Carpal Tunnel Syndrome (CTS) Jan10

Kongsi

Carpal Tunnel Syndrome (CTS)

Tangan kebas atau rasa ‘semut-semut’ tidaklah asing apabila kita melakukan kerja atau sesuatu yang menggunakan tangan dengan lama dalam satu-satu masa.

 

Tapi tangan tiba-tiba rasa lemah dan kebas lain macam di beberapa bahagian jari dan tangan apabila melakukan kerja kemungkinan itu ialah salah satu petanda anda mempunyai masalah dengan salah saraf tangan yang dinamakan “Carpal Tunnel Syndrome”

Kursus Kecergasan 2018

Apakah Carpal Tunnel Syndrome (CTS)?

 

CTS ialah rasa kebas, mencucuk, lemah, dan sakit di tangan disebabkan oleh tekanan di saraf “median” tangan anda.

 

Saraf “median” ialah salah satu saraf yang terdapat di tangan kita. Ia berasal daripada saraf pleksus brakialis yang terdapat di belakang dan bersambungan hingga ke tangan yang fungsinya untuk membantu pergerakan tangan dan jari.

 

Jadi misalnya terdapat masalah yang berlaku pada saraf tersebut,  maka akan mempengaruhi pergerakan sekaligus kekuatan tangan dan jari anda.

 

Sebab boleh berlakunya CTS ialah:

  • Cedera/luka/kemalangan
  • Kehamilan
  • Terhimpit – oleh tulang atau kulit dsb.
  • Penyakit – tumor, hyperthyroidism, RA, kencing manis dsb.

 

Tanda-tanda mungkin berlakunya CTS:

  • Kebas di bahagian ibu jari, jari telunjuk, jari hantu, dan separuh daripada jari manis
  • Rasa sakit seperti mencucuk
  • Tangan dan jari lemah/ kurang kekuatan tangan dan jari
  • Tangan bengkak dan suam

 

Apabila doktor sudah mengesahkan anda menghidap CTS, beberapa rawatan akan diberikan termasuklah ubat kurang sakit, jika perlukan injection, termasuklah rawatan fisioterapi.

 

Di sini juga terdapat beberapa cara yang boleh membantu untuk mengurangkan tanda-tanda CTS.

 

Tuam Ais

Jika terdapat pembengkakan di tangan atau jari disebabkan baru berlakunya CTS, itu bermaksud berlakunya keradangan di dalam tangan. Cara untuk mengurangkan radang tersebut adalah dengan menuam tangan dengan ais.

 

Balut dahulu ais tersebut menggunakan kain, pastikan jangan terus letakkan ais pada tangan kerana itu boleh menyebabkan burn. Boleh juga gunakan tungku yang dibeli di kedai. Tuam selama 10 hingga 15 minit

 

Senaman Stretching

Stretching seperti biasa yang majoriti ramai pun tahu tapi kurang diamalkan. Tapi jika diamalkan tidak rugi malah lebih baik untuk mendapatkan tangan dan jari yang sihat.

  • Luruskan bahu dan siku, regangkan tangan dengan menggunakan sebelah tangan lain. Kira dalam 40 saat dan ulangkan 3 kali.

 

Tuam Haba Panas/Suam

Jika dah lama, bengkak pun dah hilang, maka boleh tuam guna panas/suam dalam 10 hingga 15 minit. Boleh juga rendamkan tangan dalam air suam-suam kuku apabila rasa kebas menyerang.

 

Senaman Kekuatan Tangan

Tangan yang dah lama sakit, anda pun minimumkan penggunaan tangan tersebut untuk mengelakkan rasa sakit atau kebas, maka kuranglah kekuatan tangan anda. Jadi beberapa senaman untuk menguatkan tangan dan jari boleh diamalkan.

  • Senaman menggunakan alat contohnya bola kecil, getah, pemberat dsb.
  • Nerve/tendon glide
  • Buat genggaman
  • Luruskan tangan dan setiap jari dalam satu baris
  • Bengkokkan tangan ke atas, rasa tarik di pergelangan tangan
  • Dalam kedudukan tadi, bukakan ibu jari
  • Dalam kedudukan tadi, pusingkan tangan menghadap anda
  • Menggunakan tangan sebelah lagi, stretchkan ibu jari

 

Ulang senaman ini beberapa kali dalam 5 hingga 10 kali setiap hari. Jika ada sebarang masalah lain, rujuklah ke doktor anda.

 

Entri: Nur Iman Marhani

 

Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook Twitter YouTube