Borak-borak Zaki Khan Siri 6

Sedar tak sedar, inilah entri ke 99. Satu lagi ke entri 100 yang mana ‘mungkin’ saya akan bawakan satu entri menarik. Berkenaan apa? Saya belum buat keputusan lagi. Nantikan sahajalah. Terima kasih kepada yang menyokong selama ini. Entri ke 99 ini topik merapu saja.:D

Kursus Kecergasan 2024

Saban hari saya menerima soalan samada dari email, laman sosial facebook, yahoo messenger yang bertanyakan soalan yang hampir sama. ‘Apakah supplemen atau makanan tambahan yang perlu saya ambil untuk memulakan gym?’ Seolah-olah hari ini kita telah dididik oleh syarikat pengeluar produk makanan tambahan bahawa produk mereka adalah satu keperluan yang wajib ada. Jika tiada, badan tidak boleh jadi. Adakah produk-produk ini wajib diambil? Jika dilihat pada perkataan ‘tambahan’, bermaksud tambah, jika memerlukan. Sebagai contoh, andai kata, kita tidak dapat menampung keperluan kalori dengan makanan solid, baru menambah kalori tambahan daripada air. Jangan kita letak pada minda kita, kita bentuk mindset kita, tanpa makanan tambahan, badan tidak boleh jadi. Minda yang negatif ini akan menyekat perkembangan badan kita. Apa yang penting dalam membina badan, menguruskan badan, menguruskan kecergasan adalah 3 benda, bersenam, pemakanan yang baik dan rehat yang mencukupi. Percayalah!.

Sejak akhir-akhir ini juga, saya dapati, semakin banyak iklan-iklan seperti, ‘tanpa bersenam boleh kurus’ dan sebagainya yang sama maksud. Iklan-iklan seperti ini biasanya disebarkan oleh para peniaga MLM yang ingin melariskan produk mereka. Adakah anda yang mengeluarkan iklan begini hendak bertanggungjawab dengan fahaman-fahaman yang disebarkan. Menyebabkan ramai tidak sihat. Kesihatan bukan sekadar diukurkan dari saiz badan. Komponen kesihatan pun ada 5 iaitu kekuatan otot, daya tahan otot, kardiovaskular, komposisi badan dan kelenturan. Apakah dengan mengambil produk-produk berbentuk pil, serbuk, sauna, bekung, fiber dan lain-lain ini dapat memberikan kesihatan yang baik? Dapat memberi jantung yang sihat? Cukup-cukuplah itu menipu orang lain. Jangan kerana keuntungan multilevelnya, sanggup merosakkan orang lain. Bertambah kelakar, bila mana ada peniaga MLM yang menggunakan nama ‘Personal Wellness Coach’. Dari mana mereka dapat kelayakan itu? Daripada sijil multilevel? Adakah sekadar membeli satu mesin mengukur peratus lemak dan berat badan membolehkan mereka bercerita pasal kesihatan yang akhirnya menjurus kepada paksaan membeli produk itu? Hentikanlah kerja-kerja begini.

Apa perancangan saya untuk laman ini? Saya sedang merancang untuk melakukan lagi perubahan ke arah yang lebih mesra. Sedang dalam proses menambah segmen-segmen baru seperti gambar senaman, video, dan kelas kalori. Sedang usaha memasukkan beberapa benda seperti kalkulator untuk pelbagai kiraan. Proses pengambaraan sedang berjalan. Bukan kerja sehari dua. Tapi insyAllah akan cuba siapkan secepat mungkin. Saya juga merancang untuk pelbagaikan aktiviti lagi. Mungkin pertandingan dan sebagainya. Ruangan kedai belum dibuka sepenuhnya, dalam proses menyiapkan semuanya termasuk harga-harga baru. Dalam masa sama, saya tidak mahu ada yang memandang blog saya ini sebagai blog bina badan walaupun logo pilihan seolah-olah begitu. Saya cuba menyusun entri-entri supaya lebih general, sesuai untuk semua, samada lelaki mahupun perempuan, untuk pelbagai sukan dan aktiviti serta gaya hidup sihat. InsyAllah akan datang saya akan masukkan entri berkenaan latihan-latihan untuk mereka yang ada masalah-masalah kesihatan seperti diabetis, hypertensi, sakit jantung dan sebagainya.

Syukri The Wheel akan bertanding untuk Mr Klang Parade 2011

Kepada peminat sukan bina badan, 1hb Mei 2011, hari buruh ini ada pertandingan Mr Klang Parade di Klang Parade, Klang, Selangor bermula jam 11 pagi hingga 4 petang. Dijemput semua hadir memeriahkan dan menyokong Syukri The Wheel yang akan bertanding. Dan minggu ini juga, orang kuat Fire Gym iaitu Muhammad Isa akan berkahwin. Tahniah diucapkan dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Muhammad Isa Fire Gym yang akan berkahwin. Semoga berbahagia.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

11 thoughts on “Borak-borak Zaki Khan Siri 6

  1. syabas atas entri yg ke 99 dan akan dtg…tapi harap tuan ade backup blog takut ade ape2 jadi spt virus @ hijack blog habis semua entri nanti.tq

    1. Zaki Khan says:

      insyAllah ada backup. risau gak tetiba semua hilang

  2. jgn lupa senaman khusus utk wanita..dan info yg sesuai utk kaum hawa ni

      1. Zaki Khan says:

        senaman kegel? apa tu

    1. Zaki Khan says:

      haha. akan diperbanyak insyAllah. kalau ikutkan client saya sendiri pun majoriti wanita. 😀

  3. teruskan usaha DATO`..ilmu yg berkat pahalanya hingga ke mati…

Leave a Reply to Jill Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: