Kongsi
Craving
Tengah-tengah duduk atas sofa tengok TV, tiba-tiba terdengar coklat bar dalam peti ais memanggil nama anda. Tak lapar pun ketika itu tapi sedar-sedar dah mengunyah coklat. Rasa bahagia dan gembira saja makan coklat. Siapa pernah alami situasi begini? Majoriti daripada kita ada keinginan terhadap sesuatu makanan atau food craving. Ada yang ingin makanan manis, ada yang ingin makanan masin, ada yang ingin pizza, aiskrim dan sebagainya. Bagaimana atasinya?
Kenali Keinginan, Penyebab dan Solusi
Manis
Jika anda craving makanan manis, ada berkemungkinan ada masalah dengan insulin. Memberi lebih gula menyebabkan masalah itu semakin teruk disebabkan gula yang masuk akan menyebabkan insulin dirembeskan lagi menyebabkan keinginan itu meningkat. Pilih gula seperti buah apabila anda craving benda manis. Dalam masa sama tambah makanan tinggi serat untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah.
Coklat
Keinginan pada coklat menunjukkan anda kekurangan magnesium. Menurut kajian, lebih 80 peratus daripada populasi kekurangan magnesium dalam diet seharian. Coklat walaupun bagus untuk antioksida akan tetapi tinggi gula. Pilih coklat gelap atau dark chocolate jika anda craving. Pilih yang lebih 75 peratus coklat gelap. Ia biasanya rendah gula. Dalam masa sama, makan makanan tinggi magnesium seperti kacang, ikan dan sayur hijau.
Masin
Keinginan terhadap makanan masin termasuk makanan ringan seperti patato chips, mee segera yang tinggi garam menunjukkan anda seorang yang hidup dengan tekanan. Tekanan mungkin datang daripada kerja, mungkin daripada keluarga, dan lain-lain. Cuba atasi tekanan itu. Ada pelbagai cara mengurangkan tekanan termasuk meditasi, solat dan sebagainya. Selesaikan masalah yang melanda. Dapat konsultasi pakar atau pihak lain jika perlu.
Daging Merah
Keinginan terhadap daging merah menunjukkan kekurangan zat besi. Daging merah termasuk burger daging, steak dan sebagainya. Perempuan tengah haid biasanya kurang zat besi. Tambah makanan tinggi zat besi seperti kurma, kacang, legume dan lain-lain.
Keju
Keinginan terhadap makanan berkeju seperti pizza menunjukkan kurang lemak baik dalam diet. Tambah lemak baik seperti salmon, flaxseed oil dalam pemakanan harian.
Keinginan terhadap makanan bukan disebabkan kelaparan. Keinginan tak datang daripada perut tetapi daripada signal di otak.