Betulkah Anda Kawal Makan?

Salah satu perkara yang sukar untuk diajar kepada orang yang baru bermula untuk membakar lemak dan mengurangkan berat badan faham adalah bagaimana pemakanan mereka sangat-sangat berperanan untuk menjana sebarang hasil. Berjogging setiap hari sahaja tidak mencukupi!

Aiman Radzi - Betulkah Anda Kawal Makan?

Kalau anda sering berlatih di gym, tidak mustahil saya kata kalau ada ahli-ahli keluarga atau saudara-mara yang bertanya kepada anda cara untuk membina otot ataupun membakar lemak. Dah macam personal trainer pula bukan? Jangan lupa turut serta kurus-kursus yang ditawarkan dalam laman ini untuk mendapatkan sijil jurulatih yang sah.

Berbalik kepada topik, samada untuk membina otot atau mengawal berat badan, anda perlu menjaga apa yang anda makan. Semudah itu sahaja, sebenarnya! Tetapi, silapnya adalah pada anggaran jumlah porsi makanan yang kita ambil.

Kursus Kecergasan 2024

Realiti Pemakanan Kita

Sebagai salah seorang jurulatih kecergasan daripada NASC, saya juga turut mendapat banyak pertanyaan, samada secara atas-talian ataupun depan-depan, akan cara untuk mengawal berat badan. Ada yang kurus dan ada yang badan berisi yang bertanyakan soalan.

Kebanyakan soalan berbunyi begini:

  1. Macam mana hendak turunkan/naikkan berat badan?
  2. Kenapa berat badan saya tak naik/turun walaupun dah jaga makan?

Dua soalan yang terlalu terkenal dan biasa bergema dalam gym, dewan kuliah, kelas kecergasan, laman media sosial, dan merata tempat. Tanyalah berbagai-bagai soalan, pucuk pangkalnya akan kembali kepada dua soalan ini. Untuk memendekkan segala cerita, saya ingin menegaskan, jika anda gagal untuk naik/turun berat badan, itu adalah kerana anda masih gagal untuk kawal pemakanan! Kecuali, kalau anda ada faktor patologi, itu boleh dikecualikan.

“Saya memang jaga makan bro… dah tiga bulan tak makan nasi.”

“Tapi bro… saya dah jaga makan. Masih tak turun berat badan!”

“Bro… saya makan banyak, sebenarnya. Berat maintain juga.”

Tidak. Terima hakikat, kalau anda masih tidak berjaya untuk mencapai matlamat anda, pemakanan anda adalah punca utama. Selepas mengkaji dengan lebih mendalam diri mereka yang memberikan jawapan-jawapan begini, jelas sekali pemakanan mereka tidak memenuhi kehendak sasaran.

Penemuan Menarik Dr. John Berardi

Kebanyakan daripada kita tidak tahu berapa banyak sebenarnya makanan yang kita telah ambil. Tidak tahu di sini bermaksud, gagal untuk menganggar dengan betul. Mungkin terlebih anggaran, mungkin terkurang pula. Sebab itu, mereka telah rasakan yang mereka sedang menjaga pemakanan.

Doktor John Berardi

Dr. John Berardi telah melakukan satu kajian untuk mengetahui kaitan psikologi manusia dan pemakanan hariannya. Apa yang ingin dilihat adalah kaitan antara jumlah makanan yang mereka fikir mereka ambil, dan jumlah sebenar yang mereka telah makan. Setiap nombor di bawah merujuk kepada jumlah hidangan (serving size).

Wanita

19 – 24

Bijirin

Buah-buahan Sayur-sayuran Susu Daging Lemak dan Manisan
Disangka 3.2 2.6 2.6 3.2

3.5

2.2
Dimakan 4.2 0.8 1.7 1.2 1.6

3.0

 

 

Wanita

25 – 50

Bijirin Buah-buahan Sayur-sayuran Susu Daging  Lemak dan Manisan

Disangka

2.9

2.2 2.5

2.3

3.0 2.1
Dimakan 4.6 0.8 2.0 1.0 1.7

3.2

 

 Wanita

51+

Bijirin Buah-buahan Sayur-sayuran Susu Daging  Lemak dan Manisan
Disangka 2.5 2.4 2.6 2.1 2.7

1.6

Dimakan

4.7

1.5 2.2 1.0 1.7

3.1


Lelaki

19 – 24

Bijirin Buah-buahan Sayur-sayuran Susu Daging  Lemak dan Manisan

Disangka

2.9 2.1 2.2 3.1 3.7 2.1
Dimakan 5.5 0.6 2.3 1.6 2.3

4.1

 

 

Lelaki

25 – 50

Bijirin Buah-buahan Sayur-sayuran Susu Daging  Lemak dan Manisan

Disangka

2.9 2.2 2.4 2.2 3.4 2.1
Dimakan 5.9 0.9 2.5 1.2 2.5

4.0

 

 

Lelaki

51+

Bijirin Buah-buahan Sayur-sayuran Susu Daging  Lemak dan Manisan

Disangka

2.7 2.2 2.5 2.1 3.1 1.7
Dimakan 6.2 1.3 2.7 1.1 2.4

4.5

Apa Yang Boleh Kita Dapat?

Karbohidrat adalah sumber tenaga utama badan. Contoh karbohidrat adalah seperti nasi yang kita ambil harian. Ramai yang menyangka jumlah nasi mereka ambil tidak berlebihan, hakikatnya komponen karbohidrat agak menjadikan seseorang itu ketagih, jadi dia boleh makan lebih daripada apa yang dia fikir dia makan. Nasi, kata makan satu pinggan, tapi sekali ambil tiga senduk besar macam 2 pinggan.

Buah-buahan dan sayur-sayuran juga mendapat tempias. Kebanyakan orang fikir mereka cukup pengambilan sayur dan buahan, sayang sekali timun-timun sebagai sajian sampingan dalam hidangan nasi goreng anda sebenarnya tidak mencukupi untuk pengambilan serat sehari.

Apatah lagi dengan pengambilan protein, sebab ramai ingat mereka sudah cukup banyak makan ayam, daging, ikan, dan lain-lain. Pemakanan tinggi protein sangat penting untuk pembakaran lemak, pembinaan otot, dan penjagaan proses pembaikpulihan sel-sel badan. Salah satu cara untuk mencukpkan pengambilan protein adalah melalui makanan tambahan seperti protein whey.

Konklusi

Penemuan Dr. John Berardi membuka mata saya yang manusia ini sebenarnya tidak mengambil peduli atau tidak mengambil berat dengan perkara-perkara kecil tetapi berperanan besar. Kita makan bukanlah untuk memuaskan nafsu makan sahaja. Jadikan budaya makan, budaya yang sihat kerana kesihatan adalah anugerah yang dipinjamkan tuhan kepada kita. Jangan tunggu sehingga jatuh sakit, kendian menyesal tidak akan berguna lagi.

Rujukan:

  1. Gentilcore T., 2007, Nutrition For Newbies, T-Nation, [accessed online] https://www.t-nation.com/diet-fat-loss/nutrition-for-newbies [accessed on 1 February 2017]
Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: