Cara Mencederakan Diri di Gym Nov05

Kongsi

Cara Mencederakan Diri di Gym

Terdapat beberapa cara mudah mencederakan diri anda di dalam gym. Bagaimana?

Kursus Kecergasan 20171. Berlatih dengan Bebanan Melampau

Tentu seronok rasanya mengangkat beban yang melampau. Boleh berlagak dengan kawan-kawan. Boleh rasa bangga bila mengangkat bebanan depan awek cun, siap boleh bersiul. Tak mampu angkat tapi masih tak sedar diri.

2. Melakukan Senaman dengan Cara yang Tidak Betul

Kata pepatah mengatakan, malu bertanya sesat jalan. Dalam gym, malu bertanya, atau ego untuk membetulkan kesalahan, masuk hospital.

3. Menggunakan Peralatan yang Tidak Betul

Bila di gym, tengok peralatan di mana talinya sudah hendak putus pun kata, ‘takpe, boleh tahan lagi itu’. Bersenam pula dengan kasut yang tidak sesuai atau lebih baik, berkaki ayam. Sampai sekarang saya pelik, bagaimana di Malaysia, ada gym yang membenarkan pelanggan mereka tidak memakai kasut.

4. Tidak Meregangkan Badan

Ramai rasanya yang tidak suka meregangkan badan sehingga mencecah satu tahap di mana berlaku tarikan di mana-mana bahagian badan. Bila berlaku tarikan pun, masih tersenyum dan kata, ‘takpe, boleh urut nanti’.

5. Tidak Makan Cara Betul atau Cukup

Berlatih bagai nak rak, tetapi makan macam orang sakit. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan cedera atau mungkin sakit. Bila ditanya pasal makanan, ada sahaja jawabnya, ‘dah makan mcd tadi’.

6. Tidak Cukup Rehat

Setiap hari berlatih, berlatih dan berlatih. Entah bila masa dia berehat. Sehari gym tutup, boleh maki pengusaha gym. Tak senang duduk dibuatnya bila tidak ke gym.

7. Bergurau di Dalam Gym

Ada masanya mungkin boleh bergurau, tetapi kebanyakan masanya lebih baik jangan bergurau di dalam gym.

8. Mengabaikan Otot-otot Tertentu

Ini biasa. Siapa lelaki yang buat senaman kaki? Boleh kata terlalu kurang. Setiap kali ke gym, latih dada dan bisep. Begitu juga perempuan, setiap kali bersenam, joging 5 jam, sit-up 10 ribu kali.

9. Tidak Fokus

Ketika berlatih, masih main sms dengan awek. ‘Hi, awak buat apa itu sayang?’. Di atas treadmill pun boleh bergayut bercerita pasal perniagaan. Masa itu emas katanya.

10. Mengabaikan Kecederaan Lama

Kekadang, manusia ini terus lupa yang dirinya pernah cedera di bahagian-bahagian tertentu. Bila terjadi kecederaan, baru perasan. ‘Eh, aku pernah kena slip disc la dulu ketika terjatuh di tandas’.

Neelofa, tidak ada kena mengena dengan entri

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube