Bolehkah Senaman Ketika Period

Bolehkah seorang perempuan bersenam ketika datang haid atau period? Jawapannya berbeza untuk setiap orang. Ia boleh bawa kebaikan, ia juga mungkin membawa ‘keburukan’. Kebanyakan perempuan alami kekejangan dan penambahan keinginan. Penambahan keinginan menyebabkan selera makan bertambah atau berkurang. Keburukan yang kita nampak, selera makan bertambah. Perubahan hormon meningkatkan tolenransi kesakitan. Senaman boleh jadi lebih mudah ketika datang haid berbanding ketika biasa disebabkan badan menerima kesakitan senaman sebagai sesuatu yang biasa.

Bersenam ketika period

Kebaikan terbesar, apabila berlaku kitar haid, paras hormon perempuan seperti estrogen dan progesterone berada pada tahap yang sangat rendah. Perempuan lebih cenderung membina otot ketika itu. Kajian dibuktikan oleh Stacy Sims, Ph.D, exercise physiologist di Stanford University. Kajiannya menunjukkan, badan seorang perempuan pulih lebih cepat ketika kitar haid. Kekurangannya untuk sesetengah perempuan pula, mereka rasa lemah berikutan kehilangan darah. Senaman mampu mengurangkan ketidakselesaan disebabkan kekejangan dan sakit di bahagian belakang.

Dua minggu sebelum kitar haid. Badan perempuan sedang mengalami peningkatan hormon estrogen dan progesterone. Ketika ini, timbul tanda-tanda emosi tak stabil. Semakin lama semakin tak stabil apabila mendekati kitar period. Ketika fasa ini, badan kurang toleransi terhadap haba. Badan lebih sukar berpeluh. Ketika ini juga badan menukar sistem metabolism menukarkan lemak sebagai sumber tenaga berbanding karbohidrat. Lemak lambat bertukar kepada tenaga menyebabkan badan rasa lemah disebabkan masih merujuk sistem tenaga menggunakan karbohidrat. Ketika ini juga, badan rasa bloated disebabkan peningkatan estrogen.Kursus Kecergasan 2024

Proses-proses ini dilalui demi menyediakan badan membawa telur dan persiapan untuk mengandung. Keutamaan badan adalah menyediakan badan untuk proses ini dan badan akan mengabaikan kesan sampingan yang mungkin berlaku semasa proses ini.

Kajian menunjukkan kesan-kesan keletihan dan sebagainya ini tidak menyebabkan pengurangan dalam kekuatan. Jadi kenapa perlu berhenti bersenam disebabkan kitar haid? Perubahan hormon juga tidak menjejaskan daya tahan otot. Terdapat satu kajian menunjukkan perbandingan, perempuan yang kekal bersenam ketika fasa period dan mereka yang berhenti bersenam ketika datang haid. Mereka yang kekal bersenam menunjukkan peningkatan kekuatan mencecah 32.6 peratus berbanding mereka yang berehat hanya meningkat 13 peratus.

Bolehkah senaman ketika haid

Rujukan
http://timesofindia.indiatimes.com/life-style/health-fitness/fitness/To-work-out-or-not-during-that-time-of-the-month/articleshow/19662243.cms
http://www.shape.com/lifestyle/mind-and-body/exercise-and-your-menstrual-cycle-what-your-period-means-your-workout

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

12 thoughts on “Bolehkah Senaman Ketika Period

  1. Hi zaki

    Saya berat yoyo.Memang dari kecil obese/overweight.Turun 15 kilo,naik 15 kilo,tahun 2013 berjaya turun 20 kg lebih. Now da kahwin setahun, berat naik mendadak.Obese balik. Saya azam hendak kurus balik. Sudah bermula dan turun 8 kg.

    Masalah saya, saya hendak hamil, pergi berurut,bidan cakap rahim jatuh. Jadi dia tak bagi saya senam hatta zumba sekalipun.Saya selalu buat freeletics,HIIT cycling, zumba.

    Persoalan saya,senaman apa yg blh saya lalukan? Adakah boleh turunkan berat badan tanpa senaman? Lebih-lebih lagi saya perlu turunkan berat badan untukhamil,

    Minta tolong ya

    1. buat senaman untuk kuatkan core termasuk plank dari depan dan side. ia akan ambil masa utk kuat. selagi tak kuat, agak bahaya juga untuk aktiviti2 heavy. setiap kali jatuh, memang kena massage bagi naik. sampai dia kuat.

  2. hai..sy ada satu soalan..sy bermasalah dibahagian perut dan lengan senaman apa yg paline sesuai untuk sy??

  3. Jd masa period blh jogging la boss? Xda msalah

  4. Zuraida Kamarudin says:

    As Slm.Bolehkah saya melakukan sit up semasa sedang period?Mohon pencerahan.Tk

  5. Buat senaman menaikkan punggung ketika period, boleh ke ?

    1. depend pada diri individu. ada org bleeding teruk. not advisable takut melempah.

  6. Boleh jelaska apa senaman yg sesuai ketika period?

    1. semua boleh, cuma kena tgk individu sahaja. ada yg heavy flow. ada yg sakit teruk. etc

  7. assalammualaikum puan saya damia sk kota raja
    11 tahun saya ada haid saya mahu belajar senaman haid tu

Leave a Reply to Quiinzel Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: