Cara Untuk Kurus Tanpa Diet Dan Senaman

Aiman Radzi - Cara Untuk Kurus Tanpa Diet Dan Senaman

Orang selalu tanya, apakah cara terbaik untuk kurus dan menjadikan badan lebih ringan dan ramping? Lalu, jawapannya juga selalu diberikan dengan mudah, iaitu menjaga makan dan juga bersenam. Tetapi, ada pula yang berkata sebegini:

Susah lah nak berdiet. Saya kuat makan!

Macam mana nak bersenam? Saya memang tak ada masa langsung.

Erm, dah cuba diet dan bersenam tapi tak berjaya. Malas pula rasa!

Memang, cara sebenar untuk kurus adalah dengan bersenam dan juga menjaga makan, iaitu memastikan anda makan secara sihat serta seimbang. Jadi, adakah cara lain yang boleh bagi anda kurus tanpa perlu bersenam mahupun menjaga makan?

Mestilah ada! Cuma tak ramai yang tahu dengan teknik-teknik keajaiban ini. Mudahnya hidup kita selepas ini untuk menjadi lebih kurus dan kuat!

Kursus Kecergasan 2024

 Memakai Bengkung

Antara peralatan yang suka dibeli oleh mereka yang hendak kurus, samada lelaki mahupun perempuan adalah sejenis bengkung yang boleh dipakai sepanjang masa, untuk ke kerja mahupun duduk di rumah sahaja. Dikatakan, bengkung sebegini mampu “merampingkan” atau memberikan sixpack (berdasarkan produk-produk tertentu).

Sungguh hebat, pakai pun boleh kurus. Tanpa bersenam dan berdiet! Siapa yang tidak mahu? Cumanya, adakah ia berkesan? Apa yang berlaku sebenarnya kalau pakai bengkung lama-lama dan terlalu ketat, anda tidak menjadi lebih kurus tetapi anda mengubah struktur dalaman. Tekanan yang diberikan akan meningkatkan stress pada kolon, serta menghadkan kebolehan bernafas. Percaya atau tidak, ramai pengguna bengkung boleh mendapat masalah pernafasan!

Memakan Jamu Ataupun Pil Kurus

Anda tidak mahu habiskan duit pergi ke gym mahupun membeli makanan-makanan sihat, tetapi anda sanggupkan habiskan beribu-ribu duit untuk membeli jamu mahupun pil-pil kurus yang dikatakan boleh turunkan berat badan berkilo-kilo (saya pernah nampak iklan turunkan berat badan 20kg dalam 3 minggu guna pil kurus). Apakah jenis logik yang mereka gunakan?

Baiklah, jamu dan pil kurus boleh membantu anda untuk kuruskan badan. Semestinya, memang itu tujuan mereka, bukan? Tetapi, jika anda hanya mengharapkan itu sahaja, maka anda tidak akan berjaya. Kadang-kadang, produk-produk tersebut turut berikan “panduan penggunaan”, seperti memakan sebiji epal 3 kali sehari tanpa memakan nasi dan roti. Memanglah kurus kalau dah makan epal sahaja, tapi anda kurus sebab berlapar dan kehilangan otot, bukannya hilang lemak!

Menyapu Krim Panas

Pun, lagi satu barang ajaib iaitu sapu-sapu terus kurus. Kalau anda rasa minyak panas boleh “membakar” lemak dalam badan terutamanya bahagian perut, apa kata anda cucuh sahaja dengan api? Lagilah, boleh meleleh lemak di bahagian tersebut! Mungkin sebab sakit dan melecur, ramai tak gunakan cara itu? Jadi, mereka lebih percaya kepada penggunaan krim ajaib daripada bersenam dan berdiet.

Ini merupakan satu lagi produk yang boleh digunakan untuk kurus, tetapi ia haruslah diselitkan dengan latihan senaman yang betul serta pemakanan yang seimbang. Memang ada kajian yang menyatakan penyapuan krim panas boleh bantu pembakaran lemak, tetapi semuanya haruslah dilakukan seiring dengan senaman. Mana boleh duduk-duduk sahaja, sapu dan terus kurus!

Pucuk Pangkalnya

Semuanya bermula dengan pengubahsuaian pemakanan dan juga aktiviti harian supaya menjadi lebih aktif dan juga sihat. Mereka yang betul-betul mahu kurus dan bakar lemak, sudah pasti tidak akan memberikan sebarang alasan. Yang mereka akan cuba, adalah mencari juga masa untuk memasak makanan-makanan yang betul serta bersenam dengan konsisten.

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: