Borak-borak Zaki Khan Siri 7 May17

Kongsi

Borak-borak Zaki Khan Siri 7

Hari ini cuma nak mengulas tentang perkahwinan orang kuat Fire Gym, Isa dan pasangannya Nurzahira. Walaupun mungkin tidak meriah seperti perkahwinan Putera Wiliam yang berlangsung pada tarikh yang sama tetapi tetap gah. :D. Tahniah Isa dan Nurzahira. Semoga kekal hingga ke anak cucu.

Isa & Nurzahira

Kursus Kecergasan 2017

Tinggallah saya seorang lagi di Fire Gym yang tidak berkahwin. Bukan taknak kahwin tetapi tidak berjumpa yang sesuai lagi. Jika ada sesiapa yang menarik, kenalkanlah pada saya. :D.

www.strengthsifoo.com kini diuruskan oleh ZK Dinamik Sdn. Bhd. dengan 2 direktor, beberapa konsultan, dan juga team-team Zaki Khan yang belum dikenalkan sepenuhnya lagi. InsyaAllah blog ini akan dirasmikan tidak lama lagi setelah selesai proses penyusunan, penstruktulan dan lain-lain yang belum selesai lagi.

Saya juga ingin menjemput semua ke Kejohanan Bina Badan Kuala Lumpur 2011 atau Mr Kuala Lumpur 2011 yang akan diadakan pada 29 Mei 2011 di Arena Sukan Tertutup MOM, Tingkat 3, Kompleks Sukan Tertutup MOM, Bangunan OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, besebelahan SRJK (C) Jalan Davidson & YWCA, jalan yang sama dengan Stadium Negara. Pendaftaran atler bermula jam 8 pagi hingga 1.45 petang. Pertandingan bermula jam 1 hingga 6 petang.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube