Bila Tiba Hari Raya

Bila tiba hari raya~
Semua insan bergembira~Tetiba keluar lagu Black Dog Bone pepagi ini. :). Bila tiba hari raya, bagi yang sedang dalam sasaran menguruskan badan, ada yang risau, ‘patutkah aku makan?’, ada pula yang tak ambil kisah. Pada saya, bagi yang muslim, Raya Aidilfitri merupakan hari ‘rehat’, hari untuk bergembira setelah sebulan berpuasa. Jadi apa salahnya rehatkan diri dan menikmati hidup. Cuma jangan keterlaluan. :).Kursus Kecergasan 2024

Saya masukkan sedikit tip bagaimana menikmati hidup secara tidak keterlaluan di hari raya;

1. Ringankan tangan untuk membantu dalam persiapan hari raya samada kacau dodol, memasak, kemas rumah dan sebagainya yang mana sekurang-kurangnya membakar kalori berlebihan. Siapa pernah kacau dodol 1 kawah tahulah betapa letihnya mengacau pada saat akhir.

2. Jika boleh elakkan air bergula. Saya tahu bila tiba hari raya, tak sah kalau takde air gula. Dengan hidangan air coke, air soda dan sebagainya, sedar tak sedar seorang dah minum dua botol air bikarbonat. Minta air kosong ketika bertandang ke rumah saudara-mara atau kawan-kawan. Jangan malu untuk minum air kosong sedangkan mereka yang lain minum air gula. Jika tiada barulah minum sedikit. Jangan kerana nak elak air bergula sampai tercekik tiada air.

3. Kunyah sekitar 40 kali. Banyak kajian dilakukan termasuk yang dilakukan di Harbin Medical University menunjukkan mereka yang mengunyah makanan lebih lama memiliki tubuh lebih ramping. Mengunyah makanan lebih lama menurunkan paras ghrelin iaitu hormon lapar di dalam sistem pencernaan. Makan terlalu cepat membuatkan anda tidak sedar yang anda telah kenyang.

4. Makan sikit-sikit tetapi kerap. Cukuplah sekadar menjamah makanan sedikit kali menghadap meja makan. Makan yang kerap meningkatkan kadar metabolisme.

5. Jika boleh, kurangkan pengambilan kuih-kuih atau kek manis. Tak sah raya kalau takde kuih raya tapi tak perlulah seorang sebalang.

6. Jika menziarahi saudara-mara atau kawan yang berdekatan, cuba elakkan menaiki kereta. Jalan kaki membakar lebihan kalori dan juga senaman yang baik untuk kekal cergas. Jika anda mudah berpeluh dan peluh berbau, elakkan.

7. Walaupun raya sebulan, tetapi janganlah cuti selama sebulan. Cukuplah sekadar beberapa hari dan kembali bersenam selepas itu.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Jika pulang ke kampung halaman, pandulah berhati-hati. Ingatlah orang yang tersayang. Apabila beraya, ingatlah juga terdapat orang yang kurang berkemampuan di luar sana. Jaga jari, tersilap main mercun tak boleh main gym nanti. :). Saya tahu di saat-saat akhir ini ramai yang dah bercuti, pembaca agak kurang di hari raya. Saya sendiri pun akan pulang ke kampung pada hari raya pertama nanti. Jadi ini mungkin entri terakhir sebelum raya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

26 thoughts on “Bila Tiba Hari Raya

  1. haha..klaka la ayat dlm entri neh..:D
    yup..time raya slalunya org susah nak kawal mkn..main bedal je sume..kdg2 usaha sebulan utk turunkan berat bdn time bulan puasa terus ‘lebur’ sbb mkn punya pasal..haha
    anyway..kalo mkn byk pon xelok..kang perut meragam la..dah xley nak jalan2 raya 😀
    selamat hari raya maaf zahir batin 😀

  2. Selamat Hari Raya to Zaki Khan and Family 🙂

  3. ashariadam says:

    Semoga selamat dalam perjalanan. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

  4. selamat hari raya bro…

  5. selamat hari raya,bro 🙂

  6. joe.torres88 says:

    Selamat ari raya dato’…..

  7. Selamat hari raya dato’.

  8. syauki afandi says:

    Salam Lebaran Dato, minal aidin wal faidzin…

  9. Abg Kidd Rock says:

    selamat hari raya tuan, lambat sket nak wish,balik kg jauh utara-selatan, hehehheh

  10. Terima kasih tips yg diberi. Saya cuti makan dan bersenam selama 2 3 hari. Inilah masa nak menikmati makanan tradisi kita. Selama 11 bulan menjaga makan apa salahnya.

  11. bagus tips ni dato . SELAMAT HARI RAYA DATO 🙂

  12. Yup slmt hri raya dato’….40 kali kunyah suunah Nabi SAW tuuu…

  13. Selamat hari raya dato..kihkihkih

Leave a Reply to syauki afandi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: