Bina Badan dan Mamee

Tiba-tiba rasa nak menulis tentang bina badan. Nak tergelak pun ada tengok, hadiah bina badan mamee monster, seolah sama dengan apa yang saya kritik beberapa tahun sebelum ini, seolah-olah mamee dah jadi maskot bina badan. Perkara yang sama lagi jadi pada pertandingan Mr Selangor di Klang Parade  yang berlangsung pada 19 April 2015 yang lepas.

Hadiah Bina Badan Mamee

Lihat Entri Lama
http://strengthsifoo.com/mr-world-sangat-teruk/

Walaupun tak dapat penaja besar, apa salahnya minta penaja pasaraya isikan makanan-makanan seperti oat dan sebagainya berbanding makanan ringan. Dah bertahun-tahun pertandingan Mr Selangor jadi pertandingan murahan, buat di shopping complex, apa salahnya ubah ke mana-mana dewan dengan penonton dikenakan bayaran. Saya kira, penonton di Malaysia sanggup bayar asalkan kena dengan kualiti. Katakan mengenakan bayaran rm 30 satu kepala. Ada 1000 penonton dah dapat rm 30 000. Boleh bayar dewan, boleh bagi hadiah yang lebih baik.

Tapi apa yang Persatuan Bina Badan Amatur Selangor buat? Mungkin dah masanya, mereka bersara? digantikan dengan mereka yang lebih baik.Kursus Kecergasan 2024

ZK: Berbaloi ke masuk Bina Badan? 🙂

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

2 thoughts on “Bina Badan dan Mamee

  1. betul. rasa tak berbaloi bertanding bina badan. nak prepare makan riban. menang dpt 300 dgn mamee. pertandingan mewarna anak pun dpt hadiah mamee.

Leave a Reply to Mad89 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: