Bila Nak Bina Saiz Apr02

Kongsi

Bila Nak Bina Saiz

Bila nak saiz? Bila tanya kebanyakan orang, mereka cuma kata buat saiz dulu, baru potong. Panduan mudah;

Lelaki 12 peratus lemak
Perempuan 17-21 peratus lemak

Jika anda cuba besarkan badan tapi anda masih gemuk dan menggunakan kaedah yang dipanggil dirty bulk, dengan makan segala sesuatu, anda akan berdepan masalah berikut;

Fat Hyperplasia – Badan anda akan menambah sel lemak disebabkan terlebih makan. Ia akan menyebabkan badan anda senang simpan lemak di masa hadapan.

Sensitiviti Insulin Merosot – Anda lebih sukar pecahkan makanan kepada tenaga. Anda lebih cenderung tambah lemak dan sukar bina otot.

Tabiat Buruk – Anda lebih cenderung makan makanan merapu ketika besarkan badan.Kursus Kecergasan 2018

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube