Berat Naik Selepas Bersenam? Dec04

Kongsi

Berat Naik Selepas Bersenam?

Seseorang: Coach, saya baru mulakan senaman 3 hari untuk turunkan berat, tapi kenapa berat naik?

Anda mungkin mula bersenam dengan pelbagai sebab. Jadi pelbagai bentuk senaman mungkin dibuat. Tak kira apa yang memotivasikan anda, sekiranya berat naik, jangan panik.

Apabila anda melalui senaman, badan melalui beberapa perubahan dalam tempoh beberapa bulan yang awal. Bentuk pergerakan baru ini membentuk tekanan ke atas serat otot yang mana menyebabkan pecahan-pecahan mikro kepada otot anda dan juga mungkin menyebabkan keradangan. Anda mungkin rasa sangat sakit selepas 1 atau 2 hari.

Apabila anda dalam kesakitan, ada keradangan. Apabila ada keradangan, badan akan menarik air untuk bantu proses pemulihan. Keradangan semakin teruk jika anda memaksa terlalu hebat pada awal latihan. Disebabkan itu, kebiasaan anda dinasihatkan untuk tidak memaksa badan hari pertama anda bersenam. Lakukannya secara progressif.Kursus Kecergasan 2018

Berat yang naik disebabkan keradangan bersifat sementara. Tak perlu risau. Tak perlu bawa penimbang ke mana-mana untuk timbang setiap masa.

Kedua, peningkatan stor simpanan glikogen dalam otot juga boleh meningkatkan berat. Apabila anda bersenam secara konsistan, badan anda boleh menyimpan lebih banyak gula dalam bentuk glikogen. Apabila glikogen tinggi, air pun tinggi disebabkan glikogen stabil bila diikat dengan air. Berat air ini akan berkurang selepas seketika anda dalam program senaman disebabkan badan mula memerlukan kurang glikogen daripada peringkat awal senaman.

Kemudian, lama kelamaan, anda akan menambah jumlah otot dengan syarat latihan yang betul disertakan pemakanan yang betul. Proses ini tidak berlaku segera. Secara purata sekitar 6 minggu. Ketika ini, berat anda akan turun dengan baik.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube