis. Daripada perkataan, myo bermaksud otot dan lysis bermaksud pecah. Sel otot mula pecah atau meletup dan menyebabkan isi intraselular mula keluar ke salur daruh. Isi intraselular termasuk enzim creatine kinase, elektrolit seperti potassium, dan protein seperti myoglobin.

Myoglobin boleh blok sistem penapisan buah pinggang, dan hati. Ia juga boleh jadi toksik dan seterusnya mencederakan buah pinggang. Terlalu banyak myoglobin boleh menyebabkan buah pinggang berhenti berfungsi dan seterusnya mati.

Banyak sepertinya kes rhabdo ini dan biasanya terjadi apabila cuba buat sesuatu di luar kelaziman. Contoh pertama, ada atlet berlawan squat guna berat badan untuk 1000 ulangan. Contoh kedua, kes perenang, 6 daripada 34 perenang dimasukkan ke hospital selepas 20 minit melawan berapa banyak pull-up, row dan bench press mereka boleh buat. Kes rhambo banyak di kalangan atlet. Disebabkan ini, dinasihatkan jangan sesekali masuk pertandingan yang tak pernah dibuat badan. Anda tak pernah latih untuk itu, tetiba masuk bertanding. Boleh cari kes kajian dibawah nama rhabdomyolysis.

Kes berlebihan ini bukan hanya tertakluk pada senaman. Ia boleh jadi juga aktiviti yang tak pernah dibuat seperti berkebun, gergasi pokok dan sebagainya. Jika dah jadi rutin harian, itu kategori lain. Terdapat banyak faktor yang meningkatkan kesan rhabdo termasuk cuaca tak sesuai, terlalu panas, dehidrasi atau terlebih minum air, terlalu minum kafein, diet yang terlalu ekstrim seperti vegetarian atau diet tinggi protein, dan faktor-faktor lain yang diluar norma biasa.

Otot kecil seperti tangan lebih senang pecah jika dibandingkan otot besar seperti kaki. Jika anda seorang jurulatih senaman, ujian kecergasan bagi mereka yang baru pertama kali senaman atau dah lama tak bersenam juga ada risikonya. Jadi kena pantau anak didik anda.

Benda baik tak semestinya baik jika dibuat berlebihan. Pelan program senaman anda supaya tidak keterlaluan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube