Bell’s Palsy Feb06

Kongsi

Bell’s Palsy

Pernah tak jumpa orang yang mukanya melerot sebelah apabila melakukan pergerakan bahagian muka? Itu kita namakan Bell’s Palsy.

Kursus Kecergasan 2018

Apakah Bell’s Palsy?

Bell’s Palsy ialah keadaan di mana berlakunya kecacatan pada sebelah bahagian muka. Ia berlaku secara tiba-tiba sahaja, banyak kajian yang belum pasti lagi apakah punca sebenar yang menyebabkan Bell’s Palsy. Dari segi anatomi, ia berlaku apabila saraf yang mengawal otot-otot muka anda meradang, membengkak atau terhimpit. Keadaan ini menyebabkan bahagian yang terkena akan jatuh atau melerot dan mengeras.

 

Adakah Ia Sama Dengan Stroke?

Jawapannya tidak, kerana stroke dan Bell’s Palsy ialah dua keadaan berbeza malah mekanisma bagaimana terjadinya juga berbeza. Terdapat juga kajian di mana salah satu sebab yang boleh menyumbang berlakunya Bell’s Palsy ialah disebabkan oleh virus herpes simplex.

Apakah Simptom Bell’s Palsy?

Tanda/simptom berlakunya Bell’s Palsy:

  • Lemah atau jatuh di sebelah muka secara tiba-tiba
  • Kelopak mata jatuh
  • Air liur mengalir di sebelah muka yang jatuh
  • Sakit atau berdengung di sebelah muka yang jatuh
  • Sebelah muka bengkak
  • Hilang deria rasa dan bunyi sebelah muka
  • Tidak boleh atau susah untuk senyum pada sebelah muka

 

Apakah Rawatan Untuk Bell’s Palsy?

Semestinya, langkah pertama adalah mendapatkan konsultansi daripada doktor kerana ia melibatkan saraf. Biasanya, anda akan dirujuk kepada ahli fisioterapi untuk rawatan selanjutnya. Apa yang ahli fisioterapi akan buat:

Urutan/Massage

  • Mengusap sedikit muka untuk memberi stimulasi kepada otot dan saraf muka anda.
  • Regangan perlahan bahagian kulit daripada hujung mulut ke arah telinga kemudian turun ke dagu dalam circular pattern/motion.
  • Dilakukan juga pada dagu dan dahi.
  • Dengan menggunakan jari/berus gigi/berus solek/ketulan ais yang dibalut dengan kain, dahi diusap ke arah ubun-ubun beberapa kali.

 

Senaman Muka

  • Kedutkan hidung, seperti menghidu.
  • Gulungkan bibir atas, tonjolkan bibir atas.
  • Senyum tanpa tunjukkan gigi, kemudian senyum dengan menampakkan gigi.
  • Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, tarik bibir untuk senyum lebar sehingga ke tulang pipi.
  • Cuba pejam mata perlahan-lahan tanpa membiarkan mulut terbawa ke atas dan kening ke bawah.
  • Cuba naikkan kening dan tahan selama 10 hingga 15 saat.
  • Cuba kenyitkan sebelah mata kemudian sebelah lagi bergilir-gilir.
  • Buka mata seluas-luasnya, tapi tanpa menaikkan kening.
  • Senaman sebutan “A, E, I, O, U” di depan cermin, pastikan sebutan dengan jelas.
  • Senaman mimik muka juga boleh diamalkan termasuklah:
    • Pelik
    • Terkejut
    • Marah
    • Sedih
    • Teruja
    • Gembira

 

Jika anda mendapati sebarang tanda-tanda kelemahan pada muka seperti yang dikongsikan tadi, segeralah berjumpa dengan doktor anda.

 

Entri: Nurul Iman Marhani

Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook Twitter YouTube