Borak-borak Zaki Khan Siri 16

Zaki Khan Tiba di Bollywood

Wah, sedap tajuk utama hari ini. Seolah-olah Zaki Khan kini dalam Bollywood, nantikan filem terbaru ZK. :). Semalam saya mendapat info, ada orang menggunakan gambar profil ZK di laman sosial facebook dengan bahasa sana. Nama Zaki Khan. Akaun itu bukan milik ZK. Tidak diketahui apa tujuan dia menggunakan nama Zaki Khan beserta logo ZK di lamannya. Jika ada apa-apa yang datang dari situ, tidak ada kena mengena dengan ZK. Harap maklum.

Kursus Kecergasan 2024ZK hanya menguruskan laman Zaki Khan di facebook di

http://www.facebook.com/zakikhanweb

Tekan Suka kerana jika tidak berkesempatan untuk mengemaskini di blog, mungkin ada di sana. Berdasarkan statistik harian, rasanya terlalu ramai tidak Tekan Suka di sana tetapi berada di sini.

Manakala akaun facebook ada beberapa, tetapi yang utama di

http://www.facebook.com/www.strengthsifoo.com

Akaun twitter di

http://twitter.com/zakikhannet

Terlalu ramai yang tanya berkenaan 7×7. Saya menghadapi masalah di bahagian editing, jadi tak berani bagi tarikh lagi. Team ZK sedang cuba menyiapkan secepat mungkin.

Minggu ini saya akan sibuk dengan beberapa perkara termasuk akan menduduki peperiksaan, jadi mungkin kemaskini dan balas email agak perlahan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

14 thoughts on “Borak-borak Zaki Khan Siri 16

  1. salam dato…

    wow…sampao bolywod tuee…x lama lg dpt ofer jadi film star kot..huhu
    oit..exam apa plak dato’……

    1. xtau la sapa tu. bahasa dia lain mcm. :D. tgh sambung blaja. minggu ni final exam.

  2. Joe Terry says:

    tak sabar mnggu program 7×7 tu…gudluck ye dato

  3. good luck
    da habes study ? 🙂

  4. bro/dato,

    nk tnye sket b’kenaan 7×7 tu.blh x bro jelaskan secara umum.. program ni perlu di hadiri bg sesiapa yg b’minat di tempat t’tentu dgn yuran yg t’tentu selama ms yg t’tentu @ program 7×7 tu hanya di bwat di sini..?? adakah program ni merangkumi latihan,cara pemakanan dsb..?? adakah limit peserta 100 org..?? thnx..

  5. mana cara senaman untuk perut dato???

  6. dato..macam2 mana pun..dato kena gtau sy pasal 7×7 ni..hehhe..thx!

Leave a Reply to muscular-girl Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: