Buasir

Buasir terjadi apabila struktur vaskular yang membantu dalam kawalan najis membengkak atau meradang. Terdapat dua jenis buasir iaitu luaran dan dalaman.

Kursus Kecergasan 2024Buasir biasanya hadir dengan gatal, sakit dubur, dan pendarahan rektum. Gejala lain termasuk pelepasan mukus. Dalam kebanyakan kes, tanda-tanda berkurang selepas beberapa hari. Buasir luaran menyakitkan manakala buasir dalam biasanya tidak melainkan jika sudah mencecah tahap thrombosed atau necrotic.

Buasir luar mudah dilihat apabila terdapat bengkak atau gumpalan di sekitar dubur. Antara tanda-tanda buasir dalaman termasuk terdapat darah berwarna merah terang meliputi najis, hematochezia. Pendarahan mungkin disebabkan buasir atau penyakit lain seperti inflamantory bowel disease (IBD), pendarahan dalaman dan sebagainya.

Beberapa faktor boleh membawa kepada pembentukan buasir termasuk pembuangan air besar yang tidak teratur yang disebabkan sembelit atau cirit birit, pemakanan serat yang kurang, tekanan intra abdominal yang biasanya melibatkan mereka yang bersenam atau aktiviti meneran, kehamilan, genetik, ketiadaan injap dalam urat hemoroid dan penuaan. Faktor-faktor lain termasuk obesiti dan duduk untuk jangka masa yang panjang.

Kenapa mereka yang bersenam biasanya dikaitkan dengan buasir?

Kebanyakan senaman seperti squat akan melibatkan tekanan intra abdominal yang mana akan memberi tekanan pada saluran hemaroid. Dalam masa yang sama, kebanyakan membiarkan tekanan itu lepas ke punggung. Squat sepatutnya lebih menggunakan kaki daripada punggung. Buasir mula terbentuk sedikit demi sedikit. Diet yang tidak betul ketika membesarkan badan menyebabkan ianya bertambah teruk. Diet kurang serat dan pedas antara penyumbang menjadikannya teruk.

Pencegahan

Pencegahan adalah lebih baik dari merawat. Jangan ditahan jika rasa hendak mengeluarkan najis. Tambahkan serat dalam diet harian. Jangan membaca atau merokok ketika meneran di tandas. Kurangkan masa meneran. Lakukan senaman yang teratur dengan cara yang betul.

Makanan Perlu Dielakkan Jika Buasir

1. Makanan pedas yang mana ianya akan menyebabkan rasa terbakar di rektum atau anus dan seterusnya menyebabkan keradangan bertambah serius.
2. Makanan proses yang tinggi gula, sodium dan lemak tepu. Ini termasuk roti putih, gula, makanan tin yang tinggi sodium, kek, biskut, daging proses dan cereal yang tinggi gula.

Rawatan

Terdapat pelbagai jenis rawatan termasuk pembedahan untuk membuang buasir, meningkatkan serat dalam diet, minum air untuk mengekalkan penghidratan, non-steroid anti inflammatory drugs (NSAID), dan lain-lain perubatan tradisional. Adalah digalakkan ke perubatan tradisional dahulu sebelum mengambil keputusan untuk pembedahan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

58 thoughts on “Buasir

  1. perghhh… sakit mata!!! erkkkk

  2. berkali gagal says:

    aduhhh…ngeri gambaq…
    satu pertanyaan dato…kenapa tak boleh merokok ketika buang air besar?

    1. aktiviti merokok, baca paper dan sebagainya mengakibatkan masa meneran bertambah panjang. elok terus keluarkan, dan settle.

      1. hehehe..selain itu jangan dok membaca lama2 dlm rumah setan tuh…tak elok…~~

      2. Ermm..bru 2 hri lps sye buang air biasa je…lps tu tbe2 mcm xselesa..perit xdela perit sgt..tp mg xselesa…hri nie mcm cube rse gne tgn sbb pelik knp smpai 3 hri xhlg rse tu..n then dpt rse 1bnjolan yg kecik pn x..besa pon x…itu buasir ke bukan?serious sye nk thu…kalau la ia prgkat awl..then ap yg nk di elak?xbole workout??

        1. ada possiblity. better check utk sahkan. saya tak boleh sahkan melalui page begini.

  3. wan kedah says:

    Terbaik jawapan!!! Hilang masalah~~~ hehehehe…

  4. hampir kena buasir lepas tu off gym sebulan huhu

  5. loveflowers says:

    Ibu saya ada membuat minyak utk org yg sakit buasir.Hanya sapu,insyaallah akan hilang gatal atau masalah lain dan lama akan kecut n masuk kedlm semula,memang mujarab dgn izin Allah,terutamanya utk ibu2 yg baru lepas bersalin yg kdg2 sakit buasir hingga tak boleh duduk,amat berkesan.

    1. kalau berminat nak beli macam mana

      1. saya mengalami buasir yang serius macamana nak beli minyak tu loverflowers

    2. mak limah says:

      nak belui tu macam mana?

    3. mak limah says:

      saya nak beli tu bagaimana ye?

    4. Norasidah Binti Ahmad says:

      Loveflowers :: nk oder minyak 2 bleh x?…

    5. si kancil says:

      boleh whasaap sya pasal minyak tu yer cik 0194985835

  6. loveflowers :: sy pn berminat nk bli…camne??

  7. saya berminat nak tahu lebih detail dan membeli.

  8. yangsakit says:

    As salam..
    betul kata dr…cuba tradisional sblm bedah..
    saya baru potong buasir 3 minggu lepas…
    seksa Allah bermula selepas bius habis…
    buang appendicity pun tak sesakit buasir…
    saya punye stage 3..
    percayalah…buasir aint no funny thing when it comes to operate….

    1. pesakit buasir says:

      Boleh ke kongsi bagaimana pembedahan dijalankan
      sakit sangat ke slepas operatian… x pain killer ke..saya mengalami buasir telah lama da berbagai ubat telah saya cuba…namun x baik lagi setakat ni…
      saya ada 3 biji buasir yang terkeluar…

    2. pesakit buasir says:

      Boleh ke kongsi bagaimana pembedahan dijalankan
      sakit sangat ke slepas operatian… x pain killer ke..
      utk makluman..saya mengalami buasir telah lama da berbagai ubat telah saya cuba…namun x baik lagi setakat ni…
      saya ada 3 biji buasir yang terkeluar…

  9. yangsakit says:

    Nak tanya dr..
    kalu habit makan pedas diteruskan…
    tapi minum air byk..sayur dan buah juga tidak tinggal…
    ok ke….?
    adakah cili sos, kerepek pedas dikira pedas…?
    TQ

    1. kurangkan sikit pedas tu. minum air x mengurangkan jumlah pedas yg masuk, cuma mengurangkan rasa di mulut. cili sos dll juga masuk kategori pedas. diproses daripada cili.

  10. Insan Lemah says:

    salam..
    tumpang tanye..
    saye da lame ade buasir yg terkeluar.. tp,sy xprnh mendptkn ape2 rwatan..
    tp bru2 ni saye cirit-birit, dan bertambah buasir yg keluar.. Buasir yg bru keluar tu keras,tp yg da lame lembik.. yg keras tu sngt sakit.. sampai nk duduk dan buang air kecil pun susah.. Apakah yg patot saya buat??

    1. dptkan rawatan sebelum terlambat. kalau dah sampai tahap operate tu dah teruk. cuba perubatan cina.

  11. saya ada masalah buasir..dia dah keluar tapi jenis mcm gambar kat atas tu.. kadang2 dia gatal dan bengkak.. pernah hari tu, sya buang air besar diikuti dgn darah pekat.. boleh sya tau apa keaadan sya sekarang ni..terhadap apa yg sya beri tahu ni.. ??

    1. gambar atas sekali..bukan yg dah keluar merah2 tu.. tapi ia dah keluar byk dri atas tu
      ..

      1. dptkan rawatan buasir. stop inflamation. kalau x, jd makin teruk nanti.

        1. saya pun bru perasaan ad sebiji mcm yang atas sekali . Macam mana nak atasinya. saya dah ta boleh tido mlm nie asyik pikr pasal benda nie ..

  12. Adakah buasir luaran ini mengambil mase yang lama utk baek… adakah merbahaya???

    1. mungkin lama mungkin sekejap, bergantung pada level aktiviti. kalau aktiviti level still tinggi, mungkin slow.

  13. salam.. boleh amal penawar buasir Ramuan Taufiq, InsyaAllah biasanya makan dalam 4-8 biji dah boleh rasa bengkak buasir mengecut & rasa sakit makin reda.. InsyaAllah biasanya makan dlm 3-4 kotak utk sembuh sepenuhnya.. sekotak ada 30 biji, harga sekotak RM68.. makan 2X sehari 2 biji setiap kali makan… nak detail or order boleh call sya 019-9362993…

  14. Acap Putra says:

    dr,adakah ketulan bengkak di celah kawasan luar dubur itu adalah buasir..ia merasa gatal2 malah pedih apabila di sentuh atau dipicit,apakah akan terjadi sekiranya ketulan itu dipecahkan oleh diri sendiri??

    1. ya. most case buasir luar. kalau picit, pecah, berdarah, n infection.

  15. Sesiapa yang hidap buasir, boleh try cuba Ramuan Taufiq. Insyaallah, dah ramai yang sembuh dan semakin reda dengan buasir.

  16. Mr.Buasir says:

    Sebelum saya mengalami masalah buasir ini.. rasa dapat merasakan ada 1 ketulan kecil yang keras disekitar rektum. Selepas itu saya picit dan ketulan itu pecah dalam. X lama selepas itu saya mengalami gejala buasir gatal2 dan sakit ketika hendak membuang air besar. Kemudian saya berjumpa doc. Dan mengambil ubat untuk buasir. Selepas makan ubat tersebut darah mula keluar apabila hendak membuang air besar dan berketul2 seperti darah beku. Selepas 2minggu saya menghentikan memakan ubat. Hasil daripada pembekakan rektum dubur.. di bahagian yg saya pernah picit dulu mula membengkak dan membentuk buasir luaran..ianya seolah lebihan kulit dan boleh dipegang seperti kepingan. Disini saya ingin bertanya doc. Adakah buasir luaran yg membntuk kepingan itu boleh menggunakan ubat dan akan surut.. atau hanya boleh dibuang melalui pembedahan.. kerana sy rasa sangat tidak selesa..kerana rektum tidak boleh tertutup dan menyebbkn ad cairan kadngkala keluar dan tidak boleh melakukan aktiviti lasak.?

    1. cuba dapatkan rawatan tradisional chinese. dah ramai sy suggest dan berkesan. elakkan pembedahan dulu.

      1. Dimana rawatan cina yang En Zaki boleh syorkan?

  17. alamak..takutnya baca psl sakit lps operation tu..br cadang nk operate next week.dah ada buasir lm tp diamkn.setiap kali pregnant akn mnderita buasir yg sgt teruk.msti warded punyalh..skrg bercadang nk mngndung sml tp sngt takut memikirkn tntg b7asir

  18. Sapa2 masih tercari-cari lagi ubat Buasir, Boleh lah dapatkan Ramuan Taufiq ye.
    Operate pun memang ambil masa juga nak sembuh luka tu sebab kawasan tu selalu berlendir dan banyak kuman.
    Jadi,sebelum operate tu, kita ikhtiar dulu. Nak lebih senang, dapatkan Ramuan Taufiq ye.

  19. As salam dato, kalau ada masalah buasir bole tk workout ?

    1. boleh, tapi berubat sekali. n kalau perlu elak beberapa senaman seperti squat. takut buat tak proper. kalau proper, should be no problem.

  20. perogol bersiri 7.0 says:

    Bro..saya baru main gym dlm sebulan..start sy buat squat..bermula la rasa buasir ni..menyeksa kan..huhuhu..ni pun rasa sakit..yp mcm da kurang sikit.

  21. asyiknya workout says:

    salam dato, saya sperti gambar yg first tu…boleh ke saya workout chest,shoulder,biceps dengan beban yang berat,,ianya berkaitan dgn buasir jugak ke tidak?? atau pun disebabkan oleh krn squat buasir nii datang.

  22. Buat sit up says:

    Salam.. saya dah agak lama alami masalah buasir ni. Kadang2 buang air besar akan keluar setitis dua darah. Tapi baru-baru ni saya kurang minum air dan buat senaman sit up, darah keluar banyak bila buang air besar. Jadi nak tahu selain squat, sit up pun akan beri kesan ke?

  23. Faiz Faizal says:

    Dato saya ingin bertanya sedikit, org yg mengalami buasir dlm lingkungan umur berapa ? Saya mula rasa gatal umur 18 . Skrg 19 tahun ada dua biji sudah keluar apa pandangan dato ? Saya ingin tahu

  24. As salam..tumpang tanya doc..sy dah mlakukan pembedahan buasir..bolehkah sy bermain bdminton semula?

  25. Salam…boleh tak bersukan semasa buasir??boleh tak main bola dan cycling??

  26. Bila lepas membuang, terasa amat perit sekali. Untuk mereda kan kepritan tu saya ambik pil tahan sakit. Tapi sampai bila nak ambik.pil tahan sakit.

    1. saya tak boleh beri preskripsi tahan sakit tapi penggunaan kerap menyebabkan kesan berkurang.

  27. Salam doc

    Mcmana nak Tau ada buasir luar? Bila pegang di keliling dubur tu mcm ada ketulan..Saya work out n mkn pedas..

    Muhd

Leave a Reply to Faiz Faizal Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: