Berubah Rupa Seriras Justin Bieber Oct17

Kongsi

Berubah Rupa Seriras Justin Bieber

William Cookson mempunyai satu cita-cita iaitu untuk mencium seorang gadis. Akan tetapi dia tak berjaya lakukannya disebabkan dirinya yang gemuk dan pemalu. Disebabkan kegemukannya, dia rasa rendah diri. Selain itu, rupanya memang agak kurang. Satu hari setelah melihat Justin Bieber, dia bertekad menjadi seperti Justin Bieber. Dia fikir sekiranya gadis-gadis suka Justin Bieber, mereka juga akan minat kepada lelaki yang serias Justin Bieber. Jadi William telah membuat pelbagai cara termasuk diet, senaman dan akhirnya telah berjaya. Kini dia mempunyai rupa seiras Justin Bieber dan mempunyai tiga orang teman wanita.

Kursus Kecergasan 2017Saya suka cerita ini. Anda perlukan alasan untuk berjaya. Ramai gagal kerana dia tidak ingin berjaya. Alasannya untuk bersenam tidak cukup kuat. Tidak kira apa alasan anda, samada untuk pikat 10 awek, nak kahwin 4, nak bertanding, nak berbogel di pantai, bagi perempuan pula untuk pikat Perdana Menteri dan sebagainya, apa salahnya? Walaupun bukan untuk kesihatan. Jarang yang bertahan lama dengan alasan kesihatan kecuali mereka yang memerlukannya dan dah biasa bersenam. Cari sebab terbaik untuk berjaya dan jangan takut untuk berjaya!

Sebelum

Selepas

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube