Buasir Mar06

Kongsi

Buasir

Buasir terjadi apabila struktur vaskular yang membantu dalam kawalan najis membengkak atau meradang. Terdapat dua jenis buasir iaitu luaran dan dalaman.

Kursus Kecergasan 2017Buasir biasanya hadir dengan gatal, sakit dubur, dan pendarahan rektum. Gejala lain termasuk pelepasan mukus. Dalam kebanyakan kes, tanda-tanda berkurang selepas beberapa hari. Buasir luaran menyakitkan manakala buasir dalam biasanya tidak melainkan jika sudah mencecah tahap thrombosed atau necrotic.

Buasir luar mudah dilihat apabila terdapat bengkak atau gumpalan di sekitar dubur. Antara tanda-tanda buasir dalaman termasuk terdapat darah berwarna merah terang meliputi najis, hematochezia. Pendarahan mungkin disebabkan buasir atau penyakit lain seperti inflamantory bowel disease (IBD), pendarahan dalaman dan sebagainya.

Beberapa faktor boleh membawa kepada pembentukan buasir termasuk pembuangan air besar yang tidak teratur yang disebabkan sembelit atau cirit birit, pemakanan serat yang kurang, tekanan intra abdominal yang biasanya melibatkan mereka yang bersenam atau aktiviti meneran, kehamilan, genetik, ketiadaan injap dalam urat hemoroid dan penuaan. Faktor-faktor lain termasuk obesiti dan duduk untuk jangka masa yang panjang.

Kenapa mereka yang bersenam biasanya dikaitkan dengan buasir?

Kebanyakan senaman seperti squat akan melibatkan tekanan intra abdominal yang mana akan memberi tekanan pada saluran hemaroid. Dalam masa yang sama, kebanyakan membiarkan tekanan itu lepas ke punggung. Squat sepatutnya lebih menggunakan kaki daripada punggung. Buasir mula terbentuk sedikit demi sedikit. Diet yang tidak betul ketika membesarkan badan menyebabkan ianya bertambah teruk. Diet kurang serat dan pedas antara penyumbang menjadikannya teruk.

Pencegahan

Pencegahan adalah lebih baik dari merawat. Jangan ditahan jika rasa hendak mengeluarkan najis. Tambahkan serat dalam diet harian. Jangan membaca atau merokok ketika meneran di tandas. Kurangkan masa meneran. Lakukan senaman yang teratur dengan cara yang betul.

Makanan Perlu Dielakkan Jika Buasir

1. Makanan pedas yang mana ianya akan menyebabkan rasa terbakar di rektum atau anus dan seterusnya menyebabkan keradangan bertambah serius.
2. Makanan proses yang tinggi gula, sodium dan lemak tepu. Ini termasuk roti putih, gula, makanan tin yang tinggi sodium, kek, biskut, daging proses dan cereal yang tinggi gula.

Rawatan

Terdapat pelbagai jenis rawatan termasuk pembedahan untuk membuang buasir, meningkatkan serat dalam diet, minum air untuk mengekalkan penghidratan, non-steroid anti inflammatory drugs (NSAID), dan lain-lain perubatan tradisional. Adalah digalakkan ke perubatan tradisional dahulu sebelum mengambil keputusan untuk pembedahan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube