Buka Kembali Gym

Kami dalam dunia kecergasan memohon kerajaan Malaysia yang kini di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya benarkan kembali gym beroperasi dengan mematuhi syarat kendalian seperti Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Kami faham bahawa ramai berpendapat gym merupakan tempat ramai berkumpul dan menggalakkan pengedaran virus seperti covid-19. Akan tetapi untuk pengetahuan umum, jika gym ramai orang, itu menunjukkan tanda-tanda akhir zaman. Majoriti daripada manusia tidak suka bersenam. Jika nak dibandingkan dengan tempat seperti pasar, kedai makan dan sebagainya, di sana lebih ramai manusia berkumpul. Dalam 1 masa, gym kecil mungkin boleh menampung sekitar 10 hingga 20 orang sahaja. Tiada siapa nak dekat pun bila tengah bersenam, semua busuk.

Saya kira gym tiada masalah untuk mengikut syarat pengedalian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia seperti;

1. Mmembersihkan gym dengan sanitizer lebih kerap dalam sehari.
2. Melimitkan pengguna di gym sekitar 10 hingga 20 orang sejam untuk gym bersaiz kecil.
3. Buat penjarakan sosial di dalam gym.
4. Meletakkan sanitizer dengan 75 peratus alkohol di beberapa tempat di gym untuk kegunaan pengguna.
5. Memastikan pengguna gym menulis nama dan nombor telefon untuk menjejak kembali pengguna jika perlu.
6. Buat pemeriksaan suhu badan dan sebagainya.
7. Kurang bercakap dan berlatih. Shut the fuck up and train.

Pendapatan pengusaha gym, jurulatih, instruktur dan sebagainya terjejas teruk akibat penutupan gym lebih 2 bulan. Bukan semua orang mendapat bantuan. Ada yang masih kena bayar sewa dan sebagainya. Kami menggesa supaya kerajaan membenarkan kembali gym beroperasi dengan syarat pengendalian tertentu.

Kursus Kecergasan 2024

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

5 thoughts on “Buka Kembali Gym

  1. Sokong gym buka tapi ikut SOP MKN.

  2. Saya sokong untuk membuka gym semula dgn SOP yg kukuh

Leave a Reply to LD Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: