Budu

Ada yang tanya saya, apa khasiat budu? Pernah makan budu? Saya tak pernah cuba. Sedap ke? Tak boleh tahan dengan bau dia.

Kursus Kecergasan 2024Budu merupakan makanan tradisional daripada Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis yang dijeruk sehingga hancur. Hasilnya daripada hidrolisis dan microbial proteases. Rasa dan baunya adalah daripada tindakan mikro organisma proteolitik yang masih hidup semasa proses penapaian. Aren dan asam jawa biasanya ditambah untuk menggalakkan tindak balas dan menyebabkan warna coklat gelap. Nisbah ikan untuk garam memainkan peranan penting untuk produk akhir yang diingini. Kepekatan garam yang berbeza mempengaruhi aktiviti mikrob dan enzim menyebabkan rasa yang berbeza. Mikro organisma yang ditemui semasa pengeluaran budu diklasifikasi sebagai halophilic. Mikro organisma memainkan peranan penting dalam degradasi protein dan perisa.

Kajian menunjukkan budu memiliki banyak antioksida termasuk glutaione, isoflavon (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) dan sebagainya. Budu juga berpotensi melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan, mencegah beberapa penyakit degeneratif seperti sakit jantung, diabetis, kanser dan sebagainya. Kajian lanjutan lebih berkisar tentang kandungan yang terdapat dalam budu.

Apa yang ada dalam budu? Budu mudah dicerna dan mampu mengatasi masalah cirit birit pada kanak-kanak. Ia juga merangsang sel-sel otak dan memperkukuh ikatan di antara neuron serta menguatkan neuron yang lemah. Pemakanan budu juga membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa yang mana merupakan penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut. Budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumonieae dan citrobacter frundiin. Vitamin B12 perlu untuk pembentukan sel darah merah.

Terdapat pelbagai jenis mineral termasuk zat besi, kalsium, magnesium dan sebagainya. Kajian yang dijalankan menunjukkan unsur genestein dan phytoestrogen pada budu mencegah penyakit kanser, penuaan dan barah payu dara. Budu bersifat hipokolesterolemik, menurunkan lemak darah. Pemakanan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolesterol. Budu memiliki sumber yang baik dan juga serat yang tinggi sekitar 8 hingga 10 peratus.

Nota: Tidak salah jika anda ingin menambah budu dalam pemakanan harian, tetapi seperti biasa, benda baik jika terlalu banyak pun tidak baik.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

19 thoughts on “Budu

  1. nur_fatihah says:

    wah budu!!!. dato kena try ni. sedap

  2. budu hanya dibuat dari ikan bilis dato’ bukan udang bari, udang bari dibuat cencalok…dalam masakan saya tambah budu bagi menggantikan garam, hasilnya lebih sedap 🙂

    1. kebanyakan rujukan baca mmg ikan bilis je, tp ada 1 rujukan ni kata udang bari. :D. dah perbaharui sikit entri

  3. Kira time nak buat cutting or sizing atau diet boleh makan budulah ye? budu takde protein dan kalori ke?

    1. budu ada protein, n ada kalori. jd still kena masuk dlm kiraan. sebagai perasa tambahan, ok, tp kalau pre-contest, kalau boleh, elakkan.

  4. budu…rasa mmg sedap..lg sedap klu dimasak dan campur dgn bahan2 sperti bawang,lada dan limau nipis…..mak mentua lalu wat xtau ja..hahahaha

  5. plago nge limau purut baru nyakut molek…

      1. aisehhh bahasa menunjukkan bangsa…
        kaya Malaysia jg dr pelbagai bahasa….iye dakk…?

        Mksd nye kenekan budu tu ngn limau purut…mmg menyelerakan….mcm tu la mksdnye….

        agak2 skali bace ape kot yang dato tfikir….?

  6. budu dengan durian sedap, dato’…cubalah..

      1. ohh maksudnye ok la kalo nk gain weight kalo dah kalori nyer tinggi…ke mcm mn…?

        1. ada beza, quality kalori ngan kalori kosong. nak naik quality muscle atau skadar sizing?

  7. dato saya cuba untuk hentikan pengambilan makanan tambahan protein dan ingin gantikan degan memakan telur rebus, boleh menjadi ka? berapa banyak telur yang saya kena makan sehari..berat bdn saya 75kg

  8. Assalamualaikum dato..
    Berkenaan makanan cencalok sesuai ke tidak dlm proses diet..

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: