Bila Senaman Kardio?

Kebanyakan bodybuilder, fitness intructor, personal trainer atau kebanyakan orang bila ditanya, bila masa terbaik untuk buat senaman kardio, mereka akan jawab, ‘pagi dengan perut kosong’. Mereka bagitau, waktu pagi adalah masa terbaik untuk bakar lemak. Betul ke?

Jika mereka kata begitu, tak tau lah mazhab mana yang ajar dorang. :D. Kenapa dalam diet kita makan sikit tapi banyak kali? 5-8 meal sehari. Makan setiap 3 jam. Ini untuk memastikan paras gula dalam badan kita setabil dan memastikan kita berada dalam anabolic state dengan positive nitrogen balance, juga untuk penghadaman yang elok.

Bila kita tidur 6-8 jam sehari, kita akan bangun pagi dalam keadaan catabolic dimana negative nitrogen balance. Buat senaman cardio pada waktu pagi akan menyebabkan otot dibakar sebagai sumber tenaga. Memang betul paras glukosa sangat rendah pada waktu pagi tapi begitu juga paras asid amino.Kursus Kecergasan 2024

Melainkan, jika bangun dari tidur, minum protein shake atau protein meal seperti telur putih. Mungkin boleh ambil protein 45-60 minit sebelum memulakan latihan kardio untuk memastikan badan kita tidak berada dalam keadaan catabolic.

Bila masa terbaik untuk senaman kardio? Seeloknya bila sudah selesai membuat latihan bebanan. Kenapa? Bila buat latihan bebanan, badan sudah membakar glukosa dan glikogen simpanan. Senaman kardio selepas latihan bebanan akan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

44 thoughts on “Bila Senaman Kardio?

  1. Spot on with this write-up, I really think this website wants far more consideration. I’ll probably be again to learn way more, thanks for that info.

  2. fazli rozi says:

    owh sy silap lah selama ni ingat ke nk bakar lemak kena perut ksong huhu

  3. elok x klu main gym pada waktu malam..contoh nya selepas isyak..

    1. kalau nak kira elok, x brapa sesuai. tp kalau itu je masa yg ada, elok buat dari x buat

      1. sbb sya g gym waktu malam…Waktu yg paling sangat2 sesuai???? bila…

        1. tidak ada penetapan jelas tentang masa yg terbaik, jika dahulu, kebanyakan research support pagi masa terbaik, tetapi terdapat research lain yg kata sekitar 4 ptg. tp buat masa ni, majoriti masih kata pagi. tetapi kebanyakan mungkin tidak ada masa pagi dan hanya ada masa malam. elok train daripada x train.

  4. so, kalo sy bersenam pd waktu pagi (latihan bebanan+cardio) seelok2nya kena amik protein shake dlu ke?

  5. salam dato..ade soalan nk tnye,,sblm ni lebh staun sy w/o tp jrg2 maen kaki tp skg sy usaha maen kaki lpas tahu klebihan maen kaki…tp sy musykil bley ke sy bt snaman kardio stiap kali lpas w/o kalau sy inginkn size pada kaki..sy ade bca komen dato..klau kurus kurg kn latihan kardio…sy ni bdn je naik tp kaki halus =P
    kuang3…

      1. untuk turunkn lemak… sy tgk bdn sy nmpk naik lebh pada lemak…kwan2 pn tegur begitu..sy nk buang lemak tp xnk otot turun.. btul ke org tggi ni ssh nk jd dato? lg 1 ade x cara nk cengkungkn pipi..pipi da tembam sgt tp bdn xbesar mane pn

        1. naik biasanya disebabkan pemakanan tak betul. macam mana diet skrang?

          1. dr ape yg sy blajar dr otai gym masa buat size ni mkn main blasah je tp target sy bkn body builder cume cutting model je..skg sy da trunkn bert bdn hmpr 10kg sb tmbul msalah stretch mark & xnak nmpak bulky lg..skg pmakanan sy jage tp ssh jgak nk naek blk mgkin sb sy ni tggi (188cm).. ape cdgn dato bg org tggi mcm sy ntok buat size otot saje..dato pon nmpk tggi bbnading org laen…kalo tnye otai2 kt tmpt sy skg sumenye suggest steroid jnis anabol…sy xnak gune jalan tu sb pasti ade jln laen lg…

          2. mkn apa sahaja=naik lemak.
            jaga n makan cukup, 2 benda berbeza.
            berapa berat sekarang?

  6. Saya hanya melakukan joging atas treadmill saja selama 40 minit , 4x seminggu sebelah petang, ikut kesesuaian masa, dan amat berpeluh,,,,adakah ia berkesan menurunkan BMI saya?

    1. jgn hanya bergantung pada treadmill. cuba buat latihan bebanan skali

  7. berat sy skg da jd 77kg….kalau dlu 85 tp nmpk lebh lemak je…huhu

  8. Tuan yang budiman,

    Saya mempunyai ketinggian 163cm.Berat 80Kg
    Matlamat saya pada masa sekarang ialah ingin melakukan latihan / senaman bagi membakar lemak diperut buncit / meratakan perut kepada keadaan normal (buat masa ni bukan lah nak cecah tahap 6 packs)

    Setelah banyak membaca tips dan panduan dari berbagai sumber saya kekadang keliru dan ingin mendapatkan penjelasan yg tepat dan teratur tentang kombinasi “abs exercise dan kardio” contoh senaman kardio yg berkesan untuk dilakukan sebelum atau selepas “abs exercise” spt sit up dan plank

    Boleh tak tuan komen dan perbetulkan atau perincikan secara sequence(yg mana dulu dan yg mana kemudian) untuk latihan senaman bagi membakar lemak diperut buncit / meratakan perut seperti susunan dibawah

    Langkah 1.
    melakukan latihan bebanan > abs exercise=sit up atau plank (berapa lama masa / berapa set?

    Langkah 2
    .Ambil protein 45-60 minit sebelum memulakan latihan kardio (tolong rekomen jenama protein yg sesuai dan latihan kardio (?)apa yg paling berkesan utk membakar lemak / kalori )

    Langkah 3
    Melakukan latihan kardio (?) sekurang kurangnya berapa lama masa yg perlu diluangkan dan berapa kerapkah dalam seminggu?

    Mohon penjelasan dan terima kasih diatas kesudian tuan memberikan penjelasan / jawapan.

    1. latihan yg berkesan cuma sekitar 45 minit ke 1 jam. tp tgk org gak. majoriti begitu.

      brand apa pun x kisah. yg murah cam ON

      kalau buat jenis high intensity interval training, 15 minit pun dah byk. kalau cardio tradisional, dlm 45m-1jam. tp kalau buat lepas weight training, boleh dikurangkan.http://strengthsifoo.com/hiit/

  9. as salam dato, kalo nak wat kardio yg membakar lemak tanpa wat latihan bebanan ade x dato? kalo sy wat tabata saje boleh?

      1. thanks dato, dan, boleh x kalo dato wat 1 article pasal berenang? sbb berenang pun di kira bersenam gak…

  10. HI Zaki, mintak nasihat skt.

    Sy tinggi 165cm dan berat skrg 70kg. Niat nk turunkan berat bdn kepada 62-65kg + turunkan paras kolestrol (dah check dgn doktor, katanya sedikit tinggi dr paras normal)

    Saya main badminton 2-3 semingu. Setiap kali main anggaran 2-3 jam (+rehat skali la)

    Saya baru beli API Fat Burner Advanced utk mempercepatkan pembakaran kalori/lemak tp saya ambil hanya pada sejam sebelum main badminton. Hari tiada game, saya x ambil pil tu.

    Minta cadangan tuan berkenaan senaman yg terbaik utk saya. Saya bercadang ingin tambah lg 1-2 kali joging pada hari tiada game badminton (joging-anggaran selama 30 min). Tp sukar utk mencari masa sbb keje pn balik mlm, boleh cuba tp mungkin x konsisten la 2x seminggu tu.

    1. Adakah ok cara senamam yg saya amalkan sekarang? Bdmntn 2-3x seminggu dgn pengambilan API Fat Burner.
    2. Melalui bacaan saya, seeloknya buat latihan bebanan dulu 20min dan kemudian baru joging, lg optimum pembakaran lemak. Boleh saya tau apa contoh senaman bebanan tu? Adakah angkat berat/sit up/ push up? Tp saya mmg ada dumbell kt rumah (10kg yg boleh laras)
    3.Jika saya gantikan joging dgn TABATA sahaja, memadai tak? Saya mmg pernah try TABATA selama 4 min dan kemudian upgrade kpd 8 min, mmg penat dan berpeluh sakan la.
    -Isunya, adakah sama result jika saya berjoging?
    -Adakah dgn TABATA, saya boleh tambah stamina?

    Maaf jika panjang meleret, sya cuma nk bg gambaran yg penuh situasi diri saya bg memudahkan En Zaki membetulkan keadaan kn..

    Sekian, TQVM

    1. badminton sukan, bukan senaman.
      joging target mostly cardiovascular.
      buat senaman conditioning sekali seperti pumping, pushup, squat dll. atau better ke gym http://strengthsifoo.com/orang-baru/
      2. Latihan bebanan=apa2 yg guna bebanan, termasuk berat bdn sendiri.
      3. Boleh, tp better buat dua2. sukan badminton memerlukan kedua2 jenis cardio.

  11. salam, dato. kalau sebelum weight training kita gantikan protein shake dgn susu boleh tak? rasa macam sayang pulak nak minum protein shake tp latihan x start lg 🙂

    1. lagi satu dato, susu skim elok tak untuk diminum? sebab dye rendah lemak kan

    2. depend cukup ke x kalori diperlukan bdn. kalau sayang nak makan, sayang juga badan nak besar.

  12. sy jog slama 15 minit then trus buat latihan beban cntoh nya sy slalu maen dumbell untuk big bicep,sit up 30x 3set adakah blh turunkan brt bdn dan buang lemak pda perut yg bunit?

  13. Dato,nak tanya boleh ka tak saya kardio dahulu dan saya buat contioning selepas itu?mcm squat,bicycle kick untuk mengurangkan lemak d bahagian perut.

  14. assalammualaikum dato. stiap ptg sye bermain takraw. adkah sye msih perlu mlakukan cardio slepas latihan bebanan pd mlm hari?

    1. wslm. tak semestinya kardio. nak warmup dgn bebanan lebih ringan pun boleh

  15. Assalam Dato’ Zaki the great.
    Sy cardio 20-30min after weighlifting 6x smnggu. Rehat sehari je. Ok ke cmni?

  16. Wan Dean Wan Yacob says:

    ?????????? ?????????? ?????????? ????? ????????????? , dato saya nak kurangkan berat badan. Setiap kali sblm weight lifting sy akan joging dulu 20-30minit. Salah cara ni dato? Sy terbaca dato cadangkan kardio selepas weight lifting ya?

  17. Wan dean wan yacob says:

    Maaf dato, terkeluar simbol tanda soal pula. Sebenarnya Assalamualaikum dalam jawi tu. maaf ya dato

  18. Adam bin mat yahaya says:

    As salam..dato, sy nk mtk pndpt dato..

    Sy ambil kalori 1600 utk sehari.
    40% untuk protein
    35% untuk karb
    25% untuk lemak

    Utk senaman pula sy buat 4 kali smggu utk latihan beban dan 3 kali untuk kardio( exercise bike).

    Untuk latihan beban purata masa lbh krng 50 mnit. Untuk kardio pula 60 mnit.

    Target sy untuk hapuskan lemak pada perut dan mengekalkan otot yg sediaada..berat sy skrng 80 kg, tinggi 170 cm.

    Apa pendapat dato dgn cara sy spt diatas tu? Harap dato dpt beri pndngn.

Leave a Reply to Hzul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: