Bolehkah Turun Berat Dalam 10 Hari?

*Entri ditulis oleh Harr

Aiman Radzi - Bolehkah Turun Berat Dalam 10 Hari

Boleh. Caranya senang sahaja dan sering dilakukan oleh atlit-atlit yang bertanding ikut kategori berat badan. Apakah cara yang dimaksudkan itu? Caranya adalah dengan meminum air.

Aik, kenapa kena minum air pula?

Mari kita lihat bagaimana meminum air dapat membantu untuk turunkan berat badan dalam masa yang sangat singkat!

Kursus Kecergasan 2024

Air adalah sumber kehidupan kepada manusia, haiwan dan juga tumbuhan. Air amat penting untuk organ berfungsi dengan baik. Cuba lihat kandungan air dalam organ-organ di bawah:

  1. Buah pinggang: 79%
  2. Otot: 72%
  3. Jantung: 73%
  4. Darah: 85%
  5. Paru-paru: 83%
  6. Otak: 90%

Kita selalu keliru antara LAPAR dan DAHAGA. Betul? Kalau kita asyik rasa lapar, maknanya kita memerlukan lebih banyak air dan bukannyaa makanan (tapi jangan biarkan perut kosong selalu, nanti kalau dapat masalah gastrik lagilah susah).

INGAT, jika kita tidak minum air yang mencukupi, fungsi tubuh akan terganggu. Apabila fungsi tubuh terganggu, mulalah banyak penyakit timbul, seperti:

  1. Tak sedap badan (letih-letih)
  2. Tumbuh jerawat
  3. Sakit kepala
  4. Dehidrasi

Ada ke cara minum air yang betul? Setakat ini, yang saya tahu cara untuk meminum air adalah dengan memasukkan ke dalam mulut dan kemudian menelan air tersebut. Kalau ada cara lain (selain daripada memasukkan ikut tiub bagi pesakit), mohon berkongsi di ruangan komen.

Apa-apa pun, mari kita lihat sedikit tip yang anda boleh gunakan untuk teknik ini:

  1. Minum air (250ml) selepas bangun pagi dalam keadaan perut masih kosong.
  2. Minum air (250ml-500ml) satu jam sebelum sarapan pagi (ini memudahkan perut supaya dapat  menghadam makanan).
  3. Minum air (100ml-200ml) selepas meminum air teh, kopi, dan air manis.
  4. Minum air (250ml-500ml) 20 minit sebelum makan.
  5. Minum air (300ml-600ml) dua jam sebelum tidur.

Anda akan dapati yang anda kerap pergi ke tandas dengan cara ini, sebabnya badan sedang menapis cecair dalam badan dan juga menyingkirkan lebihan air. Apabila anda konsisten, anda akan dapati berat anda turun dan juga badan lebih cergas serta kulit seperti bercahaya (tampak lebih sihat)!

Tak percaya? Belum cuba belum tahu. Selamat maju jaya!

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: