Borak-borak Zaki Khan Siri 1

Sejak akhir-akhir ini, saya rajin berjalan di dalam internet, dari satu forum ke satu forum, dari satu laman ke satu laman, dari satu blog ke satu blog. Saya tertarik untuk beri komen tentang tabiat dan diet-diet. Kebanyakan forum giat perkenalkan diet atkin. Apa itu diet atkin? Secara amnya, diet atkin adalah diet tinggi protein, rendah atau tiada karbohidrat. Adakah ianya bagus? Saya akan cerita lebih lanjut tentang diet atkin dalam satu topik nanti.

Cuma hari ini nak mengulas tentang diet yang suka diamalkan oleh mereka yang ingin menguruskan badan. Saya selalu berkata bahawa, untuk berjaya dalam diet, yang paling penting ada keinginan yang kuat dan disertai dengan ilmu dan usaha. Saya lihat banyak yang ada keinginan, tetapi ilmu? Kekadang ada yang berusaha mencari ilmu, bertanya sana sini, tetapi ada yang mengajar diet merapu, makan kfc, mcd, nasi beriani, roti canai dan lain-lain. Dan yang mengajar kekadang itu, orang lama dalam laman tersebut. Jadi orang-orang baru ini, masuk dan mengikut. Siapa yang salah?Kursus Kecergasan 2024

Diet yang hangat dikatakan di kebanyakan blog, diet rendah kalori. Dengar macam bagus. Tapi bila cerita rendah kalori, ada yang berkata makan kfc, nasi beriani, makan sekali sehari, jadi kira rendah kalori la tu yer. :D. Sebagai contoh nasi lemak 550 kalori, makan dua kali sehari, 1100 kalori. Rendah la tu ye? Apa bezanya makan makanan bersih daripada kalori merapu dengan makan makanan penuh kalori merapu ini? Nutrien apa yang badan kita perlukan? Seperti yang saya cadangkan dalam topik-topik yang lepas, protein:karbohidrat:lemak, 40:40:20, atau mungkin sedikit perubahan 50:30:20. Tetapi bila buat diet merapu, silap-silap jadi 20:30:50. Adakah badan kita memerlukan lemak yang banyak? Kemana hala tuju lemak itu? Adakah pembakaran lemak sama seperti pembakaran karbohirat atau protein?

Satu lagi diet yang agak popular adalah diet somalia. Bagaimana diet somalia? Makan sehari sekali. Sampai tahap ada yang makan oat sahaja. Nak kurus punya pasal. Tak tau belajar mana diet ini. Agaknya sebab nak rasa macam mana rasanya jadi orang susah di somalia sampai tak cukup makan. Dah banyak kali saya tegaskan, bila kita tak makan, badan akan mula catabolisme, pembakaran otot. Jadi yang kecut otot dan air. Memanglah berat turun, tetapi adakah lemak turun? Fikirkanlah.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

19 thoughts on “Borak-borak Zaki Khan Siri 1

  1. haha. nak tergelak pun ada bila ada yg kata makan kfc,mcd, nasi beriani utk diet. :D. kut ye pun, jgnla mengajar org lain diet merapu ni. kesian mereka yg baru2 kenal gym ni, tetiba diajar diet mcm ni

  2. lu sape nak ckp sumer tu x boleh???

    1. mie besibaru says:

      aik tuju kt sape ni?

  3. saya makan nasi lemak dan kfc juga.. not all calories are created equal. nasi lemak 100gram dengan nasi lemak 200gram tak sama calorie bro..

  4. i sorang exercise therapist yg diiktiraf yg kata tu diet merapu.

  5. cik zaheela, jgn kira 100g ngan 200g, bukan perbandingan begitu, cuba amik ikut pembahagian, brapa carb? brapa protein? brapa lemak utk 100g nasik lemak compare to clean diet. n kira brapa metabolisme protein/carb/lemak. mmg la kalau makan sehari sepinggan nasi lemak ‘sahaja’, bdn akan kecut. due to catabolisme, otot drop. i already discuss this many time in my previous topic.

  6. so bagaimana diet yg betul?

  7. terima kasih, lagi satu nak tanya apakah pandangan tuan tentang diet Atkins dan sistem ketosis? sebelum ni saya ada baca tentang diet ketagonik tapi ianya terlalu simple, kalau boleh tuan detailkan..

  8. antara topik yg sedang saya usahakan adalah atkin diet. ada pro n con dlm atkin ni. tp cara kejenya diet ketagonik. tunggu topik khusus utk atkin nanti. hopefully sbelum ke jakarta ni. ada open jakarta 24hb ni, my partner masuk. g support jap. 😀

  9. Dulu saya de buat diet xmakan nasi,makan buah ajer..mmg dlm masa 3 bulan je jadi kurus (65kg to 52kg) tp nmpak xsihat..mak saya cakap pucat mcm orng sakit, kene tekanan darah rendah..Alhamdulillah, melalui blog – blog macam ni banyak ilmu yang saya dapat..So atur balik pola pemakanan,senaman 3x seminggu..now berat naik tp maintain body shape dan yg paling penting SIHAT & CERGAS..TQ

  10. Info yg terbaik dato’
    dulu sblm bermula di gym ramai member2 gym ckp siang ko balun jer makan banyak2.. mlm main gym hardcore kasi potong..
    selepas jumpa blog dato ni baru saya tahu selama nie diet tk betul.
    patut la badan skali naik dgn perut.. adoii.. rosak2..
    teruskan usaha dato’

    1. mie besibaru says:

      nmpaknya kita sume kna cari ilmu cm blog ni, bru ajarannya betul..selama ni byk ajaran sesat yg dapat huhu

  11. daunhijau says:

    umur 13 boleh ke angkat berat.kenapa otot tidak naik selepas angkat berat

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: