Kongsi

Bina Otot Posterior Yang Lebih BESAR Dan Lebih KUAT- Row

Tahukah anda Barbell Row mempunyai banyak faedah apabila disertakan dalam program latihan ? Faedah-faedah ini lahir dari pelbagai perspektif. Oleh sebab itu gerakan ini adalah gerakan pertama yang perlu dimasukkan setelah mengambil kira Squat, Bench Press, Shoulder Press dan Deadlift. Mari kita bincangkan apakah faedah-faedah gerakan ini.

Hyperthrophy
Dari sudut ini, Barbell Row sangat berkesan untuk membina otot belakang badan, terutama otot latimus dorsi. Otot Lattimus Dorsi merupakan antara otot posterior badan yang terbesar. Dengan melatih otot ini, saiz otot belakang keseluruhan akan bertambah. Penambahan saiz otot ini juga menjadi peyumbang terbesar dalam pembentukan badan yang berbentuk V. Konsep ini juga dikenali sebagai Konsep Golden Ratio yang turut digunakan oleh banyak ahli bina badan seperti Arnold swcheneger, Serge Nubret, Frank Zane dan lain-lain. Gerakan ini juga memberi kesan kepada otot posterior yang lain dan juga penambahan saiz otot ditangan oleh sebab ia juga tergolong dalam gerakan kompoun.

Kekuatan Gerakan Menarik
Gerakan ini juga mampu memberi faedah dari sudut penambahan kekuatan. Dalam program kekuatan, gerakan Barbell Row diletakkan dalam bahagian gerakan menarik (Pulling). Lebih spesifik lagi, Gerakan Menarik Horizontal. Penambahan kekuatan di sudut atau planar ini akan menyebabkan penambahan kekuatan di beberapa gerakan lain. Selain itu juga penggunaan barbell juga dapat melatih kekuatan pegangan. Atlit sukan strongman dan ahli powerlifter akan mendapat banyak manfaat dari penambahan kekuatan dalam gerakan ini.

 

Postur
Gerakan ini juga mampu untuk membetulkan postur yang kebiasaan dilihat membongkok. Postur membongkok ini adalah disebabkan pengunaan telefon pintar yang semakin berleluasa dan juga peningkatan gaya hidup berkerja dalam keadaan duduk sepanjang hari. Postur membongkok ini juga boleh terjadi disebabkan disebabkan ratio kekuatan yang tidak seimbang antara otot posterior dan anterior. Kebiasaan kekuatan otot anterior akan mendahului kekuatan otot posterior. Ini boleh dilihat di gym, yang Bench Press menjadi senaman paling terkenal dan paling banyak dilakukan. Ratio kekuatan antara otot anterior melalui gerakan Bench press dan Kekuatan otot posterior melalui gerakan barbell row hendaklah sama.

Kesihatan Sendi Bahu
Gerakan Babrbell Row juga boleh menjadi penyumbang kepada kesihatan sendi bahu anda. Dalam seharian banyak gerakan sendi ini tertumpu kepada internal shoulder rotation ataupon gerakan sendi kedalam. Terlalu banyak gerakan kedalam berbanding gerakan keluar boleh menjadi punca kecederaan bahu anda. Anda boleh bertanya kepada ahli-ahli digym anda, kebanyakkan mereka mempunyai sejarah kecederaan di sendi bahu ini. Latihan atau program yang ada gerakan ini mampu mengurnagkan risiko kecederaan bahu ini berlaku.

Sebagai kesimpulan, banyak faedah yang boleh diambil dari gerakan ini. Saya yakin ada lagi beberapa faedah dari gerakan ini selain 4 yang dibincangkan diatas. Artikel seterusnya dari saya akan membincangkan cara melakukan gerakan ini dan variasinya.

 

Rujukan

  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19197209
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC449729/
  3. https://healthyliving.azcentral.com/muscles-barbell-rows-work-12426.html
  4. https://www.bodybuilding.com/fun/one-move-for-a-big-back-bent-over-barbell-row.html
  5. https://www.t-nation.com/training/barbell-rows-for-batwings
izzatmazlan

Izzat Mazlan

Berminat dalam bidang fitness sejak dari universiti, menyertai NASC untuk membimbing diri. Namun telah membuat keputusan untuk memberi kesedaran kepada umum setelah melihat banyak muslihat dan tipu helah dalam bidang fitness ini. Menetap di Pulau Pinang , Izzat juga adalah merupakan pengamal dan pelatih Freeletics di kawasan pulau pinang. Berkelayakan Certified Fitness Instructor (CFI), Certified Bodyweight Fitness Instructor (CBFI) dan juga Certified Personal Trainer (CPT)

Facebook