Berpeluh?

Adakah berpeluh itu tanda senaman yang baik? tanda membakar lemak? Jika kita lihat hari ini, kebanyakan gym komersial menggunakan penyaman udara dan ramai yang mengadu tidak berpeluh, tidak puas bersenam sehingga sanggup cari gym yang umpama duduk di dalam oven. Kononnya untuk membakar lemak.

Kursus Kecergasan 2024

Tidak cukup dengan itu, ada yang memakai sweater atau baju yang menyerupai baju hujan utuk bersenam di gym atau berjoging. Saya rasa ramai pernah melihatnya, berlari di atas treadmill dengan memakai baju seolah baju hujan. Adakah ianya membantu? Pertama dan terpenting, perkara terpenting dalam senaman bukannya berpeluh, terutama jika bersenam dalam cuaca yang panas. Kehilangan haba memerlukan tenaga. Tenaga ini berasal dari aktiviti di kelenjar peluh. Bila terlalu banyak tenaga ditumpukan pada berpeluh, badan kekurangan tenaga untuk fungsi-fungsi lain. Disebabkan itu, badan akan berdepan dengan bahaya strok panas (heat stroke).

Kehilangan lain ketika pemanasan adalah menerusi sistem kardiovaskular. Bila berlaku pemanasan di kulit, pembuluh periferi menuju ke arah kulit. Darah akan berkumpul di kulit berbanding di otot yang memerlukan ketika itu. Jantung akan bekerja lebih keras untuk memastikan ada darah ke kulit dan ke otot yang memerlukan. Bayangkan seseorang dengan sweater menutupi seluruh badan. Terdapat kes-kes kematian mengejut disebabkan jantung bekerja terlalu kuat.

Kenapa sesetengah orang memilih untuk berlatih di tempat yang panas? Sehingga ada yang marah jika membuka kipas. Sebenarnya disebabkan faktor psikologi. Mereka merasakan jika tidak berpeluh sehingga lencun, maka latihan mereka tidak berhasil. Sebenarnya tiada masalah untuk berlatih di tempat yang memasang penyaman udara. Berpeluh tidak boleh dijadikan penanda yang latihan itu berkesan. Jika semata-mata ingin berpeluh, duduk dalam kereta tengahari buta, tutup tingkap, tutup penyaman udara, berpeluh juga. 😀

Apakah pakaian yang sesuai untuk bersenam? Carilah pakaian sukan yang sesuai dengan aktiviti senaman hari itu. Sesuatu yang ringkas dan membenarkan pengaliran udara masuk. Jika boleh cari yang berwarna terang kerana warna terang memainkan peranan dalam merangsang mood kita. Janganlah seksa badan dengan pakai baju hujan pergi joging.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

27 thoughts on “Berpeluh?

  1. mase kursus dl…pengajar tu x benar kita memakai sweater utk mengeluar kan peluh

    1. Zaki Khan says:

      ya, cuma masih ada lg golongan2 begini. nak kurus cepat kata dorang. 😀

      1. bleh menyebabkan kematian

      2. ada kwn saya, lari pakai sweater tgh panas, turun hmpr 15 kg dlm mse seminggu… ^^,
        tp sudah tentu iya mmg memerlukan ketahanan fizikal n mental yg tggi..

  2. adei…
    bagaimana pula dengan mereka yang kuat berpeluh naturally seperti saya. adakah ini satu disadvantage?

    peluh berjurai2. lps lap ngan towel nak wat next set baru 2reps peluh da start menitik balik. 🙂
    tgu masa je owner gym sediakan 1 mop utk sye nti. 😛

    1. Zaki Khan says:

      peluh tiada masalah, cuma memaksa diri perpeluh dgn pakai sweater dan sebagainya yg bermasalah.

  3. jarang peluh. keje tmpt ekon kuat.

    1. Zaki Khan says:

      cik sal. rasanya topik ni pasal senaman bukan keje kat farmasi. 😀

  4. peluh tu penting for body cooling process..
    xkisah la brape byk awk peluh janji xkne heat stress,,
    jgn selalu sgt lap peluh kalo tgh exercise,,

  5. Mir Amirul says:

    Kata org2 tua, peluh yg menglair jgn di lap dgn tuala, sbb peluh tu akan menutup rongga2 pd kulit, blh sebabkn sakit2 bdn, biarkn dy kering sendiri, biasanya sy bwk kain tuala pergi ke gym utk lap alat2 atau mesin2 sblm guna aje, utk lap peluh jrg sekali..klu ad info lg blh la sma2 share yer..

    1. Abang Long says:

      apa yg x bagusnya kalu peluh tu dilap?biasanya orang lap peluh sbb x nk kasi berdaki.

      1. kalau ikutkan, better x lap, atas alasan yg sama, utk kesihatan kulit, tp incase terpaksa, or kes hygene, elok lap, semacam plak org pandang nanti bila peluh terlalu byk.

  6. saya nak tanya,, kenapa saya exercise, tp tak berpeluh langsung? konfius laa… 2 jam bersenam tp tak peluh.. jeles tgok kwn lain basah baju.

    1. x semestinya wajib berpeluh. setiap org berbeza. ada yg sgt lambat, kekadang mungkin cecah 4-6jam baru berpeluh.

  7. Tuan, saya baru praktis exercise tabata, lam 5 minit, peluh lencun macam kene hujan, basah kuyup. Adakah itu normal.?

    1. 5 minit ok lagi. Dalam kategori normal. After burn effect utk tabata lama.

  8. saya juga sama seperti ahmad yg kuat berpeluh.. buat kerja yg ringan2 je dh berpeluh.. kalau saya workout di gym mmg lencun.. adakah ini ketegori penyakit hyperhydrosis?? dalam keadaan begini adakah saya bole terkena heat stroke??

    1. heat stroke lain conditionnya, lebih pada peluh, dan heat yg tak boleh keluar.

  9. saya pernah nampak org laki pakai wetsuit kot sbb ala2 plastik baju tu. joging kaw2 pny.mmg berpeluh la. geli plak tengok bila dia perah baju dia tu. bangga sgt kot pe;uh menitik2 kuar dr baju dia.

  10. klau bersenam x pakai baju,bleeh tak untuk membakar lemak dan kalori dengan berkesan.

  11. Nur firdaus says:

    Lpas bbrp minggu workout.bdn jd cepat berpeluh dan rasa gatal kulit.normalkah

  12. Selepas bermain badan berpeluh… kekal kan pakai baju atau perlu buka baju utk sejukkan badan,…

  13. Aliesa zairina says:

    Mengapakah manusia berpeluh?

Leave a Reply to sal Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: