Kongsi
Cuba Ini Pula Untuk Sizing!
Semua orang suka tanya, apa supplement terbaik untuk membantu percepatkan proses membina badan. Jawapan paling umum adalah tiada sebarang ubat untuk terus jadi. Tetapi, itu tidak menjawab soalan mereka. Soalannya adalah jika ada yang boleh bantu mempercepatkan hasil. Dan, soalan begini tidak salah serta tidak perlu dicerca.
Pernah dengar tentang phosphatidic acid? Nama pendeknya adalah PA (bukan personal assistant). Asid PA ini dipersetujui merupakan sejenis asid yang merupakan “pemberi isyarat” untuk meningkatkan pembinaan otot. Teorinya, pengambilan PA akan meninggikan kemungkinan untuk merangsang produksi kompaun mTOR (sejenis suis bagi membina badan). Semakin tinggi mTOR, semakin mudah untuk membina otot.
Kajian Tentang PA
Sekumpulan pengkaji daripada San Bernadino telah melakukan kajian untuk melihat kesan PA terhadap kebolehan untuk membina otot. Mereka telah mengambil 18 calon ujikaji yang merupakan penggemar besi untuk menyertai kajian ini. Separuh daripada kumpulan ini menerima sejumlah dos PA harian (750mg) setiap hari, manakala separuh kumpulan lagi hanya diberikan ubat “kosong” (placebo).
Kesemua calon ini melalui rutin latihan yang sama dengan kawalan diet yang berpatutan. Kajian ini berlangsung selama 8 minggu. Pemakanan mereka terdiri daripada 25% protein, 50% karbohidrat, dan 25% lemak.
Hasil Kajian
Selepas 8 minggu berlalu, apa yang mereka dapati adalah kedua-dua kumpulan ini mendapat peningkatan yang bagus dari segi prestasi dalam gym dan bentuk badan mereka (komposisi otot dan lemak). Yang membezakan kedua-dua kumpulan ini adalah tahap pencapaian mereka. Semestinya, kumpulan yang telah mengambil supplement tinggi PA mencapai hasil yang lebih tinggi berbanding kumpulan lagi satu!
Cuba lihat jadual ini:
PA | Placebo | |
Bench Strength | +16.7% | +7.0% |
Leg Strength | +19.7% | +9.1% |
Total Strength | +19.1% | +8.7% |
Lean Body Mass | +3.1% | +1.4% |
Fat Mass | -9.2% | -2.1% |
Thigh Hypertrophy | +4.6% | +2.7% |
Power | +10.2% | +5.8% |
Jelas sekali, dengan latihan dan pemakanan yang betul, anda boleh mendapat hasil yang baik walaupun anda tidak menggunakan supplement. Tetapi, jika anda mencari satu bahan yang diiktiraf, selamat, dan boleh bantu anda mempercepatkan peningkatan prestasi, PA memberikan apa yang anda mahu!
Bagaimana Hendak Mengambil PA?
Secara semula jadi, asid PA tinggi dalam makanan-makanan seperti telur, tomato, sayur-sayuran, kekacang, dan bahan-bahan tinggi lechitin. Jika anda bergantung pada pemakanan sahaja, ia akan menjadi sukar. Semudahnya, anda ambil sahaja supplement yang tinggi PA.
Apakah supplement yang saya maksudkan? Banyak di pasaran sekarang. Saya tidak boleh menyebut nama, tetapi anda boleh Google! “phosphatidic acid supplements” dan nanti akan keluar gambar-gambar dengan jenama yang mungkin anda kenal.
Mengikut kajian tersebut, anda boleh ambil 750mg setiap hari. Ikut pada dos yang tertulis di label supplement anda beli. Ada yang ambil PA semasa hari ada latihan sahaja, tetapi ramai juga mengambil setiap hari kerana dipercayai PA mampu mempercepatkan pembakaran lemak dengan cara mengaktifkan BAT. Ini meningkatkan pembakaran kalori dalam badan.
Rujukan:
TC Luoma, Tip: A Supplement for Muscle Gain & Athleticism, T-Nation