Cabaran Squat 100 Hari Mar18

Kongsi

Cabaran Squat 100 Hari

Selama ini kita mungkin pernah dengar, jangan berlatih otot yang sama pada keesokan harinya. Bermaksud, jika hari ini buat latihan dada, esok perlu rehat bahagian dada, latih bahagian lain.

Kadangkala apa yang kita belajar dalam buku tak semestinya sama dengan kehidupan sebenar. Seorang ahli sains, Brad Dieter mempersoalkan dogma yang kita percaya ini. Dia buat satu program, squat selama 100 hari. Pecahan programnya seperti berikut;

  • 85% daripada 1RM hari Isnin, Selasa dan Rabu
  • 87.5% daripada 1RM hari Khamis, Jumaat dan Sabtu
  • 90% daripada 1RM hari Ahad

Dia juga cuba angkatan terberat selang sehari;

  • 92.5% daripada 1RM hari Isnin, Selasa dan Rabu
  • 95% daripada 1RM hari Khamis, Jumaar dan Sabtu
  • Cuba PR sekurang-kurang 102.5% setiap AhadKursus Kecergasan 2018

Setiap hari programnya seperti berikut;

Bar kosong – 10 ulangan
55% – 8 ulangan
65% – 5 ulangan
75% – 5 ulangan
85% – 3 ulangan
90% – 2 ulangan
100% – 1 ulangan
Cubaan Maksimum – 1 ulangan

Hasilnya, dia berjaya tambah 60lbs daripada 1RM terakhirnya.

Dalam kisah latihannya, dia menceritakan apa terjadi daripada awal. 4 hari pertama seperti dalam neraka. Kaki sakit, terpaksa elak tangga, mengalami kesukaran di tandas dan sebagainya. Setiap kali mula latihan, perkara paling sukar adalah memanaskan panas.

Dia telah tersangkut pada plateau sekitar 2 tahun, tapi disebabkan latihannya selama 100 hari ini, squatnya mula meningkat.

Kajian ini membuktikan, bahawa badan kita akan menyesuaikan diri mengikut apa kita paksa dia latih. Hanya sebilangan kecil atlet sahaja yang cecah tahap terlebih latihan sebenarnya dan kemungkinan besar bukan kita.

Tak semestinya kita kena berehat 24 hingga 48 jam selepas melatih sesuai otot. Kita boleh latih otot yang sama berulang kali. Masih ingat lagikah, kali pertama anda ke gimnasium dahulu? Setiap hari latihan bisep?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube